omniture

Fair Finance Asia seru pemimpin G20 galakkan kewangan mampan dan bertanggungjawab

Fair Finance Asia
2019-06-29 00:39 251

OSAKA, Jepun, 29 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Tatkala Sidang Kemuncak G20 bermula di Osaka hari ini, Fair Finance Asia (jaringan serantau organisasi-organisasi masyarakat awam di Asia) menyeru G20 untuk mengukuhkan kepimpinan dan tindakannya bagi melaksanakan kewangan mampan dan pelaburan bertanggungjawab dari segi sosial dan alam sekitar.

Selari dengan usul dasar Sivil 20 (C20) yang dihantar kepada pemimpin-pemimpin G20 pada April tahun ini, Fair Finance Asia (FFA) menggesa pemimpin-pemimpin negara-negara ini untuk menggalakkan dasar dan peraturan serta meningkatkan pelaburan yang berkualiti dengan cara yang dapat menangani perubahan iklim, membantu mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan pembangunan ekonomi yang inklusif serta mempromosikan hak-hak asasi manusia buat semua.

Negara-negara G20 turut digesa untuk mengulangi komitmen mereka terhadap Prinsip-prinsip Panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Perniagaan dan Hak Asasi Manusia serta menggalakkan ketekunan wajar dan ketelusan dalam rantaian kewangan global.

Apabila pembangunan infrastruktur menjadi keutamaan global yang utama, Fair Finance Asia mengalu-alukan sokongan oleh Menteri-menteri Kewangan G20 dan Gabenor-gabenor Bank Pusat dalam June Communique bagi Prinsip-prinsip Pelaburan Infrastruktur Berkualiti G20 sebagai hala tuju strategik yang sama. FFA inginkan komitmen dan tindakan daripada negara-negara G20 untuk memimpin jalan ke arah mendayakan persekitaran dasar global yang memandatkan institusi-institusi kewangan untuk menghentikan serta merta sokongan mereka terhadap pembiayaan arang batu.

Kebolehan Jepun untuk mengaturkan Prinsip-prinsip Pelaburan Infrastruktur Berkualiti G20, meliputi isu-isu penting seperti kemampanan hutang, perlindungan terhadap sosial dan alam sekitar dan tadbir urus yang diperkukuh, adalah amat mengagumkan. Walau bagaimanapun, penting untuk diperhatikan bahawa di bawah pimpinan presiden Jepun, Kumpulan Pengajian Kewangan Mampan (SFSG) telahpun dibubarkan. Kerja-kerja SFSG menumpu pada kewangan mesra alam dan topik-topik kemampanan lain, seperti penciptaan peluang pekerjaan dan kesaksamaan pendapatan. FFA menggesa pengembalian semula peranan SFSG dan juga jalinan kerjasama antara pengawal selia kewangan dan penggubal dasar di seluruh negara-negara G20 diperkukuh ke arah menangani cabaran sosial dan alam sekitar dalam masyarakat kita.

Bernadette Victorio, Ketua Program Serantau, Fair Finance Asia berkata, "Kami tidak sabar-sabar untuk melihat komitmen tahap tinggi ini diterjemahkan kepada tindakan yang nyata di peringkat serantau dan kebangsaan. Pengawal selia kewangan dan pihak berkuasa seluruh dunia perlu bekerjasama bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif dan dasar-dasar kewangan mampan bagi mencapai keputusan positif sosial, alam sekitar dan ekonomi yang komprehensif. Kami menyeru pemimpin-pemimpin G20 untuk mempromosikan kewangan mampan dan pelaburan bertanggungjawab yang menggalakkan penyertaan daripada sektor swasta bagi mendayakan penyepaduan pertimbangan alam sekitar dan sosial dalam aktiviti-aktiviti perniagaan mereka."

Yuki Tanabe, Pengarah Program, Pusat Persekitaran dan Masyarakat Mampan Jepun (JACSES), yang juga merupakan sebahagian daripada Fair Finance Japan, berkata, "Penting agar pemimpin-pemimpin G20 mengambil langkah-langkah segera untuk mempromosikan kewangan mampan. Pembiayaan G20 untuk infrastruktur perlu seiring dengan matlamat dalam Perjanjian Paris dan G20 perlu menghentikan pembiayaan awam mereka untuk pembangunan kuasa arang batu baharu sebagai langkah pertama."

Nota kaki: Selaras dengan C20, Fair Finance Asia menyeru negara-negara G20 untuk bersetuju dan menyatakan komitmen terhadap tindakan ke arah memastikan bahawa institusi-institusi kewangan melabur demi kebaikan kita semua. Cadangan-cadangan utama boleh dilihat di sini

Fair Finance Asia (FFA) ialah jaringan organisasi-organisasi masyarakat awam yang berkhidmat di Asia bagi memastikan agar institusi-institusi kewangan di rantau ini memberi pertimbangan sewajarnya terhadap kriteria Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam aktiviti perniagaan dan keputusan pelaburan mereka. Tujuh negara di rantau ini merupakan sebahagian daripada FFA: Kemboja, Jepun, India, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam. 

Jurucakap FFA untuk berhubung :

Bernadette Victorio
Ketua Program Serantau
Fair Finance Asia
bernadette.victorio@oxfam.org
+91-9818833021

Tweet:  @FairFinanceAsia

Source: Fair Finance Asia
Keywords: Banking/Financial Service Socially Responsible Investing Trade show news