omniture

"Borderline" Sebagai Karya Seni Kontemporari Pertama Asia Tenggara Diambil Alih oleh Muzium Guimet Perancis

Hanoia
2019-08-19 09:00 492

HANOI, Vietnam, 19 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Pemasangan seni Vietnam "Borderline" telahpun menjadi karya seni Asia Tenggara pertama yang diambil alih oleh Muzium Guimet yang disegani di Paris. Sejak April 2019, kolaborasi eksklusif antara pereka Yen Khe dan jenama Haute-lacquer Hanoia ini menjadi sebahagian daripada koleksi Guimet - seleksi paling luas bagi seni Asia di luar Asia.

 

Sepanjang abad yang lalu, Muzium Guimet terus membangunkan koleksinya untuk menawarkan pengunjung dengan pandangan komprehensif terhadap sejarah seni dan peradaban Asia. Muzium tersebut mempunyai lebih 50,000 objek yang dipamerkan di kawasan berkeluasan 55,000 meter persegi.

Yen Khe ialah pelakon wanita yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang pernah membintangi banyak filem yang diarahkan oleh pemegang anugerah Tran Anh Hung. Sepanjang kerjaya beliau, beliau telah menggabungkan seni bina dalaman dan reka bentuk dengan minat beliau terhadap perfileman dan telah mencipta pelbagai reka bentuk sinematik yang menampilkan estetika yang inovatif.

"Borderline" ialah hasil seni Asia berorientasi masa depan. Sebagaimana baris dalam sajak, reka bentuk karya seni mencipta dunia khayalan menggunakan reka bentuk kontemporari bagi meneroka budaya tradisional Vietnam. Di atas puncak topi non la, iaitu topi tradisional Vietnam, diliputi dengan motif bunga yang bergabung jalin dengan latar belakang lakuer, di bahagian belakang yang mana pagar dawai berduri diperlihatkan dengan daun emas. Warna-warna merah dan jingga terang mengimbau kembali warisan seni bina sekular pagoda sambil memaparkan keghairahan masyarakat Vietnam.

Sebelum "Borderline", Hanoia berkhidmat khususnya sebagai pereka dan pengeluar hasil seni abadi seperti Vespa kulit telur vintaj bagi meraikan ulang tahun ke-70 Vespa; atau hadiah istimewa daripada Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc kepada bekas Presiden Perancis François Hollande semasa lawatan rasmi beliau ke Vietnam.

Latar Belakang Hanoia

Terkenal di Vietnam sebagai syarikat Haute-lacquer yang utama, Hanoia ialah nama yang dipercayai oleh banyak jenama mewah bertaraf antarabangsa, termasuk syarikat-syarikat mewah yang tersohor di Paris. Dipercayai dengan pengetahuan tradisional dan kebolehan berbeza untuk kemodenan, Hanoia menonjol setelah berjaya menggabungkan pengetahuan leluhur Vietnam dengan reka bentuk kontemporari. Dalam setiap item bermula daripada karya agung kepada karya seni biasa, terdapatnya ruh Vietnam yang ditonjolkan oleh bentuk uniknya, warna yang menarik perhatian dan corak elegan.

Dengan lapan buah kedai di seluruh negara, Hanoia terus berusaha sejak penubuhannya bagi mewujudkan syarikat yang benar-benar luar biasa dengan produk-produk kraf Vietnam premium.

Perhubungan media: 
En. Tai Dinh - Pengurus Perhubungan Awam 
Emel: tai.dc@opalvn.com
+84-975298650

Borderline - contemporary art piece, designed by Yen Khe and crafted by Hanoia
Borderline - contemporary art piece, designed by Yen Khe and crafted by Hanoia

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/video/20190814Hanoia.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2550444-1?lang=0

Source: Hanoia
Keywords: Art Entertainment