omniture

Ideagen Sahkan Sedekad Pertumbuhan Berturut-turut dalam Keputusan Akhir Tahun yang Kukuh

Ideagen Plc
2019-07-18 01:59 110

LONDON, 17 Julai 2019 /PRNewswire/ --

  • 29% peningkatan pendapatan
  • EBITDA meningkat 30%
  • Pendapatan Perisian sebagai satu Perkhidmatan (SaaS) meningkat 63%
  • Pertumbuhan antarabangsa yang kukuh hasil daripada pelanggan global baharu dan peluasan operasi di AS dan Asia Tenggara
  • Prestasi mantap daripada pemerolehan

Ideagen, firma perisian global yang berpangkalan di UK, hari ini (Rabu, 17 Julai) mengesahkan sedekad pertumbuhan berturut-turut susulan penerbitan keputusan akhir tahun tidak diaudit untuk tahun berakhir pada 30 April 2019.

Ben Dorks, Ideagen CEO
Ben Dorks, Ideagen CEO

Syarikat yang beribu pejabat di Nottingham itu melaporkan bahawa pendapatan dan EBITDA meningkat sekali lagi, sebanyak 29% kepada £46.7 juta dan 30% kepada £14.3 juta.

Ideagen turut mencatatkan angka pendapatan perisian sebagai satu perkhidmatan (SaaS) yang kukuh – meningkat 63% kepada £13.7 juta – ketika ia meneruskan peralihan strategiknya kepada model perniagaan berasaskan SaaS.

Pendapatan berulang mewakili 67% daripada pendapatan keseluruhan syarikat, manakala pendapatan berulang tahunan (ARR) meningkat 44% kepada £36.4 juta.

Ben Dorks, Ketua Pegawai Eksekutif Ideagen, berkata: "Kami dengan sukacitanya melaporkan bahawa kami berjaya mencapai objektif kami tahun ini, meningkatkan jejak global Kumpulan dengan ketara, khususnya di AS dan memberikan satu lagi tahun dengan pertumbuhan pendapatan dan keuntungan yang kukuh, disokong oleh penjanaan tunai yang sangat baik.

"Kemajuan strategik yang cemerlang telah dilakukan, khususnya menerusi tiga pemerolehan yang diselesaikan pada tahun berkenaan. Ini telah mengukuhkan rangkaian produk kami dan mengekalkan kami dengan kedudukan yang baik untuk menyokong pelanggan kami serta memanfaatkan peluang pasaran penting di hadapan."

Terdapat juga beberapa sorotan utama operasi, khususnya berkisarkan prestasi syarikat-syarikat yang diambil alih oleh Ideagen.

InspectionXpert – diperoleh pada September 2018 – menambah 900 pelanggan pembuatan AS, harta intelek yang mantap, pendapatan berulang SaaS yang meningkat dan platform untuk mencapai pertumbuhan di Amerika Utara.

Scannell Solutions, syarikat SaaS yang berpangkalan di Ireland, menyediakan Ideagen dengan peluang untuk mempercepatkan penawarannya kepada pasaran pemantauan dan pengauditan Kesihatan Persekitaran, Keselamatan dan Kualiti.

Sementara itu, pemerolehan Morgan Kai Ltd oleh Ideagen – yang terbesar setakat ini pada nilai £20.5 juta – telah membawa bersamanya 400 pelanggan, menggandakan perniagaan audit dalaman Ideagen.

David Hornsby, Pengerusi Eksekutif Ideagen menambah: "Kumpulan ini memenuhi atau melangkaui semua objektif kewangan dan operasi utama untuk tahun berkenaan termasuk sasaran untuk pendapatan, keuntungan, pertumbuhan organik, penjanaan tunai dan pengekalan pelanggan.

"Keputusan ini disokong oleh kumpulan pelanggan bertaraf dunia Ideagen, capaian global yang kukuh, set produk yang cemerlang dan pasukan pengurusan yang terbukti serta berkesan. Ini merupakan set keputusan pertama yang diumumkan oleh kami susulan pelantikan Ben Dorks sebagai Ketua Eksekutif pada Mei 2018 dan pihak lembaga berasa gembira dengan tahap kemajuan yang ditunjukkan di bawah kepimpinan Ben."

www.ideagen.com 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/718966/Ideagen_Logo.jpg  
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/947950/Ideagen_CEO.jpg 

Source: Ideagen Plc
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion Earnings projections or forecasts