omniture

TCL perkenal portfolio TV AI baharu di IFA 2019

TCL
2019-09-06 22:00 150

BERLIN, 6 September 2019 /PRNewswire/ -- TCL (01070.HK), pengusaha yang terkemuka dalam industri TV global, hari ini melancarkan suit baharu televisyen kecerdasan buatan (AI) di IFA 2019 -- Siri 8K QLED X TCL dan Siri LED Mini.

"Kami akan terus melabur dalam teknologi terkemuka bagi membawakan penyepaduan lebih erat antara AI dan IoT untuk meningkatkan manfaat dalam kehidupan pintar," kata Kevin Wang, Ketua Pegawai Eksekutif TCL Industrial Holdings. 

Siri 8K QLED X Unggulan

Siri 8K QLED X, disediakan dalam model 85 inci, 75 inci dan 65 inci, menawarkan pengalaman tontotan generasi seterusnya. Ia menampilkan kamera terbina dalam boleh muncul dan menyokong realiti imbuhan (AR). Membawakan reka bentuk dwipaparan, ia membolehkan penonton untuk menikmati skrin mini secara berasingan.

Siri 8K akan disediakan pada suku kedua tahun 2020 dalam pasaran-pasaran terpilih.

Ciri-ciri utama:

  • Teknologi paparan 8K  
  • Teknologi paparan Quantum Dot  
  • Dolby Vision® 
  • Kamera terbina dalam
  • Reka bentuk paparan-duo 
  • TCL AI-IN 
  • Sistem operasi Android P  
  • Bar bunyi Onkyo 
  • Dolby Atmos 

Siri di atas akan turut didatangkan dengan versi dwi-paparan 4K tanpa kamera, disediakan menerusi model 75 inci, 65 inci dan 55 inci. Model 4K akan disediakan pada suku keempat tahun 2019 dalam pasaran-pasaran terpilih.

Siri LED Mini

Model ulung ialah TV LED Mini 8K 75-inci. Lampu belakangnya dipacu oleh 25,200 LED berprestasi tinggi, memberikan kecerahan unggul sehingga 1200 nit. Ia mempunyai 900 zon pemalapan setempat.

Ciri-ciri utama:

  • Teknologi paparan LED Mini 
  • Teknologi paparan 8K  
  • Teknologi paparan Quantum Dot  
  • Dolby Vision®  
  • TCL AI-IN 
  • Sistem operasi Android P  
  • Bar bunyi Onkyo
  • Dolby Atmos 

Model 8K ini akan disediakan semasa suku kedua tahun 2020 dalam pasaran-pasaran terpilih. Terdapat juga versi 4K 75-inci. Di samping itu, terdapat dua versi 4K 65-inci dengan bar bunyi pilihan yang akan disediakan pada akhir tahun 2019.

TCL 8K QLED X Series & TCL Mini LED Series
TCL 8K QLED X Series & TCL Mini LED Series

Kunjungi reruai TCL di IFA 2019: Dewan 21, Gerai Pameran 102, Messe Berlin, 6-11 September.  

*Sila rujuk pelan tempatan berhubung spesifikasi dan ketersediaan produk.

Latar Belakang TCL

TCL (01070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pantas dan pengusaha terkemuka dalam industri TV global. Ditubuhkan pada tahun 1981 di China, ia kini beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk-produk elektronik pengguna bermula dengan TV, audio dan produk kediaman pintar.   

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190905/2571032-1?lang=0

Source: TCL
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news