omniture

Majlis penutupan (Renang Gwangju) labuhkan tirai pertandingan akuatik global 17 hari

The FINA World Championships Gwangju 2019 Organizing Committee
2019-07-30 00:16 123

GWANGJU, Korea Selatan, 30 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Majlis penutupan Kejohanan Dunia FINA Gwangju 2019 berlangsung di bandar metropolitan sebelah barat daya pada hari Ahad dengan menampilkan keajaiban bermusim wilayah ini dalam pelbagai bentuk.

Majlis penutupan Kejohanan Dunia FINA Gwangju 2019
Majlis penutupan Kejohanan Dunia FINA Gwangju 2019

Majlis penutupan ini, yang melabuhkan tirai pertandingan akuatik global selama 17 hari yang dimulakan di Gwangju pada 12 Julai, mengandungi dua bahagian -- persembahan kebudayaan selama sejam yang bermula pada jam 5 petang di Pusat Kebudayaan Asia dan acara rasmi di Pusat Akuatik Perbandaran Universiti Nambu.

Persembahan kebudayaan ini membawakan sifat air yang berputar secara semula jadi dan keajaiban bermusim wilayah selatan ini serta kitaran hayat manusia di bawah tema "Kitaran Kehidupan."

Menjelang persembahan ini, Datuk Bandar Gwangju Lee Yong-sup, yang berperanan sebagai ketua Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Dunia FINA Gwangju 2019, mengucapkan terima kasih beliau kepada semua atlet dan pegawai-pegawai FINA. "Saya menghargai usaha Presiden FINA Julio Maglione dan pegawai-pegawai lain daripada Persekutuan Renang Antarabangsa kerana bekerjasama demi kejayaan kejohanan Gwangju. Saya turut melahirkan rasa syukur yang mendalam kepada semua atlet dari seluruh dunia dan warga Korea atas sokongan mereka," kata Lee.

Perdana Menteri Lee Nak-yon berkata dalam ucapan tahniah beliau bahawa semua warga Korea Selatan dan seluruh dunia berasa gembira dan terharu dengan semangat serta persaingan yang adil oleh para atlet.

"Gelombang keamanan telah bangkit dari Gwangju ke pelosok dunia yang lain semasa berlangsungnya Kejohanan Dunia FINA Gwangju 2019 dan saya berasa amat gembira dengan kejayaan penutupannya," kata perdana menteri, sambil mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk dan pengunjung Gwangju kerana menjadikan kejohanan ini sebagai sebuah acara yang luar biasa.

Sebuah jamuan perpisahan telahpun diadakan di sebuah restoran di Pusat Kebudayaan Asia selepas persembahan ini, dengan kehadiran kira-kira 200 orang kenamaan termasuk Perdana Menteri Lee, Datuk Bandar Lee dan pegawai-pegawai FINA.

Acara majlis penutupan rasmi bermula pada jam 10:40 malam di Pusat Akuatik Perbandaran Universiti Nambu selepas pusingan akhir acara renang yang kompetitif.

Acara ini diteruskan dengan aturan kemasukan bendera-bendera kebangsaan 194 negara yang mengambil bahagian, menurunkan dan memindahkan bendera kejohanan, pengenalan kepada bandar tuan rumah yang seterusnya serta pengisytiharan penutupan. Kejohanan Dunia FINA yang seterusnya akan berlangsung di Fukuoka, Jepun pada tahun 2021.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190729/2536717-1?lang=0

Source: The FINA World Championships Gwangju 2019 Organizing Committee
Keywords: Advertising Sporting Events Sports