NABEREZHNYE CHELNY, Rusia, 31 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Haier (600690:Shanghai), pengeluar barangan elekronik pengguna dan perkakas rumah yang terbesar di China, hari ini mengumumkan pelancaran pengeluaran Taman Perindustrian Rusia Haier dan Kilang Peralatan Dobi di Naberezhnye Chelny, Rusia. Kilang Haier baharu, menghubungkan pelanggan dengan kilang dalam seluruh proses pembuatan, dianggarkan mampu mengeluarkan peralatan dobi untuk sehingga 200 juta pengguna di seluruh Rusia dan negara-negara lain di Asia Tengah dan Eropah.
"Kilang peralatan dobi merupakan yang pertama seumpamanya, memandangkan tiada firma Cina lain yang telah membina kilang sedemikian di Eropah sebelum ini. Kami berbangga dapat menjadi firma perintis," kata Guiwei Sun, Pengurus Besar Kilang Saling Hubung Peralatan Dobi Rusia (Russian Laundry Appliance Interconnected Plant). "Kami berharap agar kilang ini dapat meningkatkan kapasiti bekalan dan memenuhi peningkatan keperluan untuk peralatan dobi dalam pasaran Rusia."
Haier bakal Bangunkan Rantaian Industri Lengkap, Sasar untuk Terus Dorong Pasaran Perkakas Rumah Rusia
Bersama-sama kilang pembuatan peti sejuk yang telahpun wujud, kilang peralatan dobi baharu dapat mendorong kesan sinergi, memandangkan Haier turut merancang tertib pengeluaran untuk perkakas lain termasuk penyaman udara dan pemanas air, di dalam kawasan ini. Ia akhirnya akan memuncak kepada pewujudan rantaian pengeluaran ekologi yang bersepadu.
"Kesan sinergi akan memberi manfaat bukan sahaja kepada kawasan setempat, tetapi juga Haier, yang mana ia akan mengurangkan kelemahan kos dengan banyaknya hasil daripada pengeluaran tempatan dan peningkatan kecekapan pengedaran," tambah Sun.
Model Penyetempatan "Trinity" dengan Tumpuan pada Keperluan dan Jangkaan Pasaran Rusia
Kilang peralatan dobi baharu itu mengikuti model serantau pertumbuhan antarabangsa Haier. Haier menggelar model ini sebagai model penyetempatan "Trinity" antara penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan pemasaran.
Dengan strategi yang sedemikian, Haier menyasarkan untuk membangunkan rantaian bekalan produk yang lengkap apabila berkembang ke pasaran tempatan. Dalam hal ini, Haier telah melantik penyelidik-penyelidik R&D tempatan untuk memberi pandangan tentang pengguna Rusia, termasuk tabiat dan adat mereka. Semua usaha ini membolehkan Haier membuat penyesuaian yang lebih baik dalam pasaran tempatan dan mencipta kelebihan. Selain itu, ekonomi serantau dan kadar guna tenaga dapat ditingkatkan menerusi pembangunan penyetempatan Haier yang selanjutnya.
Salah satu sebab utama mesin dobi Haier terkenal dalam kalangan pengguna Rusia adalah kerana Haier dapat menyesuaikan produk mereka bagi memenuhi keperluan praktikal pengguna tempatan.
Pelancaran kilang peralatan dobi Haier di wilayah ini juga memberi keyakinan kepada kakitangan jualan Haier tempatan. Dengan kilang ini, Haier akan berkembang menjadi rakan kongsi strategik jangka panjang dan stabil yang dapat menjadi tempat bergantung kepada kakitangan jualan tempatan.
Pada masa depan, lapan kilang pembuatan Haier dalam kategori-kategori berbeza akan dilancarkan di Taman Perindustrian Rusia. Pada ketika itu, taman perindustrian bersepadu ini yang menggabungkan tertib pengeluaran perkakas rumah dan pusat penginapan, perubatan, logistik dan kebudayaan akan memberi manfaat yang komprehensif kepada penduduk tempatan.
Direka menggunakan konsep 5+7+N inovatif daripada Haier, Penyelesaian Awan Pintar Haier menghubungkan tujuh (7) penyelesaian kediaman dalam udara, air, keselamatan, penjagaan pakaian, hiburan, kesihatan dan maklumat merentas lima (5) senario kehidupan – ruang tamu pintar, dapur pintar, bilik mandi pintar, bilik dobi pintar dan bilik tidur pintar – dengan penyesuaian mengikut keperluan pengguna yang berubah-ubah (N) demi ekosistem kediaman pintar yang komprehensif dan intuitif.
Latar Belakang Haier
Haier Home Appliance ialah jenama perkakas rumah No. 1 di dunia, dengan 10.5% bahagian pasaran global. Jenama-jenamanya termasuk Haier, Casarte dan Leader di China, GE Appliances di AS, Fisher & Paykel di New Zealand dan AQUA di Jepun. Pada masa kini, Haier Home Appliance sedang berubah daripada pengeluar tradisional menjadi platform keusahawanan terbuka tatkala ia membina ekosistem kediaman pintar yang benar-benar global.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190829/2565102-1?lang=0