omniture

Nexen Tire Bakal Adakan Upacara Pembukaan untuk Kilang Eropah Baharunya di Republik Czech

Nexen Tire
2019-08-05 22:54 508
  • Nexen Tire bakal mengadakan upacara pembukaan untuk kilang pembuatan Eropah baharunya di Zatec, Republik Czech pada 28 Ogos 2019
  • Byung-Joong Kang, Pengerusi, dan Travis Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Global Nexen Tire, akan menghadiri upacara ini bagi meraikan penyempurnaan 4 jaringan penyelidikan & pembangunan (R&D) dan pengeluaran global utama Nexen Tire

SEOUL, Korea Selatan, 5 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengeluar tayar global yang terkemuka, bakal mengadakan upacara pembukaan rasmi Kilang Eropahnya di Zatec, Republik Czech. Selaras dengan upacara pembukaan kilang pembuatan baharu ini, Nexen Tire mendorong kemajuannya ke dalam pasaran Eropah.

Nexen Tire Bakal Adakan Upacara Pembukaan untuk Kilang Eropah Baharu di Republik Czech
Nexen Tire Bakal Adakan Upacara Pembukaan untuk Kilang Eropah Baharu di Republik Czech

Bagi meraikan pembukaan kemudahan baharu yang canggih ini, Petr Ocko, Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Republik Czech, Travis Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Global dan Byung-Joong Kang, Pengerusi Nexen Tire akan mengunjungi Zatec untuk menghadiri upacara berkenaan pada 28 Ogos. Menerusi slogan 'Gelombang Baharu untuk Masa Depan', upacara pembukaan tersebut akan menandakan peringkat seterusnya era global Nexen Tire dan meraikan pengukuhan perkongsian perniagaan Czech-Korea.

Terletak di dalam Zon Perindustrian Strategik Segitiga di Zatec, kilang Nexen Tire Eropah berkeluasan 650,000 meter persegi. Syarikat ini melabur kira-kira satu billion dolar terhadap kemudahan berkenaan, mewujudkan pusat pembuatan bersepadu secara teknologi yang dapat mengaplikasikan teknologi-teknologi canggih pusat-pusat R&D globalnya serta merta. Kilang tersebut telahpun beroperasi sejak akhir April 2019 dan telah meraikan penghantaran pihak pertama tayar.

Nexen Tire kini telah memuktamadkan empat jaringan R&D dan pengeluaran global utamanya: THE NEXEN univerCITY, Institut Penyelidikan Pusat di Seoul, Korea; Pusat R&D Eropah; Pusat R&D Amerika Utara dan kilang Eropah di Zatec. Kapasiti pengeluaran bagi kilang Eropah ialah 3 juta pada tahun 2019 dan dijangka meningkat kepada 11 juta menjelang tahun 2022. Melalui peluasan kapasiti pengeluarannya, Nexen Tire merancang untuk mengukuhkan kehadiran globalnya, menonjolkan lagi syarikatnya dalam pasaran Eropah.

Travis Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Global Nexen Tire, berkata, "Dengan pembukaan Kilang Eropah berkenaan, Nexen Tire merancang untuk membangunkan, mengeluarkan dan mengedarkan produk-produk yang disesuaikan untuk pasaran Eropah," menambah "Dengan penyempurnaan empat institusi global kami, Nexen Tire akan membawakan produk yang sesuai untuk pelanggan global kami, khususnya di Eropah."

Latar Belakang Nexen Tire

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, ialah pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan lebih 500 pengedar yang berpangkalan di 137 negara di seluruh dunia (setakat Mei 2019) dan memiliki empat kilang pembuatan - dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Sebuah lagi kilang di Žatec, Republik Czech juga telah memulakan operasi pada tahun 2019. Nexen Tire menghasilkan tayar untuk kereta penumpang, SUV dan trak ringan dengan teknologi canggih dan kecemerlangan dalam reka bentuk. Syarikat juga memberi tumpuan untuk mengeluarkan tayar UHP, yang berasaskan teknologi termaju. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global di pelbagai negara seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat mendapat 'grand slam' menerusi 4 anugerah reka bentuk utama dunia buat julung kalinya antara pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.nexentire.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190805/2543168-1?lang=0

Source: Nexen Tire
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion