omniture

PT Bahana TCW Investment Management Automasikan Operasi Pelaburan dengan PORTIA SS&C

SS&C
2019-08-08 00:40 115

Pengurus pelaburan berpangkalan di Indonesia beroperasi di PORTIA® SS&C

WINDSOR, Connecticut, 7 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- SS&C Technologies Holdings, Inc. (Nasdaq: SSNC) hari ini mengumumkan bahawa PT Bahana TCW Investment Management (Bahana TCW) beroperasi di PORTIA®, platform operasi pelaburan pejabat tengah-hingga-pentadbiran yang komprehensif daripada SS&C.

Bahana TCW ialah firma pengurusan pelaburan dan khidmat nasihat terkemuka yang beribu pejabat di Indonesia dengan aset bawah pengurusan mencecah kira-kira USD 3.3 bilion. Bahana TCW memilih SS&C untuk rekod prestasi yang berjaya di Asia, pengetahuan yang mantap tentang pasaran Indonesia dan kebolehan PORTIA untuk menyokong keperluan pelaporan dana bersama yang berkembang oleh firma berkenaan. PORTIA mengautomasikan portfolio firma dan perakaunan dana serta pelaporan pelanggan dan pengawalseliaan pada platform tunggal.

"SS&C mengkhususkan pasukan kukuh yang berupaya memenuhi keperluan operasi kami pada harga kompetitif," kata Edward P Lubis, Pengarah Presiden, PT Bahana TCW Investment Management. "Kini kami telah memperoleh kecekapan yang tinggi dan keupayaan pelaporan yang lebih mantap."

"Indonesia ialah pasaran yang kukuh untuk SS&C dan kami berbesar hati untuk menyokong Bahana TCW," kata Christy Bremner, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Institusi & Pelaburan, SS&C Technologies. "Kami terus melabur dalam pembangunan produk dan kepakaran pasaran agar kekal menjadi penyedia penyelesaian yang terkemuka di APAC."

Latar Belakang PT Bahana TCW Investment Management
Bahana TCW Investment Management ialah firma pengurusan pelaburan dan khidmat nasihat berpengalaman yang menawarkan pelbagai pilihan dan strategi untuk dana bersama dan pelabur. Mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk pelanggan institusi dan pelanggan individu, syarikat memperoleh jumlah aset bawah pengurusan (AUM) kira-kira USD 3.3 bilion. Bahana TCW Investment Management merupakan yang keempat antara kesemua pengurus dana di Indonesia berdasarkan dana bersama AUM (IDR sahaja, tidak termasuk dana budi bicara). Kunjungi https://link.bahanatcw.com.

Latar Belakang SS&C Technologies
SS&C ialah penyedia global bagi perkhidmatan pelaburan dan kewangan serta perisian untuk industri perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan. Ditubuhkan pada tahun 1986, SS&C beribu pejabat di Windsor, Connecticut dan mempunyai pejabat di seluruh dunia. Kira-kira 18,000 organisasi perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan, bermula daripada institusi-institusi terbesar di dunia kepada firma-firma tempatan, mengurus dan mengambil kira pelaburan mereka menggunakan produk dan perkhidmatan SS&C.

Maklumat tambahan mengenai SS&C (Nasdaq: SSNC) disediakan di www.ssctech.com.

Ikuti SS&C di Twitter, LinkedIn dan Facebook.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/692536/SSC_Logo.jpg

 

Source: SS&C
Related Stocks:
NASDAQ:SSNC
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Mutual Funds Contracts