omniture

GSEC HITB Singapura - Tonjolkan Trend dan Ancaman Terkini dalam Landskap Keselamatan Siber

HITB- Hack In The Box
2019-08-28 22:12 120

SINGAPURA, 28 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Hack In The Box (HITB), terkenal dengan ceramah dan latihan teknikal terkini dalam keselamatan komputer, mengadakan persidangan keselamatan GSEC tahunan ke-5 di Singapura. Berlangsung di InterContinental mulai 26 hingga 30 Ogos, persidangan keselamatan GSEC HITB menampilkan barisan ceramah unik undian hadirin dan pelbagai permainan, pameran dan cabaran penggodaman, termasuk pertandingan Capture The Flag (CTF) HITB yang semakin popular. Acara ini mendahului HITB+CyberWeek yang berlangsung di Abu Dhabi pada bulan Oktober, yang bakal menjadi acara terbesar HITB tahun ini.

 

HITB Capture the Flag
HITB Capture the Flag

 

Ceramah Persidangan GSEC HITB

GSEC HITB Singapura menonjolkan ceramah mendalam tentang isu-isu keselamatan generasi seterusnya seperti kerentanan dalam intranet korporat – bagaimana sekiranya VPN SSL yang melindungi aset-aset korporat daripada pendedahan Internet itu sendiri mudah diserang?

Topik-topik lain termasuk mengesan berita palsu menggunakan kecerdasan buatan yang canggih dan model pembelajaran mendalam terkini yang belajar daripada artikel pemetaan kepada ruang Euklidan kompak yang mana jarak selaras dengan persamaan dalam kandungan dan ciri-ciri gaya, yang membantu mengesan identiti sebenar pengarang tanpa nama.

Dhillon Kannabhiran, Pengasas HITB berkata: "Objektif kami adalah sentiasa untuk meningkatkan kesedaran global tentang risiko dan kepentingan keselamatan dalam era digital dan untuk memupuk bakat generasi seterusnya. Persidangan Keselamatan HITB tahunan di Amsterdam dan acara GSEC kami di Singapura diwujudkan sebagai acara rintis dan kami mengaturkan program yang lebih besar untuk HITB+CyberWeek. Acara selama enam hari ini akan mempunyai lebih 100 aktiviti termasuk cabaran interaktif, makmal dan ceramah teknikal yang menyasarkan golongan profesional keselamatan, pembuat keputusan dan penggodam generasi akan datang serta pemikir di luar kebiasaan."

Pameran CommSec GSEC – Masuk Percuma

GSEC menampilkan pameran teknologi kepada kumpulan penggodam, pembina dan komuniti keselamatan untuk menonjolkan projek-projek mereka.

Pertandingan Penggodaman Langsung 

Capture The Flag HITB yang popular turut kembali di GSEC. Sebanyak 20 pasukan dari seluruh Asia akan bertarung dalam CTF gaya jeopardy tahun ini yang menampilkan format pemarkahan dinamik dan pasaran 'Cabaran dan Petunjuk' untuk pemain. Pemenang-pemenang CTF di GSEC akan diterbangkan ke HITB+CyberWeek di Abu Dhabi untuk bersaing dalam HITB PRO CTF pertama seumpamanya yang mana 25 pasukan CTF terbaik dari seluruh dunia bertarung untuk US$100,000.

Untuk maklumat tentang GSEC HITB di Singapura, kunjungi https://gsec.hitb.org/sg2019/ 
Untuk maklumat lanjut tentang HITB+CyberWeek di Abu Dhabi kunjungi https://cyberweek.ae/

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/965497/HITB_Capture_the_Flag.jpg

 

Source: HITB- Hack In The Box
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Social Media Trade show news