omniture

BlackLine Ganding Bahu dengan Google Cloud Perluas Jejak Global dan Gabungkan Perkhidmatan Data Pintar, Waktu Nyata

Peneraju perisian pengautomatan kewangan bakal memanfaatkan Google Cloud sebagai sebahagian daripada inisiatif pertumbuhan global 'mengutamakan-awan'
BlackLine
2019-08-30 12:19 289

SINGAPURA, 30 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- BlackLine, Inc. (Nasdaq: BL) mengumumkan satu kolaborasi dengan Google Cloud yang diwujudkan untuk menyokong beban kerja misi kritikal yang semakin meningkat apabila BlackLine terus berkembang ke seluruh dunia. Di bawah terma-terma perjanjian, BlackLine akan memanfaatkan Google Cloud Platform untuk menambah keupayaan natif-awan yang inovatif seperti pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan bagi meningkatkan platform pengautomatan kewangannya dengan fungsian pintar waktu nyata yang baharu.

"Tatkala kami meluaskan kehadiran global kami dan menambah fungsian, kami juga perlu mengembangkan prestasi dan keupayaan penskalaan kami. Hasilnya, BlackLine akan mula menggunakan kuasa awan awam untuk membawakan produk generasi seterusnya daripada kami dan meluaskan penyelesaian sedia ada bagi menyediakan pelanggan kami dengan pengalaman terbaik - dan mengikut jadual penghantaran yang dipercepatkan," kata Ketua Pegawai Teknologi BlackLine Pete Hirsch. "Google Cloud menyediakan BlackLine dengan kuasa pengkomputeran hampir tanpa had di samping membolehkan kami menerima teknologi sumber terbuka, terus meningkatkan platform data pintar kami yang utama dalam industri dan menggabungkan kecerdasan buatan ke dalam penawaran masa depan."

Strategi 'mengutamakan-awan' BlackLine untuk rancangan masa depan adalah berbilang aspek, memberi tumpuan pada tiga segmen utama:

  • Memaksimumkan potensi platform awan BlackLine sebagai platform data pintar pada waktu nyata
  • Memanfaatkan produk dan perkhidmatan natif-awan baharu dan menambah keupayaan berasaskan awan bagi meningkatkan pengalaman pelanggan
  • Berkembang untuk pelanggan baharu dan sedia ada pada peringkat global

"Dengan Google Cloud, BlackLine mempercepatkan perjalanan transformasi digitalnya, mengambil pendekatan yang mengutamakan-awan untuk produk dan perkhidmatannya serta memanfaatkan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin," kata Rob Enslin, Presiden, Operasi Pelanggan Global, Google Cloud. "Paling penting, pelanggan BlackLine akan mendapat manfaat daripada perlindungan yang dipertingkat dan infrastruktur boleh skala yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia perniagaan hari ini."

BlackLine dan Google Cloud berharap dapat terus mendayakan pertumbuhan perniagaan, pematuhan dan inisiatif transformasi digital, memberi jaminan kepada pelanggan bahawa data kewangan sensitif mereka kekal selamat, dilindungi dan tersedia melalui Google Cloud. Hubungan baharu ini memperkukuh strategi BlackLine dalam memenuhi keperluan transformasi kewangan digital untuk pelanggannya melalui pembangunan penyelesaian yang inovatif dan perkongsian strategik dengan penyedia yang utama dalam pasaran bagi penyelesaian awan dan teknologi. 

"Google telah menjadi penyumbang berharga untuk Lembaga Penasihat Pelanggan kami selama beberapa tahun setakat ini, berkongsi kisah transformasi kewangan digital mereka dengan pemimpin-pemimpin industri lain yang memulakan perjalanan yang serupa," kata Ketua Pegawai Eksekutif BlackLine Therese Tucker. "Dengan langkah kami ke Google Cloud, kami membawa hubungan sinergi kami ke peringkat seterusnya."

Langkah BlackLine ke Google Cloud akan menjadi proses berbilang tahun, dengan peralihan dijangka bermula pada Musim Luruh ini.

