omniture

Hillstone Networks Dinamakan dalam Panduan Pasaran Gartner 2019 untuk Sistem Pengesanan dan Pencegahan Pencerobohan

Hillstone Networks
2019-07-17 23:01 163

SANTA CLARA, California, 17 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Hillstone Networks, penyedia terkemuka penyelesaian Sekuriti Rangkaian dan Pengurusan Risiko Perusahaan, hari ini mengumumkan bahawa Hillstone Networks telah dimasukkan sebagai Wakil Vendor dalam Panduan Pasaran Gartner untuk Sistem Pengesanan dan Pencegahan Pencerobohan* untuk penyelesaian Sistem Pencegahan Pencerobohan Rangkaian (NIPS). Hillstone percaya kemasukan ini merupakan bukti kepada keluasan capaiannya dalam pasaran dari segi menyampaikan visi sekuriti yang berfungsi.

Perkakas NIPS Hillstone ini beroperasi di talian, dan pada kelajuan wayar, menyemak banding semua trafik rangkaian dan melaksanakan pemeriksaan paket data pada trafik. Ia turut mengenakan peraturan berdasarkan beberapa kaedah termasuk analisis anomali protokol, analisis tandatangan, sandbox-awan dan teknik-teknik paling canggih dalam pembelajaran mesin seperti Pengesanan Tingkah Laku Tidak Normal (ABD) dan Pengesanan Ancaman Termaju (ATD), untuk menyekat ancaman. NIPS Hillstone boleh digunakan dalam rangkaian untuk memeriksa trafik yang tidak dapat dikesan oleh penyelesaian perimeter serta merupakan bahagian penting dalam sistem sekuriti rangkaian untuk keupayaan berprestasi tingginya, tiada kompromi, perlindungan terbaik dalam kategori serta senario penggunaan yang luas dan fleksibel.

"Penyelesaian NIPS Hillstone menggunakan teknologi pengesanan berdasarkan tingkah laku generasi seterusnya serta pengesanan berdasarkan tandatangan tradisional untuk menangkap penggodam pada tahap-tahap berbeza dalam rantaian penghapusan serangan," kata Timothy Liu, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Bersama Hillstone Networks. "Kita sedia maklum bahawa dengan penyelesaian NIPS didayakan AI Hillstone, organisasi-organisasi dapat mengurus serangan termaju dan ancaman dalaman dengan lebih baik, meningkatkan kedudukan pertahanan siber mereka dan mengurangkan risiko serangan siber serta ketirisan."

*Sumber: Gartner, Market Guide for Intrusion Detection and Prevention Systems, Craig Lawson, John Watts, 1 Julai 2019

Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menasihatkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, dinyatakan atau tersirat, berhubung penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang Hillstone Networks

Penyelesaian Sekuriti Rangkaian dan Pengurusan Risiko Perusahaan Hillstone Networks menyediakan keterlihatan, perisikan, dan perlindungan untuk memastikan perusahaan boleh melihat secara komprehensif, memahami dengan teliti dan bertindak pantas terhadap ancaman siber. Diiktiraf oleh penganalisis-penganalisis terkemuka dan dipercayai oleh perusahaan-perusahaan global, penyelesaian Hillstone meliputi perusahaan bermula daripada pinggir ke awan di samping meningkatkan kos pemilikan keseluruhan. Untuk mengetahui lebih lanjut kunjungi www.hillstonenet.com .

Hubungi: 
Hillstone Networks
Zeyao Hu
Pengurus Pemasaran
inquiry@hillstonenet.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/765968/Hillstone_Logo.jpg 

 

Source: Hillstone Networks
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Awards