omniture

Percepatkan pengelektrikan, CATL dan Bosch berkolaborasi untuk sel bateri 48V

Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
2019-09-06 22:14 477

NINGDE, China, 6 September 2019 /PRNewswire/ -- Contemporary Amperex Technology Co. Limited (CATL) dan Bosch telah memeterai satu perjanjian kerjasama strategik jangka panjang. CATL akan membekalkan sel bateri 48-volt yang andal kepada sistem bateri 48-volt Bosch di seluruh dunia.

Pembangunan teknologi ion Litium menjadikan mobiliti cekap tenaga bukan lagi sekadar satu slogan. Sistem bateri 48V Bosch dengan sel Bateri CATL menyasarkan untuk menyediakan penyelesaian yang lebih berkesan, berpatutan dan fleksibel untuk memberikan bekalan elektrik kepada kenderaan ICE serta mengurangkan emisi dan penggunaan. "Bosch mempunyai portfolio mobiliti elektrik yang luas, selain pemahaman mendalam dan kepakaran dalam industri automobil," kata Zhou Jia, presiden CATL. "Perikatan yang kukuh antara CATL dan Bosch akan menjadi daya penggerak bagi merealisasikan visi bersama kami untuk masa depan, yang mana kami melihat mobiliti cekap tenaga sebagai suatu ciri yang biasa dalam kehidupan harian untuk orang ramai di mana-mana jua."

"Dengan CATL, kami telah membawa pakar sel yang mantap untuk bateri ion litium ke dalam pasukan sebagai rakan kongsi. Dengan gabungan pengetahuan sistem kami dan kepakaran dalam pengurusan bateri, kami akan memperluas kedudukan kukuh kami dalam pasaran bateri 48-volt," kata Dr. Stefan Hartung, ahli lembaga pengurusan dan pengerusi sektor perniagaan Penyelesaian Mobiliti. Bagi Bosch, perikatan ini merupakan satu lagi langkah ke arah kepimpinan pasaran dalam elektromobiliti.

Melalui jalinan kerjasama antara CATL dan Bosch, kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama dan pembuatan sistem bateri ion litium. Dengan melancarkan produk-produk yang dapat memenuhi keperluan pasaran berbeza dengan lebih baik, kedua-dua syarikat bekerjasama erat untuk mempercepatkan pencapaian mobiliti cekap tenaga.

Latar Belakang Contemporary Amperex Technology Co., Limited 

Contemporary Amperex Technology Co., Limited ("CATL") ialah peneraju global bagi pembangunan dan pembuatan bateri kuasa ion litium dan simpanan tenaga, dengan perniagaan-perniagaan mencakupi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan jualan dalam sistem bateri untuk kenderaan tenaga baharu dan sistem simpanan tenaga. Pada tahun 2018, jualan syarikat mencecah 21.31 GWh di seluruh dunia manakala jumlah jualan produknya menduduki tempat pertama di dunia (menurut data daripada SNE Research).

Beribu pejabat di Ningde, China, CATL mempunyai lebih 24,000 pekerja di seluruh dunia dan subsidiari-subsidiari di Beijing, Liyang (Wilayah Jiangsu), Shanghai dan Xining (Wilayah Qinghai), serta di Munich (Jerman), Paris (Perancis), Yokohama (Jepun), Detroit (AS) dan Vancouver (Kanada). Di samping itu, syarikat memiliki dan mengendalikan kemudahan pembuatan bateri di wilayah Fujian, Jiangsu serta Qinghai dan kilang Eropah yang terletak di Erfurt, Jerman, selain kilang luar negara pertama, yang sedang dibina. Pada Jun 2018, syarikat berdagang secara terbuka pada Bursa Saham Shenzhen dengan kod saham 300750.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://www.catlbattery.com/.

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Contracts