omniture

Ekspo Internet Perindustrian dan Tenaga Dunia 2019 diadakan di Changzhou Timur China

The Publicity Department of Changzhou
2019-06-26 04:25 396

CHANGZHOU, China, 26 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Ekspo Internet Perindustrian dan Tenaga Dunia 2019 telahpun diadakan pada 20-22 Jun di Changzhou, Wilayah Jiangsu, Timur China, sebagai satu platform untuk mempromosikan perkembangan Internet perindustrian dalam sektor-sektor pembuatan dan juga tenaga.

Ekspo ini melibatkan satu sidang kemuncak, satu pameran aplikasi Internet perindustrian dan tenaga, lima sub-forum dan juga satu pertandingan aplikasi perindustrian.

The summit of the 2019 World Industrial and Energy Internet Expo
The summit of the 2019 World Industrial and Energy Internet Expo

Sebanyak 77 buah syarikat menghadiri ekspo berkenaan termasuk Honeywell International Inc., itelligence AG, Huawei Technologies Co., Ltd., China Mobile, China Telecom, Baidu Cloud, China Aerospace Science and Industry Corporation (CASIC) dan syarikat-syarikat domestik serta asing lain yang terkenal selain 21 perusahaan inovatif tempatan yang terkemuka di Changzhou, termasuk Trina Solar, Wanbang NE, CAXA cawangan Changzhou dan sebagainya.

Xu Wenwei, pengarah lembaga dan ketua pegawai strategi pemasaran Huawei berkata semasa sidang kemuncak ekspo berkenaan bahawa perkembangan Internet perindustrian masih berdepan dengan banyak cabaran seperti sambungan rangkaian yang tidak mencukupi, kos sambungan yang tinggi, ketakpadanan data dan keselamatan siber yang rendah. Bagi menangani cabaran-cabaran ini, Huawei mencari rakan kongsi untuk mewujudkan platform perindustrian rentas-bidang dan rentas-industri, berdasarkan kelebihannya sendiri dalam informatisasi dan pendigitalan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Changzhou telah menarik minat banyak platform Internet perindustrian canggih untuk bertapak di bandar ini termasuk CASICloud, CAXA dan pusat inovasi awan Huawei serta telah memupuk perusahaan tempatan seperti Tengen Group, Focusight Technology Co., Ltd. dan Risun Technology Co., Ltd. Beberapa buah syarikat tempatan bergiat aktif meneroka aplikasi Internet perindustrian dalam bidang tenaga. Sebagai contoh, Wanbang NE berusaha untuk menjadikan platform pengecasannya Star Charge boleh disesuaikan di lebih banyak wilayah di seluruh dunia.

Wang Quan, Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Changzhou CPC berkata dalam ucapan beliau bahawa pada masa depan, Changzhou akan lebih menumpu pada "Internet +" dalam sektor-sektor industri dan tenaga serta menggalakkan penyepaduan Internet perindustrian dan ekonomi sebenar dengan bersungguh-sungguh, memperkasa perusahaan-perusahaan bersaiz sederhana dan kecil serta mewujudkan industri-industri baharu dan juga ekonomi baharu. Beliau turut menyebutkan bahawa dengan membina jenama-jenama pembuatan pintar dan tenaga pintar, Changzhou akan menambah baik tahap pengindustriannya, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan penggunaan tenaga bersih serta membentuk satu rantaian perindustrian yang inovatif dengan daya saing teras.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190625/2507278-1

Source: The Publicity Department of Changzhou
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities