omniture

Platform Kebolehkesanan Wain Dibangunkan Bersama oleh VeChain dan D.I.G. Mulakan Fasa Kedua dengan Pengenalan Penfolds Bin 407

VeChain
2019-08-07 18:55 119

SHANGHAI, 7 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Empat puluh tahun mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat telah menjadikan China sebagai ekonomi kedua yang terbesar di dunia dan membantu mewujudkan berjuta-juta isi rumah kelas pertengahan. Menerusi peningkatan taraf hidup dan juga perubahan gaya hidup, tabiat meminum wain menjadi semakin popular dalam kalangan warga Cina yang lebih mewah. Menurut Laporan Kajian tentang Import Wain di China, 2019-2023, China mengimport $3.91 bilion wain pada tahun 2018, meningkat sebanyak 6.50 peratus berbanding tahun sebelumnya. Menurut VINEXPO, China akan menjadi pengguna wain kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2023 dengan nilai pasaran dianggarkan bernilai $23 bilion.

Penfolds 407 with VeChain N.F.C. Tag Attached
Penfolds 407 with VeChain N.F.C. Tag Attached

Pasaran yang berkembang pesat telah menarik minat pengeluar wain yang bijak dan juga peniru serta penipu yang licik. Melihatkan sifat penipuan wain ini, kilang wain dan pengedar telah mengambil pelbagai langkah antipemalsuan untuk memerangi jualan berunsurkan penipuan, namun demikian hanya segelintir terbukti berjaya. Untuk menangani isu ini, D.I.G. (Shanghai Waigaoqiao Direct Imported Goods Co., Ltd.), pengimport utama di China, bekerjasama dengan VeChain, rantaian blok awam peringkat perusahaan yang terkemuka di dunia dan melancarkan Platform Kebolehkesanan Wain (selanjutnya dirujuk sebagai WTP) pada Jun 2018.

Dibina pada VeChain ToolChain, platform BaaS sehenti revolusioner yang direka oleh VeChain, WTP memanfaatkan kekuatan rantaian blok, peranti IoT dan peranti mudah alih untuk mengawasi seluruh kitaran hayat wain daripada kilang wain kepada pengedar. Setakat ini, lebih 20 produk wain diimport oleh D.I.G. telah disediakan pada platform berkenaan dan sepertiga daripadanya diimport oleh syarikat. Menurut statistik D.I.G., wain mengalami purata peningkatan 10% dari segi jualan selepas melaksanakan penyelesaian berkenaan, hasil daripada peningkatan keyakinan pengguna.

Pada Julai 2019, Fasa 2 WTP dimulakan menerusi pengenalan Penfolds Bin 407. Ini merupakan kali pertama Penfolds, salah satu pembuat wain yang paling terkenal dan disegani di Australia, diperkasa oleh rantaian blok bagi tujuan antipemalsuan dan kebolehkesanan yang dipertingkat. Ditubuhkan pada tahun 1844, Penfolds terkenal dengan Grand Wine ikoniknya. Selama bertahun-tahun, Penfolds telah meraih beberapa penghormatan dan anugerah. Sebagai contoh, 1955 Grange dinamakan sebagai salah satu daripada 12 wain terbaik abad ke-20 oleh Wine Spectator, manakala 2008 Grange memperoleh skor 100-mata yang sempurna daripada Wine Spectator dan Robert Parker's Wine Advocate.

Bagi Bin 407 pula, setiap botol dilampirkan dengan tag N.F.C. yang telah dikodkan, direka khas untuk produk-produk wain. Dengan membaca cip N.F.C., pelanggan boleh mengakses maklumat produk yang tidak berubah tentang botol wain tersebut yang disimpan pada rantaian blok, seperti maklumat asal yang ditentusahkan oleh juruaudit bebas seperti D.N.V. G.L. Dengan cara ini, kilang wain dapat mengelakkan produk mereka daripada dipalsukan sekaligus membolehkan pengguna membentuk pandangan yang lebih mendalam tentang produk, lantas meningkatkan keyakinan mereka terhadap produk berkenaan.

Botol-botol Penfolds 407 dikuasakan Rantaian Blok VeChainThor kini disediakan di tiga kedai fizikal:

Pusat Pameran & Perdagangan Alkohol Antarabangsa Waigaoqiao:
No.77, Fute West 3rd Road, Zon Perdagangan Bebas Rintis China (Shanghai)

Kedai Utama D.I.G.:
No. 460, Fute North Road, Zon Perdagangan Bebas Rintis China (Shanghai)

Sen Lan Shang Du Store:
No. 2988, Zhangyang North Road, Daerah Baharu Pudong

Latar Belakang VeChain
Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain berhasrat untuk menghubungkan teknologi rantaian blok ke dunia sebenar dengan menyediakan struktur tadbir urus komprehensif, model ekonomi yang mantap dan penyepaduan IoT. VeChain ialah perintis aplikasi dunia sebenar yang menggunakan teknologi rantaian blok awam, dengan operasi antarabangsa di Singapura, Luxembourg, Tokyo, Shanghai, Paris, Hong Kong dan San Francisco.

Bersama-sama rakan kongsi strategik kami PwC dan D.N.V. GL, kami telah menjalin hubungan kerjasama dengan banyak perusahaan terkemuka dalam industri-industri berbeza, termasuk Walmart China, BMW, B.Y.D. Auto, Haier, Bright Food, D.I.G., DB Schenker dan PICC.

Untuk maklumat lanjut tentang VeChain, sila ikuti twitter kami @vechainofficial atau layari laman sesawang rasmi kami https://www.vechain.com/.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/956550/vechain.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/738221/VeChain_Logo.jpg  

Source: VeChain
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Food/Beverages Retail New products/services