omniture

Hanwha Investment & Securities Korea Selatan Labur Dalam Platform Pasaran Persendirian Singapura CapBridge Untuk Bersama-sama Perluas Ekosistem Pasaran Persendirian

Capbridge
2019-09-09 09:33 486
  • Perkongsian strategik akan membantu syarikat-syarikat dan pelabur-pelabur di Korea Selatan berhubung dengan peluang pasaran persendirian global
  • Syarikat-syarikat Korea Selatan dapat bekerjasama dengan Hanwha dan CapBridge untuk pengumpulan modal persendirian, serta disenaraikan dalam 1exchange - satu-satunya bursa sekuriti persendirian dikawal selia Singapura
  • Pasaran ekuiti persendirian di Korea Selatan merupakan yang ketiga terbesar di Asia dengan pulangan besar yang mengatasi pasaran awam

SINGAPURA, 9 September 2019 /PRNewswire/ -- Platform pasaran persendirian global Singapura CapBridge Group hari ini mengumumkan bahawa ia telah melibatkan Hanwha Investment & Securities Co., Ltd. ("Hanwha") sebagai pelabur dan rakan kongsi strategik. Hanwha akan melabur sebanyak US$4 juta untuk kepentingan dan bekerjasama dengan CapBridge untuk menggalakkan lagi pertumbuhan ekosistem pasaran persendirian di Korea Selatan dan juga Asia Tenggara.

Kiri: Kwon Hee-baek, Ketua Pegawai Eksekutif Hanwha Investment & Securities, Kanan: Johnson Chen, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CapBridge, di majlis penandatanganan perjanjian perkongsian di Seoul, Korea Selatan
Kiri: Kwon Hee-baek, Ketua Pegawai Eksekutif Hanwha Investment & Securities, Kanan: Johnson Chen, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CapBridge, di majlis penandatanganan perjanjian perkongsian di Seoul, Korea Selatan

Sebahagian daripada konglomerat perniagaan berbilang profil Korea Selatan, Hanwha Group, Hanwha ialah penyedia terkemuka bagi perkhidmatan pengurusan aset komprehensif termasuk pembrokeran dan pemerolehan saham, bon dan derivatif.

Johnson Chen, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CapBridge, berkata, "Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan Hanwha sebagai pemegang saham dan rakan kongsi strategik kami. Kami berharap dapat terus membina ekosistem pasaran persendirian dan menawarkan lebih banyak peluang pasaran persendirian kepada syarikat-syarikat dan pelabur-pelabur di Korea Selatan. Bersama-sama Hanwha, kami juga akan berusaha untuk membangunkan perkhidmatan dan produk kewangan yang lebih inovatif untuk pasaran persendirian global."

Kwon Hee-baek, Ketua Pegawai Eksekutif Hanwha Investment & Securities, berkata, "Menerusi perkongsian ini, kami akan berkolaborasi secara aktif dengan CapBridge dan platform sekuriti persendirian 1exchange, untuk memperkenalkan peluang-peluang pasaran persendirian kepada pelanggan kami di seluruh rantau ini. Melalui perkongsian ini, kami dapat mengembangkan perniagaan digital kami dan berharap dapat memperluaskan lagi jejak kami di Korea Selatan serta mengembangkan pasaran persendirian Asia Tenggara."

Melalui perkongsian ini, pra-IPO, perniagaan milik keluarga dan syarikat peringkat pertumbuhan di Korea Selatan dan Asia dapat bekerjasama dengan Hanwha dan platform pasaran persendirian CapBridge untuk dipadankan dengan pelabur antarabangsa.

CapBridge dan bursa sekuriti persendirian dikawal selia yang pertama dan satu-satunya di Singapura, 1exchange ("1X") bersama-sama membentuk ekosistem pasaran persendirian global yang holistik, dengan Singapore Exchange sebagai pemegang saham dan rakan kongsi strategik. CapBridge menawarkan syarikat-syarikat dengan penyelesaian pintar dan bersepadu bagi mengakses pasaran persendirian untuk modal, selain laluan kecairan melalui penyenaraian persendirian di 1X. Dengan penyenaraian persendirian, syarikat-syarikat dan pemilik-pemilik mendapat manfaat kecairan di samping kekal sebagai persendirian untuk kawalan optimum dan kefleksibelan.

Pelabur-pelabur yang mencari pulangan lebih tinggi berbanding purata daripada ekuiti persendirian juga akan berpeluang mengakses peluang-peluang sedemikian melalui platform pasaran persendirian CapBridge.

Menurut laporan McKinsey & Co, pasaran ekuiti persendirian di Korea Selatan merupakan yang ketiga terbesar di Asia dan bersedia untuk lebih banyak pertumbuhan[1]. Pemerolehan global dan tempatan serta modal persendirian yang komited semakin meningkat dan pulangan daripada ekuiti persendirian telah mengatasi pasaran awam dengan ketara.

Pelabur-pelabur yang berminat untuk mengambil bahagian dalam kempen pengumpulan modal ekuiti persendirian oleh syarikat-syarikat pertumbuhan global boleh mengakses peluang-peluang sedemikian melalui CapBridge (www.capbridge.sg), yang mana pelabur-pelabur institusi memimpin urus niaga dengan pelabur-pelabur bersama individu yang bersama-sama melabur menurut terma yang sama. Pelabur-pelabur individu juga mendapat akses kepada ekuiti persendirian melalui laluan Akses Pilihan yang inovatif, bermula dari serendah S$5,000 - membolehkan individu untuk memberi komitmen dalam jumlah pelaburan yang lebih kecil melalui pelbagai urus niaga sebagai cara untuk mempelbagaikan portfolio.

Untuk pertanyaan media tentang CapBridge dan 1X, sila hubungi media@capbridge.sg 

Untuk pertanyaan syarikat dan pelabur, sila kunjungi www.capbridge.sg, atau emel contact@capbridge.sg 

Latar Belakang CapBridge 

CapBridge mengendalikan platform pensindiketan pelaburan global untuk peluang-peluang persendirian. Platform pensindiketan pelaburan bersama CapBridge menawarkan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat dengan pertumbuhan tahap pertengahan hingga akhir dan dana yang menumpu padanya. Model pelaburan bersama kami dibina dengan mengutamakan pelabur. Kami terlebih dahulu membawa peluang kepada pelabur utama, yang memanfaatkan pengetahuan industri khusus mereka untuk menjalankan usaha wajar, merundingkan struktur pelaburan yang menambah nilai, dan mengurus kedudukan portfolio mereka ke arah strategi keluar yang dikehendaki.

Kami kemudiannya membuka peluang yang sama kepada pelabur bersama ketika mereka memanfaatkan kepakaran pelabur utama dalam bidang industri tertentu dan usaha wajarnya. Pelabur bersama mengikuti terma-terma yang sama sebagaimana pelabur utama dan memperoleh pulangan terlaras risiko yang lebih baik dan strategi keluar yang lebih menjadi pilihan. Syarikat-syarikat mendapat manfaat daripada jalinan kerjasama dengan pelabur utama yang memahami sektor mereka dengan baik dan dapat menambah nilai secara terus, serta meluaskan kumpulan pemegang saham dengan pelabur bersama yang dapat menambah keterkaitan rangkaian dan membantu ke arah penyenaraian yang lebih membuahkan hasil seterusnya menuju masa depan.

Proses pelaburan bersama dijalankan secara elektronik melalui platform pintar kami yang beroperasi tanpa henti untuk memadankan tawaran dengan pelabur serta memudahkan proses tawaran.

CapBridge mempunyai Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan dikawal selia oleh Lembaga Monetari Singapura. Singapore Exchange (SGX) ialah rakan kongsi strategik dan pemegang saham. Untuk maklumat lanjut tentang platform pelaburan bersama CapBridge, kunjungi www.capbridge.sg

Latar Belakang 1exchange 

Entiti bersekutu CapBridge, 1exchange ("1X") ialah bursa sekuriti persendirian dikawal selia yang menyediakan pelabur-pelabur dengan platform dagangan unik untuk membeli dan menjual sekuriti persendirian dengan cara yang dikawal selia, terpusat dan telus. 1X mempunyai Lesen Pengendali Pasaran Diiktiraf dan dikawal selia oleh Lembaga Monetari Singapura, dengan SGX sebagai rakan kongsi strategik dan pemegang saham. Untuk maklumat lanjut tentang 1X, kunjungi www.1x.exchange.

Latar Belakang Hanwha Investment & Securities Co., Ltd. 

Ditubuhkan pada tahun 1962, Hanwha Investment & Securities menyediakan perkhidmatan pengurusan aset yang komprehensif termasuk pembrokeran dan pemerolehan saham, bon dan derivatif serta perkhidmatan pengurusan jualan dan aset untuk pelbagai jenis produk kewangan. Dengan sistem berbeza kami dan bakat berkualiti tinggi, kami berjaya menetapkan kedudukan kami sebagai rakan kongsi pengurusan aset yang andal. Produk kewangan dan perkhidmatan berorientasi pelanggan kami ditawarkan secara domestik dan di luar negara.

Hanwha Investment & Securities terus membangunkan platform kewangan digitalnya agar ia dapat menyediakan produk dan perkhidmatan berbeza yang dapat bertindak balas kepada transformasi digital dan trend. Moto perniagaan kami adalah "Untuk berkembang bersama-sama", dengan pelanggan, pemegang saham dan kakitangan kami menerusi produk-produk mampan yang menghasilkan keuntungan berterusan. Sebagai syarikat yang dipercayai dan stabil dari segi kewangan serta mempunyai kepakaran dalam pelbagai industri, kami yakin bahawa kami dapat membina masa depan yang lebih membahagiakan untuk pelanggan kami.

Untuk maklumat lanjut kunjungi www.hanwhawm.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190905/2570872-1?lang=0

Source: Capbridge
Keywords: Banking/Financial Service Contracts