SHANGHAI, 30 Ogos 2019 /PRNewswire/-- Prolight + Sound Shanghai (PLSS), dianjurkan oleh Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd., kembali dengan sejumlah besar aktiviti baharu dan acara industri yang menarik pada 10-13 Oktober 2019.
Membawa gelombang perubahan di Edisi ke-17 PLSS pada Oktober ini ialah dua zon pengalaman khas yang akan menawarkan para hadirin industri profesional dengan pengalaman imersif yang mempamerkan produk-produk terkini dalam bidang-bidang mereka.
Zon Rakaman & Penerbitan akan menyediakan rakaman canggih manakala Zon Teknologi Pentas & Teater akan menyediakan pandangan unik tentang produk serta inovasi kraf pentas yang terkini. Sesi-sesi Pendidikan & Latihan, Ceramah Penerokaan Industri dan banyak lagi Ciri Pameran Interaktif akan memperkayakan pengalaman pengunjung sekaligus membawa peluang yang jauh lebih besar untuk melibatkan ekspresi promosi kepada pempamer. Sidang Kemuncak Pertukaran Aplikasi Audio Termaju (A3E), yang mana ahli-ahli profesional berhimpun agar seiring dengan trend antarabangsa dan teknologi akustik baharu yang berkembang pesat.
PLSS akan turut memberi pratonton acara-acara yang lebih menarik perhatian, termasuk Front Line Tour, perarakan jenama-jenama audio yang membawakan pengalaman muzik yang mengujakan. Voice of the World dan Voice of China, akan mengetuai perarakan auditori ini dengan sambutan sebenar bunyi berkualiti ultra tinggi.
International Music Software Trade Association (IMSTA) bekerjasama dengan PLSS tahun ini untuk menganjurkan IMSTA Software Pioneer Camp, yang akan menghimpunkan konsep-konsep perisian audio berkualiti tinggi dan operasi canggih dalam Zon Perisian Audio.
Sementara itu, pelbagai jenis aktiviti pendidikan dan latihan akan turut diadakan dalam PLSS seperti kursus latihan VPLT, platform pertukaran pengetahuan yang berkualiti tinggi bagi berkongsi pengetahuan teknologi pro-audio dan Latihan Event Safety Alliance (ESA), yang mana nyawa diutamakan, memberi tumpuan pada kesedaran keselamatan pentas.
Secara keseluruhan, dengan keluasan ruang lantai pameran melebihi 45,000 meter persegi, lebih 10 acara bertema dan lebih 50 penceramah yang disahkan, Prolight + Sound Shanghai menjadi platform antarabangsa yang terkemuka untuk industri-industri teknologi audio dan visual profesional. Banyak jenama antarabangsa yang terkemuka akan mendapat kehadiran berprofil tinggi di lantai pameran, termasuk dB Technologies, GIS, Harman, ITC dan YAMAHA, dengan lebih 600 jenama audio-visual secara keseluruhan dipamerkan tahun ini.
Prapendaftaran kini dibuka. Sila daftar melalui www.prolightsound.com. Untuk mendapat akses percuma ke Music China 2019, pameran alat muzik yang terbesar di dunia, yang turut dianjurkan oleh kami dan berlangsung bersama-sama PLSS 2019, sila pastikan anda berjaya membuat prapendaftaran selewat-lewatnya pada 15 September 2019.
Hubungi: Cik Leona Li, +86(0)21-6295-1400, liqiong@shanghai-intex.com.