Latar Belakang BlackLine  
BlackLine, Inc. (Nasdaq: BL) ialah penyedia penyelesaian berasaskan awan yang menukarkan Kewangan dan Perakaunan (F&A) dengan mengutomasikan, memusatkan dan menyelaraskan operasi tutupan kewangan, proses perakaunan antara syarikat dan proses F&A utama yang lain untuk perusahaan-perusahaan besar serta organisasi-organisasi bersaiz sederhana. Syarikat diiktiraf oleh Gartner sebagai Peneraju dalam Magic Quadrant 2018 untuk Penyelesaian Penutupan Kewangan Awan dan sebagai perintis dalam pasaran awan untuk kawalan dan pengautomatan kewangan dipertingkat.

Direka untuk melengkapi hampir kesemua ERP dan sistem kewangan lain termasuk SAP, Oracle dan NetSuite, BlackLine meningkatkan kecekapan operasi, keterlihatan waktu sebenar, kawalan dan pematuhan bagi menjamin pengurusan penutupan kewangan hujung-ke-hujung dan pengautomatan perakaunan daripada platform awan seragam yang tunggal. Membolehkan pelanggan untuk maju melangkaui proses lapuk dan penyelesaian yang menyelesaikan hanya satu perkara kepada model Perakaunan Berterusan, yang mana pengautomatan waktu nyata, kawalan dan tugasan akhir-tempoh dibenamkan dalam aktiviti-aktiviti harian, BlackLine membantu syarikat-syarikat memodenkan operasi F&A dengan pengautomatan pintar, memastikan penyata kewangan yang lebih tepat dan berwawasan serta penutupan kewangan yang lebih cekap.

Lebih 2,800 syarikat dengan pengguna di seluruh dunia mempercayai BlackLine untuk membantu memastikan integriti dan keyakinan kunci kira-kira dalam penyata kewangan mereka. Berpangkalan di Los Angeles, BlackLine juga mempunyai ibu pejabat serantau di London, Singapura dan Sydney. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.blackline.com.

Perhubungan Media:
Ashley Dyer
Pengarah Perhubungan Awam BlackLine
Ashley.dyer@blackline.com
818.223.9008

Kenyataan Pandang ke Hadapan BlackLine
Siaran akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan pandang ke hadapan dalam pengertian Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Dalam beberapa keadaan, anda dapat mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan melalui terminologi seperti "boleh", "bakal", "harus", "dapat", "mengharapkan", "merancang", "menjangkakan", "percaya", "menganggarkan", "meramalkan", "berhasrat", "berpotensi", "akan", "terus", "berterusan" atau maksud berlawanan daripada istilah-istilah ini atau terminologi lain yang setanding. Kenyataan pandang ke hadapan dalam siaran akhbar ini termasuk kenyataan berhubung rancangan dan peluang pertumbuhan kami.

Mana-mana kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini adalah berdasarkan rancangan, anggaran dan jangkaan semasa BlackLine dan bukan untuk menunjukkan bahawa rancangan, anggaran atau jangkaan berkenaan akan dicapai. Kenyataan pandang ke hadapan adalah berdasarkan maklumat yang tersedia pada ketika kenyataan dibuat dan/atau kepercayaan dan andaian baik oleh pengurusan pada waktu itu berhubung dengan peristiwa masa depan dan tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan. Sekiranya mana-mana risiko atau ketidaktentuan ini terjadi atau sekiranya mana-mana andaian terbukti tidak benar, prestasi atau keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau dicadangkan oleh kenyataan pandang ke hadapan. Risiko dan ketidaktentuan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko berkaitan dengan keupayaan Syarikat untuk melaksanakan strateginya, menarik pelanggan baharu, memasuki kawasan baharu dan membangunkan, mengeluarkan dan menjual ciri dan penyelesaian baharu; dan risiko serta ketidaktentuan lain yang diterangkan dalam pemfailan lain yang kami laksanakan bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dari semasa ke semasa, termasuk risiko yang diterangkan di bawah tajuk "Faktor-faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K. Maklumat tambahan akan turut dinyatakan dalam Laporan Suku Tahunan kami pada Borang 10-Q.

Kenyataan pandang ke hadapan tidak seharusnya dibaca sebagai jaminan prestasi atau keputusan masa depan, dan anda tidak seharusnya meletakkan pergantungan yang tidak wajar terhadap kenyataan berkenaan. Kecuali sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang, kami tidak mengambil apa-apa tanggungjawab untuk mengemas kini secara terbuka atau menyemak mana-mana kenyataan pandang ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, perkembangan masa depan atau sebaliknya.

 

Source: BlackLine
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Data Analytics