omniture

Kecemerlangan Khidmat Pelanggan Crown diiktiraf dengan Anugerah Syarikat Pengendalian Bahan Terbaik di Singapura

Crown Equipment Corporation
2019-09-12 14:14 310

SINGAPURA, 12 September 2019 /PRNewswire/ -- Crown Equipment Singapore, sebahagian daripada Crown Equipment Corporation, telah menerima dua anugerah yang menjadi rebutan di Singapore Business Awards 2019. Melalui teknologi InfoLink® yang memenangi anugerah dan khidmat pelanggan yang terbaik dalam kelasnya, Crown telah dinobatkan dengan anugerah Syarikat Logistik Gudang Terbaik 2019 dan juga anugerah Syarikat Pengendalian Bahan Terbaik Tahun 2019.

Crown Customer Service Excellence recognised with Best Material Handling Company Award in Singapore
Crown Customer Service Excellence recognised with Best Material Handling Company Award in Singapore

 

Dianjurkan oleh APAC Insider, Singapore Business Awards mengiktiraf perniagaan-perniagaan yang telah memperoleh pencapaian luar biasa dan pertumbuhan dalam usaha perniagaan masing-masing pada tahun lalu. Dengan kejayaan terkini Crown dalam membangunkan infrastrukturnya, meningkatkan liputan rangkaian serta mempertingkat kehadiran kawasan setempat dan serantau, syarikat ini menjadi pilihan yang tepat untuk dicalonkan dalam kategori-kategori pengendalian bahan serta logistik.

Susulan pencalonan, satu jaringan rakan kongsi industri yang disegani dan pasukan penyelidikan pakar dalaman memimpin proses membuat keputusan bagi menilai keupayaan setiap calon untuk beradaptasi dengan perubahan pasaran, dedikasi terhadap inovasi dan semangat untuk menyerlah daripada persaingannya.

Inovasi yang menonjol daripada Crown ialah sistem Pengurusan Pengendali dan Kumpulan InfoLink®, satu penyelesaian tanpa wayar yang membolehkan pelanggannya untuk menerima metrik perniagaan atas permintaan yang tepat pada waktu sebenar. Penyelesaian yang canggih ini membawakan manfaat teknologi kepada pengendalian bahan dengan menghubungkan trak forklift, pengendali dan kemudahan melalui pengumpulan dan penyampaian maklumat tepat pada waktu sebenar demi peluang-peluang membuat keputusan yang lebih baik. Penyelesaian berkenaan juga membolehkan pengawasan dan pengurusan faktor-faktor pengendali yang mempengaruhi perolehan keuntungan termasuk pematuhan, kesan dan juga produktiviti. InfoLink® menjejak data daripada seluruh kumpulan forklift bagi memberi maklumat tentang penggunaan kumpulan, penggunaan tenaga dan juga penjadualan perkhidmatan.

InfoLink® direka dengan antara muka mesra pengguna yang menyediakan alatan yang bermanfaat, seperti peringatan waktu sebenar, papan pemuka intuitif, dan laporan terperinci kepada pengurus, penyelia, pengurus keselamatan dan juga pengendali. Data prestasi atas permintaan ini akan menyumbang kepada proses membuat keputusan yang lebih baik memandangkan ia membolehkan pelanggan untuk meneroka dan menganalisis isu-isu dengan pantas, selain menetapkan penanda aras melalui alatan papan pemuka yang interaktif.

"Pembangunan teknologi yang mantap, seperti InfoLink®, hanyalah salah satu daripada kekuatan utama kami," kata Steve Stewart, Pengarah Eksekutif Asia Pasifik untuk Crown Lift Trucks. "Disokong oleh pasukan kami yang bersemangat dan berkemahiran, kami juga amat komited untuk memberikan perkhidmatan sokongan pelanggan yang terbaik. Kami percaya bahawa hanya dengan memenuhi keperluan pelanggan kami dan melangkaui permintaan merekalah Crown dapat terus berkembang dan berjaya di peringkat global."

Hubungi:  david.sultana@crown.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190910/2575215-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181002/2253114-1logo?lang=0

Source: Crown Equipment Corporation
Keywords: Machinery Transportation Awards