omniture

TCL Lancar Kempen Pemasaran Global UGC "Born a Legend"

TCL
2019-08-02 17:24 304

SHENZHEN, China, 2 Ogos 2019  /PRNewswire/ -- TCL, salah satu pengusaha yang terkemuka dalam industri TV global dan sebuah syarikat barangan elektronik pengguna utama, hari ini melancarkan kempen pemasaran global dengan tema "Born a Legend" ("Lahir sebagai Legenda") bagi menggalakkan pengguna dan kakitangan untuk menghasilkan Kandungan-Dijana-Pengguna (UGC) bagi memperlihatkan perkara yang menjadikan mereka sebagai 'legenda' dalam kehidupan harian.

Kempen ini merupakan sebahagian daripada strategi TCL untuk melibatkan dan menginspirasikan audiens global merentas saluran-saluran digital. Kakitangan dan pengguna digalakkan untuk menghasilkan dan memuat naik video pendek mereka sendiri ke laman sosial media mereka atau laman sesawang TCL antara 1 Ogos dan 29 September. TCL akan memilih video-video terbaik dan membawanya ke peringkat seterusnya yang mana peminat-peminat dari seluruh dunia berpeluang mengundi video-video kegemaran mereka. Tiga video dengan undian tertinggi akan diumumkan sebagai pemenang keseluruhan pada 30 September dan penyertaan utama yang berjaya akan diberi ganjaran dengan hadiah legenda bernilai USD10,000.

TCL Lancar Kempen Pemasaran Global “Born a Legend”
TCL Lancar Kempen Pemasaran Global “Born a Legend”

"Saya teruja untuk memulakan kempen global kami dan saya berharap agar pengguna dan kakitangan kami yang bersemangat akan turut serta dalam keriangan ini dan mengambil bahagian," kata Eileen Sun, Ketua Pegawai Pemasaran, Kumpulan Perniagaan Luar Negara TCL Smart Device Group. "Di TCL, kami sentiasa berusaha untuk menginspirasikan orang ramai agar mencapai impian mereka, terus mendorong diri sendiri dan menjadi legenda buat diri mereka sendiri. Saya percaya bahawa semangat ini akan membantu orang ramai sepanjang hidup mereka dan dalam apa sahaja yang mereka lakukan."

Untuk menghantar atau menonton video-video "Born a Legend", sila kunjungi laman sesawang rasmi dan akaun media sosial TCL:

Facebook @tclelectronicsglobal
Twitter @TCL_TV_Global
Instagram @tclelectronics
YouTube @TCL Electronics
Laman sesawang rasmi TCL: www.tcl.com/legend

Latar Belakang TCL

TCL ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pantas dan pengusaha terkemuka dalam industri TV global. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1981 di China dan kini beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. Pada tahun 2018, TCL tersenarai di tempat kedua dalam pasaran TV global. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pengilangan produk-produk elektronik pengguna bermula dengan TV, telefon mudah alih, barangan putih, audio dan produk kediaman pintar. Melalui strateginya iaitu 'AI x IoT', TCL berusaha untuk menjadi sebuah syarikat teknologi pintar yang terkemuka di dunia yang membantu penggunanya menjalani kehidupan yang pintar dan sihat.

Perhubungan Media:

TCL Electronics
Siyang Wang
+86-755-3331-1958
siyang.wang@tcl.com

BlueCurrent Hong Kong 
Calvin Choi 
+852-2586-7893
calvin.choi@bluecurrentgroup.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190801/2540945-1?lang=0

Source: TCL
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Consumer Electronics Social Media Sporting Events Sports Television Awards Future Events