omniture

JA Solar Bekalkan Modul untuk Loji Kuasa Solar Dwikaca Dwimuka PERC Terbesar di Korea Selatan

JA Solar Co., Ltd.
2019-07-13 02:09 91

BEIJING, 13 Julai 2019 /PRNewswire/ -- JA Solar Co., Ltd, pengeluar yang terkemuka di dunia bagi produk fotovolta berprestasi tinggi, mengumumkan bahawa ia membekalkan semua modul untuk loji kuasa solar dwikaca dwimuka PERC yang terbesar di Korea Selatan. Projek ini akan memberikan galakan besar penggunaan modul dwikaca dwimuka PERC dan pembangunan tenaga boleh diperbaharui dalam pasaran Korea Selatan.

Pada Disember 2018, JA Solar menjadi salah sebuah syarikat PV pertama yang memperoleh pensijilan produk daripada Persatuan Piawaian Korea (KS) untuk modul dwikaca dwimuka PERC. Pensijilan ini mengesahkan bahawa produk JA Solar memenuhi piawaian kebangsaan di Korea Selatan, meningkatkan daya saing syarikat dan pengiktirafan jenama dalam pasaran tempatan. Modul dwikaca dwimuka PERC JA Solar dapat meningkatkan lagi hasil tenaga untuk sistem PV dan menurunkan LCOE dengan berkesan, lalu menyediakan pelanggan di Korea Selatan yang menumpu pada pengurangan kos tanah dengan lebih akses kepada produk tenaga solar berkecekapan tinggi.

Projek ini, yang terletak di Gangjin Gun, Korea Selatan, melibatkan dua loji kuasa 2.4 MW yang dibina dalam dua fasa. Fasa pertama telah disiapkan dan berjaya disambungkan kepada grid. Loji kuasa ini menggunakan modul dwikaca dwimuka JA Solar, yang menggabungkan teknologi sel dwimuka PERC berkecekapan tinggi dan struktur modul dwikaca dengan faktor kedwimukaan 70% dan lebih tinggi. Modul dwikaca dwimuka JA Solar mempunyai kapasiti penjanaan kuasa yang lebih tinggi, prestasi rendah radiasi yang lebih baik dan prestasi rintangan PID. Selain itu, ia boleh digunakan secara meluas dalam persekitaran yang sukar (seperti padang pasir, tepi pantai dan sebagainya) serta di bawah keadaan cuaca melampau (termasuk suhu tinggi, kelembapan tinggi dan sebagainya). TUV Rheinland, institusi ujian berwibawa telah mengesahkan bahawa hasil tenaga modul dwikaca dwimuka PERC JA Solar adalah 10.5% lebih tinggi berbanding modul mono konvensional, yang dapat menjamin keandalan sistem loji kuasa dan pulangan pelaburan untuk pelanggan dengan berkesan.

En. Jin Baofang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar, berkata, "Pasaran Korea Selatan amat berminat dengan modul solar berkecekapan tinggi. Bagi memenuhi peningkatan permintaan pelanggan kami, JA Solar akan terus memberi tumpuan pada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran modul PV berprestasi tinggi. Cawangan pejabat kami di Korea Selatan turut komited untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang bagi memenuhi keperluan pelanggan tempatan, meluaskan lagi kehadiran kami dan menyumbang kepada pembangunan industri solar di wilayah berkenaan."

 

Source: JA Solar Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities