HAVANA, 4 Julai 2019 /PRNewswire/ --
Habanos, S.A., melalui pengedar eksklusifnya untuk Itali, Diadema S.p.A, akan melancarkan penampilan perdana dunia Montecristo Supremos Edisi Terhad (55 tolok gelang x 130 mm panjang).
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8571551-habanos-world-premiere-montecristo-supremos/
Keluaran ini akan dipersembahkan dalam bekas khas yang direka dengan warna-warna cirian jenama ini termasuk 25 Habanos yang dibuat "Totalmente a Mano con Tripa Larga" - Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Isian Panjang, susulan pemilihan teliti kertas pembungkus, isian dan daun capote dari kawasan Vuelta Abajo*, yang dianggap sebagai kawasan daratan terbaik di dunia untuk menanam tembakau.
Penampilan Montecristo Supremos akan berlangsung pada 6 Julai di Lanciano Forum, di kawasan Matélica Itali yang mana sekitar 450 tetamu akan mendapat keistimewaan untuk menikmati Montecristo Habano Edisi Terhad baharu ini. Ini akan menjadi pelancaran Habanos penampilan perdana kedua dunia yang dianjurkan di Itali, yang mana pada tahun 2016, Romeo and Julieta Capuletos juga mula dilancarkan di negara ini.
Habanos Edisi Terhad amat dihargai dan dinantikan oleh penggemar cerut pada setiap tahun, malah lebih lagi apabila ini merupakan vitola baharu daripada salah satu jenama Habano yang menjadi penanda aras di dunia. Montecristo Supremos, berukuran 55 x 130 mm, merupakan Montecristo dengan tolok gelang paling berat yang dilancarkan setakat ini.
Jenama Montecristo mendapat namanya daripada novel "The Count of Montecristo" oleh Alexandre Dumas. Ini merupakan satu salah jenama Habanos yang paling terkenal dan dihargai di seluruh dunia. Penanda aras untuk rasa Habanos ini mula diperkenalkan dalam majalah Cuba "Habano" pada tahun 1935. Hasil daripada aroma unggulnya dan vitola "Isian Panjang" yang dibuat sepenuhnya dengan tangan dengan daun-daun dari kawasan Vuelta Abajo*, Habano ini telah berjaya memukau perokok yang paling berpengalaman. Montecristo mula melengkapkan portfolionya secara progresif, yang asalnya terdiri daripada hanya lima vitola, secara beransur-ansur memenuhi tawaran yang kini merangkumi citarasa perokok yang paling cerewet. Hari ini, jenama ini mempunyai vitola bermula daripada Montecristo A yang hebat, kepada format-format lain yang lebih kecil seperti Montecristo Joyitas.
Diadema S.p.A.
Diadema S.p.A. ialah peneraju Itali bagi pemasaran cerut Premium dan memiliki jaringan pengedaran di Itali melibatkan lebih 2,000 kedai menjual tembakau termasuk 3 buah kedai La Casa del Habano dan 100 buah kedai Habanos Specialists.
Untuk maklumat lanjut, sila ke www.diademaspa.it
*Apelasi Asal Terpelihara
Bahan Grafik: https://fileshare-emea.bm.com/fl/0YOGJdY9tZ
Untuk lebih banyak maklumat umum:
www.habanos.com
https://www.instagram.com/habanos_oficial/
https://twitter.com/Habanos_Oficial
https://www.youtube.com/channel/UCstGLy96wdZG7eCM4855_DA
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/941690/HABANOS_Montecristo_Supremos.jpg
Untuk maklumat akhbar selanjutnya:
Young & Rubicam: Carla Lladó, Tel: +34-669-54-69-09, press.habanos@yr.com