omniture

GCF Lancar Anugerah Green Champions Iktiraf Usaha-usaha Perubahan Iklim Cemerlang Di Negara-negara Membangun

The Green Climate Fund
2019-08-29 00:32 111

SONGDO, Korea Selatan, 28 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Green Climate Fund (GCF) hari ini melancarkan Anugerah GREEN GCF CHAMPIONS bagi mengiktiraf dan menggalakkan usaha-usaha yang paling penting dan membuahkan hasil bagi memerangi perubahan iklim di negara-negara sedang membangun.

GCF Deputy Executive Javier Manzanares launched the awards at GCF’s Global Programming Conference, in Songdo, Republic of Korea.
GCF Deputy Executive Javier Manzanares launched the awards at GCF’s Global Programming Conference, in Songdo, Republic of Korea.

Anugerah-anugerah ini akan mengiktiraf individu-individu dan organisasi-organisasi cemerlang yang mendorong transformasi iklim. Anugerah GCF GREEN CHAMPIONS akan menggalakkan inisiatif yang menjadi contoh komitmen yang didorong oleh alam sekitar, sosial dan perniagaan bagi memerangi perubahan iklim.

Timbalan Eksekutif GCF Javier Manzanares mengumumkan Anugerah ini semasa Persidangan Pemprograman Global GCF. "Kami ingin mengiktiraf sumbangan oleh pejuang-pejuang iklim dan menonjolkan usaha-usaha mereka," kata En. Manzanares.

KATEGORI-KATEGORI ANUGERAH 

  • Pejuang Belia Iklim
    Orang muda yang mencetuskan perubahan sebagai tindak balas kepada cabaran iklim. Calon-calon haruslah berumur sehingga 25 tahun.
  • Pejuang Jantina Iklim
    Individu yang memegang rekod prestasi dalam menekankan aspek keterangkuman wanita dalam tindakan iklim.
  • Pejuang Komuniti Iklim
    Individu atau organisasi yang penting kepada penglibatan komuniti menerusi tindakan iklim.
  • Pejuang Negara Transformasi
    Individu atau organisasi dalam sebuah negara sedang membangun yang membuat kemajuan ketara dalam meneruskan program negara GCF, menggunakan kesediaan GCF dengan berkesan; cemerlang dalam rundingan pemegang kepentingan.
  • Usahawan Iklim
    Individu atau organisasi yang melakar kemajuan dalam membawa sektor swasta menjadi pembiayaan iklim.
  • Pejuang Pencapaian Sepanjang Hayat Iklim
    Individu yang merupakan pelopor yang diiktiraf dalam menggalakkan tindakan iklim.

KELAYAKAN
Kelayakan termasuk organisasi-organisasi dan individu-individu yang terlibat dalam menyokong projek-projek GCF dan aktiviti-aktiviti kesediaan, tetapi tidak terhad kepada aktiviti-aktiviti GCF: mana-mana individu atau organisasi yang terlibat dalam tindakan iklim yang penting layak untuk dicalonkan.

Pencalonan akan diterima mulai 2 September di https://www.greenclimate.fund. Juri akan mempertimbangkan kriteria penilaian yang berikut: Potensi Anjakan Paradigma, Potensi Kesan/Hasil Iklim, Inovasi dan Perkongsian Ilmu Pengetahuan.

LATAR BELAKANG GCF
Green Climate Fund (GCF) ialah dana global baharu yang diwujudkan untuk menyokong usaha-usaha oleh negara-negara sedang membangun untuk bertindak balas terhadap cabaran perubahan iklim. GCF membantu negara-negara sedang membangun mengehadkan atau mengurangkan emisi gas rumah hijau (GHG) dan beradaptasi kepada perubahan iklim. Ia berusaha untuk menggalakkan anjakan paradigma untuk pembangunan emisi-rendah dan tahan-iklim.

Untuk maklumat tentang Anugerah Green Champions GCF atau GCF, kunjungi https://www.greenclimate.fund; cari kami di Twitter (@GCF_News) dan Instagram (@greenclimatefund).

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/965830/The_Green_Climate_Fund_Deputy_Executive_Javier_Manzanares.jpg

 

Source: The Green Climate Fund
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Awards