BEIJING, 21 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Hisense, pengeluar televisyen dan perkakas yang terkemuka, melancarkan Social TV serba baharunya dengan sistem interaktif Hi Table untuk senario sosial skrin besar dalam pasaran Cina. Social TV Hisense akan menyediakan pengguna dengan pengalaman senario interaktif yang amat futuristik, termasuk sembang video enam-pihak, perkongsian pawagam, Karaoke 3D Avatar, kecergasan AI, pengecaman visual AI, komunikasi berbilang skrin, senario kehidupan masa depan dan AIOT, yang membolehkan TV menjadi tumpuan dalam kehidupan pintar.
Social TV Hisense dengan sistem Hi Table bakal menjadi platform hiburan dan interaksi rumah. Ciri-ciri sembang video enam-pihak dan perkongsian pawagam akan menyokong pengguna untuk membolehkan perbualan pada waktu sebenar dengan keluarga serta rakan-rakan apabila mereka menonton rancangan TV dan perlawanan sukan bersama-sama.
Melalui karaoke 3D Avatar, pengguna boleh menyanyi karaoke dalam senario maya seperti Tokyo, Paris dan mana-mana tempat yang disukai oleh mereka dan teknologi 5G membolehkan mereka untuk mengajak rakan-rakan menyanyi bersama-sama dalam talian. Dengan fungsi kecergasan AI, TV sosial ini membolehkan pengguna untuk bersenam di ruang tamu mereka di bawah bimbingan postur badan AI. Fungsi pengecaman visual pada TV sosial Hisense malah lebih hebat. Sekiranya pengguna ingin mengambil gambar, mereka hanya perlu memberitahu TV. TV ini juga dapat membantu pengguna menganalisis penampilan dan membandingkan dengan bintang pop. Dengan bantuan fungsi-fungsi ini, perkhidmatan khusus seperti penggayaan pakaian, pemantauan kalori akan menjadi kenyataan.
Menurut Hisense, harga untuk TV sosial unggulan 55-inci S7E ialah CNY6499 manakala S7 standard ialah CNY4999.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190820/2556612-1?lang=0