omniture

Keuntungan bersih separuh pertama Skyworth Group meningkat hampir 20%, margin keuntungan kasar meningkat kepada 19.7%

Skyworth
2019-09-03 21:08 442

SHENZHEN, China, 3 September 2019 /PRNewswire/ -- Skyworth Group (00751.HK) mengeluarkan keputusan interim tahun 2019 selepas waktu pejabat pada 27 Ogos lalu. Kumpulan ini mencatatkan nilai pusing ganti sebanyak 17.23 bilion yuan (kira-kira US$2.4 bilion) untuk tempoh tersebut, dengan margin keuntungan kasar meningkat kepada 19.7% daripada 17.3% setahun yang lalu. Keuntungan sebelum cukai dan keuntungan bersih mencecah 562 juta yuan (kira-kira US$78.6 juta) dan 348 juta yuan (kira-kira US$48.6 juta) untuk tempoh enam bulan, masing-masing meningkat 46% dan 20.4% berbanding tahun sebelumnya.

Rangkaian produk elektrik pintar Skyworth
Rangkaian produk elektrik pintar Skyworth

Sepanjang tempoh tersebut, syarikat melabur sebanyak 908 juta yuan (kira-kira US$127 juta) dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) beberapa produk pintar berkualiti tinggi sebagai langkah untuk meningkatkan daya saing, meningkat dengan ketara sebanyak 20.6%. Kedudukan kewangan syarikat terus dioptimumkan, dengan nilai buku modal meningkat kepada 4.265 bilion yuan (kira-kira US$596 juta) setakat 30 Jun 2019, satu peningkatan ketara sebanyak 28.7% berbanding 31 Disember 2018.

Pada separuh pertama, Skyworth Group terus melaksanakan strategi transformasinya: dalam segmen multimedia perniagaan, pendapatan kandungan Internet melonjak 39.3% daripada tempoh yang sama tahun lalu, dengan pengguna TV pintar aktif melangkaui 38 juta orang manakala bilangan purata harian bagi pengguna aktif mencecah 13.85 juta orang. Syarikat agresif memanfaatkan kelebihan penggerak rintisnya dengan menyelaraskan portfolio produk TV berwarna dan struktur pangkalan data pelanggan, mempercepatkan penembusan pasaran untuk TV OLED dan meningkatkan bahagian pasaran dengan memperkenalkan produk-produk berkualiti tertinggi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam seluruh industri.    

Didorong oleh teknologi sistem pintar, perniagaan kotak atas set digital berkembang, manakala segmen kediaman pintar, IoT dan kejuruteraan sekuriti dilancarkan, lantas membuka laluan pertumbuhan yang baharu.

Susulan penggunaan strategi yang memberi tumpuan pada kualiti tertinggi dalam sektor barangan elektronik pengguna, perniagaan barangan elektronik pintar syarikat ini menerima penaiktarafan umum dari segi kedudukan pasaran, jenama, skala dan harga. Portfolio saluran jualan terus dioptimumkan, memberi liputan dalam kesemua saluran jualan bermula dengan kedai perkakas rumah rantaian besar kepada laman web e-dagang dan kedai tradisional di bandar-bandar lebih kecil dan bandar-bandar China, memberi rangsangan kepada kenaikan dalam kedua-dua pusing ganti dan juga jumlah jualan.

Dengan kelebihan teknikal, pasaran dan jenama, Skyworth dijangka akan memanfaatkan sepenuhnya daripada tindakan yang diambil oleh kerajaan Cina pada awal tahun untuk mempercepatkan pembangunan industri video UHD 4K/8K seluruh negara.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190830/2566354-1?lang=0

Source: Skyworth
Related Stocks:
HongKong:0751 OTC:SWDHY
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Internet Technology Retail Telecommunications Earnings