JAKARTA, Indonesia, 12 September 2019 /PRNewswire/ -- Keselamatan dan keselesaan merupakan komponen-komponen penting dalam melakukan setiap aktiviti harian, bermula dengan aktiviti kerja, percutian, kepada melakukan pelbagai aktiviti gaya hidup. Semestinya orang ramai mengelakkan pelbagai risiko yang dapat mengganggu keseimbangan aktiviti harian. Satu cara yang boleh dipilih untuk berasa selesa adalah dengan mendapatkan perlindungan, sebagai contoh, insurans. Traveloka, sebuah syarikat teknologi Asia Tenggara terkemuka yang menyediakan pelbagai keperluan perjalanan dan gaya hidup pada satu platform, melengkapi kemudahan penggunanya dengan rasminya melancarkan produk-produk insurans di bawah Traveloka Protect.
Menurut Persatuan Insurans Am Indonesia (AAUI) yang menyatakan bahawa tahap penembusan insurans Indonesia masih sukar untuk melepasi lingkungan 2-3% yang menjadikan Indonesia berada pada kedudukan kedua terendah untuk penembusan insurans antara negara-negara ASEAN. Ini berlaku akibat kurangnya pengetahuan tentang insurans. Merujuk kepada hakikat ini, Traveloka Protect membawakan pelbagai produk insurans yang disediakan untuk penduduk Indonesia. Selain menawarkan perlindungan, Traveloka ingin mengambil bahagian untuk mendidik penduduk Indonesia tentang kepentingan insurans.
Yady Guitana, Naib Presiden Kanan Insurans dan Perkongsian, Traveloka, mendedahkan, "Kami komited untuk menyediakan pengalaman perjalanan dan gaya hidup yang bermakna kepada pengguna. Dengan memperkenalkan Traveloka Protect, kami ingin menjadi sebahagian daripada perjalanan dan gaya hidup pengguna dengan menyediakan perlindungan yang komprehensif. Di samping itu, dengan Traveloka Protect, pengguna bukan sahaja tidak dibebankan dengan proses pentadbiran yang rumit, ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk mendapatkan perlindungan."
Traveloka Protect menawarkan 2 kategori insurans; Insurans Perjalanan dan Insurans Hayat. Apa yang menarik, Traveloka Protect bukan sahaja menjamin perlindungan, tetapi juga menawarkan proses pembelian insurans yang senang dan mudah pada harga yang berpatutan. Sebagai produk terbaharu, Insurans Hayat daripada Traveloka Protect dipakejkan dalam proses pembelian yang ringkas dan mudah. Pengguna tidak akan dibebankan dengan pemeriksaan kesihatan dan Traveloka menjamin penerimaan untuk semua pengguna berusia 18-69 tahun. Tidak perlu bimbang tentang proses pentadbiran yang rumit, dengan Traveloka Protect, pengguna hanya memerlukan satu pemahaman dan beberapa minit, untuk serta merta mendapatkan perlindungan.
"Pada tahap ini, kami mempunyai kategori produk Insurans Perjalanan dan Insurans Hayat di bawah Traveloka Protect. Tambahan pula, kami akan terus menginovasi bagi melengkapi seluruh keperluan perlindungan untuk pengguna menerusi pelbagai produk inovasi insurans kami," tambah Yady Guitana.
Bermula hari ini, pengguna boleh mula mengakses dua produk insurans melalui Traveloka Protect; Insurans Perjalanan termasuk Insurans Komprehensif dan Insurans Schengen Visa. Pengguna juga boleh melindungi diri mereka dan insan tersayang dengan Insurans Hayat daripada Traveloka Protect. Untuk mengakses Traveloka Protect, pengguna boleh mengikuti langkah-langkah dengan mudah di bawah:
Latar Belakang Traveloka:
Traveloka ialah sebuah syarikat teknologi Asia Tenggara terkemuka yang menyediakan pelbagai keperluan perjalanan dan gaya hidup pada satu platform. Syarikat telah memeterai perkongsian dengan lebih 100 syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa, menawarkan perkhidmatan untuk lebih 200,000 laluan di serata dunia. Ia juga mempunyai inventori penginapan langsung yang terbesar di Asia Tenggara, bermula dengan hotel, pangsapuri, rumah tamu, rumah inap kepada vila dan pusat peranginan. Traveloka menyediakan lebih 40 pilihan pembayaran untuk pengguna di Indonesia, Thailand, Vietnam, Malaysia, Singapura dan Filipina dengan bantuan sepanjang masa daripada khidmat pelanggan tempatan dalam bahasa ibunda mereka. Selain itu, aplikasi mudah alihnya telah dimuat turun sebanyak lebih 40 juta kali, lalu menjadikannya sebagai aplikasi tempahan perjalanan yang paling popular di rantau ini. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://press.traveloka.com/.
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190910/2575172-1?lang=0