omniture

Seamaster T2 Diamond 2019 Malaysia Dibarisi Pemain-pemain Terbaik Bakal Bersinar

Juara Olimpik Ding Ning dan Juara Kategori Wanita 2017 Bernadette Szocs bertemu dalam pertarungan pusingan pertama apabila 16 pemain Lelaki dan Wanita Terbaik dunia berhimpun di Johor Bahru
T2 Diamond Table Tennis League
2019-07-22 15:57 435

JOHOR BAHRU, Malaysia, 22 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Pemain-pemain terbaik dunia bakal bersaing apabila T2 Diamond kembali ke T2Cavern di Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru.

T2 Diamond dianjurkan dengan kerjasama Persekutuan Pingpong Antarabangsa (ITTF) dan menampilkan 16 pemain lelaki dan wanita terbaik dunia. Pusingan pembukaan -- Seamaster T2 Diamond 2019 Malaysia – akan berlangsung mulai 18 - 21 Julai 2019.

Pemain kedudukan teratas bagi kategori lelaki, Ma Long akan memulakan kempen beliau terhadap Simon Gauzy dari Perancis, yang menggantikan Timo Boll yang cedera dalam cabutan pertandingan. Bagi kategori wanita pula, Pusingan 16 akan membawakan pertembungan yang menarik antara juara Olimpik Ding Ning dengan juara kategori wanita T2 APAC 2017 Bernadette Szocs.

Hadiah wang utama bernilai US$100,000 menanti juara lelaki dan wanita. T2 Diamond akan membawa hadiah wang bernilai US$500,000 untuk setiap satu daripada ketiga-tiga acara.

Menerusi format pertandingan baharu, jam perlawanan 24 minit akan digunakan dan pertandingan dimainkan untuk 11 mata (tanpa pemutus atau perbezaan dua mata) dalam format tujuh-yang-terbaik. Sekiranya tiada keputusan ditentukan pada tahap minit ke-24 itu, format FAST5 akan diperkenalkan dengan pemain pertama yang mendapat lima mata memenangi permainan tersebut. Permainan-permainan sedia ada yang dijalankan pada tahap minit ke-24 akan diteruskan sehingga 11 mata. Sebarang permainan yang tinggal yang bermula selepas tahap minit ke-24 akan dimainkan sebagai permainan FAST5.

Getah-getah berwarna juga akan dibenarkan, dengan juara bertahan kategori wanita Szocs menjadi yang pertama merebut peluang daripada inisiatif ITTF baharu ini dengan memilih getah berwarna merah jambu pada sebelah sisi bet beliau. Pemain-pemain lain dijangka akan menyusulinya apabila musim tersebut berlangsung.

En. Frank Ji, Pengerusi T2 Diamond dan Penasihat Khas untuk Presiden ITTF berkata: "Daripada T2 APAC dan permainan berpasukan yang inovatif, kini kami membawa pertandingan ini ke satu tahap lebih tinggi. Format T2 Diamond kami menandakan pemain-pemain perlu menjadi yang terbaik untuk menang dan kami berharap peminat akan dapat disajikan dengan permainan pingpong berkualiti tertinggi."

Untuk maklumat lanjut tentang T2 Diamond 2019, laporan dan foto perlawanan setiap hari serta penstriman perlawanan, kunjungi laman sesawang kami di www.t2diamond.com.

Untuk maklumat lanjut :
media@t2apac.com 

Source: T2 Diamond Table Tennis League
Keywords: Sporting Events Sports Future Events