omniture

Sekilas Pandang Masa Depan Mobiliti: thyssenkrupp Pamer MULTI Tanpa Tali di Astaka Jerman di EXPO 2020 Dubai

thyssenkrupp Elevator AG
2019-07-12 10:00 148

ESSEN, Jerman dan DUBAI, UAE, 11 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Apabila EXPO 2020 membuka tirainya di Dubai pada Oktober 2020, lif tanpa tali yang pertama di dunia untuk bangunan pencakar langit akan dipaparkan secara meluas. Sistem rintis thyssenkrupp Elevator dipilih sebagai salah satu projek 'lighthouse' (projek model) EXPO dan akan dipamerkan oleh Kementerian Persekutuan Jerman bagi Hal Ehwal Ekonomi dan Tenaga di Astaka Jerman.

 

When EXPO 2020 opens its doors in Dubai in October 2020, the world's first ropeless elevator for skyscrapers will be featured prominently. thyssenkrupp Elevator's pioneering system was selected as one of the EXPO's lighthouse projects.
When EXPO 2020 opens its doors in Dubai in October 2020, the world's first ropeless elevator for skyscrapers will be featured prominently. thyssenkrupp Elevator's pioneering system was selected as one of the EXPO's lighthouse projects.

 

"Dubai ialah sebuah bandar yang menyediakan platform untuk ciptaan, lalu menarik minat orang ramai dan perniagaan dari seluruh dunia. MULTI akan menyokong matlamat ini, mendemonstrasikan kepada pengunjung di EXPO 2020 bagaimana teknologi boleh menambah baik mobiliti bandar," kata Peter Walker, Ketua Pegawai Eksekutif di thyssenkrupp Elevator. 

Revolusi MULTI mengubah cara orang ramai bergerak di dalam bangunan, menyediakan perspektif serba baharu untuk arkitek, pemilik hartanah dan penumpang. Dengan menggunakan motor linear untuk setiap kabin, tali tidak diperlukan sama sekali – dan MULTI boleh bergerak secara menegak serta mendatar. Tanpa tali, MULTI membolehkan pembinaan bangunan-bangunan yang jauh lebih tinggi di bandar-bandar. Memandangkan ia memerlukan aci yang sedikit, ruang lantai yang penting dapat digunakan untuk pangsapuri.

Di EXPO 2020, MULTI akan mendemonstrasikan bagaimana pelbagai penyelesaian pengangkutan, bermula dengan logistik bawah tanah kepada teksi udara, boleh disalinghubungkan dengan lif tanpa tali. Jejantas udara yang dikuasakan oleh MULTI yang bergerak secara mendatar akan membawa pengangkutan penumpang ke tahap serba baharu.

MULTI diperkenalkan pada tahun 2017 di menara ujian canggih setinggi 800 kaki milik thyssenkrupp di Rottweil, Jerman. Inovasi ini kini sedang menjalani ujian dan pensijilan di Rottweil

Imej-imej Akhbar:
https://transfer.thyssenkrupp.info/public/h90889q_cca134e27296382736deac

Latar belakang kami:
Dengan jualan mencecah €7.6 bilion pada tahun fiskal 2017/2018 dan mempunyai pelanggan di 150 negara, thyssenkrupp Elevator membina kedudukannya sebagai salah sebuah syarikat lif yang terkemuka di dunia yang bermula dari bawah dalam tempoh hanya 40 tahun mengaplikasikan keupayaan kejuruteraan unik thyssenkrupp. Dengan lebih 50,000 pekerja berkemahiran tinggi, syarikat menawarkan produk dan perkhidmatan yang pintar dan inovatif. Portfolionya termasuk lif penumpang dan muatan, eskalator dan laluan pejalan kaki bergerak, jambatan menaiki pesawat penumpang, lif tangga dan platform serta penyelesaian perkhidmatan tersuai untuk semua produk.

Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com)

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/944735/MULTI_in_operation.jpg
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/944736/MULTI_Reimagining.jpg

 

The MULTI revolution changes the way people move inside buildings, providing completely new perspectives for architects, real estate owners and passengers. By employing linear motors for each cabin, no ropes are needed at all - MULTI moves move vertically as well as horizontally.
The MULTI revolution changes the way people move inside buildings, providing completely new perspectives for architects, real estate owners and passengers. By employing linear motors for each cabin, no ropes are needed at all - MULTI moves move vertically as well as horizontally.

 

Perhubungan Akhbar: 
Jasmin Fischer
Ketua Perhubungan Media
+49 (0) 201-844-563-054
jasmin.fischer@thyssenkrupp.com 
www.thyssenkrupp-elevator.com

Source: thyssenkrupp Elevator AG
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Electrical Utilities Real Estate Residential Real Estate Transportation Utilities New products/services Trade show news Future Events