omniture

Ontario Teachers' ucap tahniah kepada Ketua Pegawai Operasi Rosemarie McClean atas lantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif United Nations Joint Staff Pension Fund

Ontario Teachers' Pension Plan
2019-08-27 23:23 97

TORONTO, 27 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Ron Mock, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ontario Teachers' Pension Plan (Ontario Teachers') hari ini mengumumkan bahawa Rosemarie McClean, Ketua Pegawai Operasi, Operasi Perusahaan, bakal mengundurkan diri pada akhir tahun 2019 untuk menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif United Nations Joint Staff Pension Fund, berkuat kuasa pada 1 Januari 2020.

"Rosemarie telah bersama Ontario Teachers' selama 33 tahun dan setiap bahagian daripada Pelan ini dipengaruhi secara positif oleh kepakaran dan kerja keras beliau," kata En. Mock. "Selain merupakan seorang yang amat bijak dan berkemampuan, Rosemarie ialah seorang yang amat prihatin yang sentiasa mengutamakan anggota-anggota kami. Kami teruja untuk beliau tatkala beliau memulakan fasa seterusnya yang amat mengujakan dan memberi kesan ini dalam kerjaya beliau."

Rosemarie menyertai Ontario Teachers' pada tahun 1986 dan sejak itu beliau telah memikul mandat yang lebih besar dan lebih luas, seterusnya membawa beliau kepada jawatan semasa sebagai Ketua Pegawai Operasi, Operasi Perusahaan. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, beliau memainkan peranan penting dalam membentuk strategi Perkhidmatan Ahli dan memperkenalkan program dan kecekapan yang memenangi anugerah. Beliau turut membantu mendayakan perniagaan melalui asas teknologi yang lebih kukuh dan inovasi serta kolaborasi yang dipertingkat.

"Saya amat bertuah kerana dapat menghabiskan sebahagian besar dunia kerjaya saya di sebuah organisasi hebat seperti Ontario Teachers'. Kakitangan di sini benar-benar luar biasa. Saya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pasukan yang berdedikasi, yang hadir untuk bekerja setiap hari dengan misi yang jelas untuk memberi perkhidmatan cemerlang dan keselamatan persaraan kepada guru-guru di wilayah Ontario," kata Cik McClean.

Hari terakhir Cik McClean di Ontario Teachers' adalah pada 31 Disember 2019. Ontario Teachers' sedang menilai langkah-langkah seterusnya berhubung banyak aspek yang kini menjadi tanggungjawab Cik McClean.

Latar Belakang Ontario Teachers'
Ontario Teachers' Pension Plan (Ontario Teachers') ialah pelan pencen satu pekerjaan yang terbesar di Kanada, dengan aset bersih bernilai $201.4 bilion setakat 30 Jun 2019. Ia memegang pelbagai portfolio aset global, kira-kira 80% daripadanya diurus sendiri dan telah memperoleh pulangan bersih dana keseluruhan tahunan sebanyak 9.7% sejak pelan ini mula diperkenalkan pada tahun 1990 (semua angka setakat 31 Disember 2018 melainkan dinyatakan). Ontario Teachers' ialah sebuah pertubuhan bebas yang beribu pejabat di Toronto. Pejabat rantau Asia Pasifiknya terletak di Hong Kong manakala pejabat Eropah, Timur Tengah & benua Afrika terletak di London. Pelan faedah tertakrifnya, yang dibiayai sepenuhnya, melabur dan mengurus pencen untuk 327,000 guru aktif dan guru bersara wilayah Ontario. Untuk maklumat lanjut, layari otpp.com dan ikuti kami di Twitter @OtppInfo.

Hubungi:

Lori McLeod
Ontario Teachers'
+1 416-730-7207
lori_mcleod@otpp.com

Source: Ontario Teachers' Pension Plan
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Personnel announcements