omniture

Teknologi Canggih Taiwan Excellence Menarik Perhatian

Teknologi Perubatan, Industri 4.0 dan Runcit Pintar tiga industri terbesar dari Taiwan menganjurkan Ekspo Pertama Kali di Pulau Pinang
Taiwan Excellence by Taitra
2019-07-06 08:01 277

PULAU PINANG, Malaysia, 6 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Taiwan Excellence melambangkan produk terbaik dari Taiwan dan akan menganjurkan Taiwan Expo 2019 secara besar-besaran buat kali pertama di Pulau Pinang . Ekspo ini berlangsung selama dua hari dari 5 hingga 6 Julai akan menampilkan lebih dari 20 produk berjenama dari pelbagai bidang termasuk teknologi perubatan, Industri 4.0 dan runcit pintar.

Taiwan Excellence sebagai platform integrasi pintar menpamerkan teknologi yang tercanggih. Zon Teknologi Rawatan mempamerkan pelbagai teknologi rawatan menarik seperti cermin mata perubatan oleh Taiwan Orth. Biotech, solusi pengurusan kesihatan peribadi oleh Oenix Biomed dan mesin semburan pembasmi kuman oleh EleClean. Zon Runcit Pintar menampilkan pendingin daftar keluar pintar dari LWO Technology, solusi paparan dari Champ Vision Display dan lain-lain lagi. Malaysia mahukan lebih automasi untuk industri alat ganti automotif dan lain-lain sektor perkilangan. Ini akan menambahkan keperluan solusi Industri 4.0. Justeru, Taiwan Excellence akan mempamerkan solusi dari pelbagai jenama terkemuka Taiwan seperti solusi pengurusan oleh Advantech dan lengan robotik dari HiWin.

Taiwan Excellence Pavilion telah menganjurkan seminar Industri 4.0: Solusi Kilang Pintar untuk berkongsi pengalaman Taiwan di dalam bidang ini dengan rakan-rakan sejawat di Malaysia. Penceramah di seminar ini termasuk beberapa wakil dari pengilang Industri 4.0 seperti Advantech, Hiwin and Nexcom yang berbincang mengenai pelbagai topik semasa seperti model ciptaan bersama, mesin pintar dan Internet Pelbagai Benda (IoT). Seminar ini mendapat sambutan baik dari   Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) dan Persatuan Industri Faundri dan Kejuruteraan Pulau Pinang (PENFEIA) dianjur oleh TAITRA.

Menurut Presiden PENFEIA Teh Bee Cheong, Pulau Pinang diberi gelaran mesra Lembah Silikon Malaysia kerana menjadi tuan rumah kepada pelbagai pengilang canggih dan industri teknologi tinggi. Persatuan ini sudah lama menjalinkan hubungan erat dengan Taiwan dan telah mengetuai delegasi ke Taiwan pada Mac lalu, langsung memeterai memorandum kerjasama dengan TAITRA. Tambahan lagi, Teh berkata seminar Industri 4.0 adalah platform yang ideal untuk mengukuhkan lagi kerjasama bilateral di antara Taiwan dan Malaysia. Dia juga melahirkan rasa yakin mengenai hubungan perdagangan bilateral yang berpanjangan antara Taiwan dan Malaysia, dan mengharapkan kolaborasi yang lebih mendalam untuk kebaikan bersama kedua-dua negara di pelbagai bidang.

Source: Taiwan Excellence by Taitra
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Electronic Components Electronic Design Automation Trade show news Cannabis