omniture

IHS Markit Dinamakan Vendor Data Pasaran Terbaik Tahunan dalam Asia Risk Awards

IHS Markit
2019-09-14 02:40 180

LONDON dan HONG KONG, 14 September 2019 /PRNewswire/ -- IHS Markit (NYSE: INFO), peneraju dunia bagi maklumat, analitik dan penyelesaian kritikal, dinamakan sebagai Vendor Data Pasaran Terbaik Tahunan di Asia Risk Awards 2019. Program ini memberi pengiktirafan kepada pencapai tinggi dalam bidang pengurusan risiko dan derivatif di seluruh Asia.

Pasaran modal di Asia bersifat pelbagai, dicirikan oleh tahap kematangan struktur yang berbeza, rangka kerja pengawalseliaan yang rumit dan profil risiko serta aktiviti pelaburan yang jauh berbeza. Bagi menangani cabaran ini, institusi kewangan mencari penyelesaian data pasaran yang terbaik dalam kelasnya, termasuk harga dan penilaian, untuk digunakan merentas bidang kuasa bagi membuat keputusan dalam peraturan, risiko dan pengurusan pelaburan.

"Anugerah ini merupakan bukti kepada kuasa set data kami dan kepakaran domain dalam membantu pelanggan untuk bertindak balas kepada keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah dan mematuhi peraturan yang bertumpu risiko," kata Kiet Tran, ketua perkhidmatan kewangan APAC di IHS Markit. "Kami berasa bangga untuk dinamakan sebagai penyedia utama data pasaran di Asia Pasifik dan diiktiraf atas hasil usaha kami dalam membangunkan perkhidmatan data baharu untuk rantau ini dan menyesuaikan pelbagai tawaran kami untuk pelanggan kami di sini."

Shane Akeroyd, presiden IHS Markit Asia dan ketua pengurusan akaun global di IHS Markit menyambung, "Kekuatan kami dalam derivatif dan pasaran kewangan tunai menyamai kepimpinan kami dalam menyampaikan data, analitik dan pandangan kepada vertikal industri utama yang lain. Menyediakan pelanggan kami dengan maklumat merentas sektor-sektor termasuk tenaga, pertanian, pengangkutan dan teknologi, selain ramalan ekonomi ekstensif kami, merupakan tumpuan utama buat kami tatkala firma-firma pelaburan membawa maklumat yang semakin rumit ke dalam proses pelaburan."

"Hakim-hakim anugerah tersebut menyebutkan bahawa IHS Markit mempunyai liputan data yang penting merentas kelas aset termasuk telefon bimbit, kenderaan dan maritim," kata Asia Risk ketika mengumumkan anugerah ini. Seorang hakim berkata, "IHS Markit mempunyai pemahaman yang jelas tentang ketelusan dan kebolehgunaan untuk pelanggan. Ia mempunyai tumpuan yang baik terhadap data bagi keperluan pengawalseliaan."

IHS Markit menawarkan lebih 2,500 set data dan produk maklumat merentas pasaran dan kelas aset. Firma ini menggaji hampir 14,000 kakitangan di seluruh dunia, kebanyakannya terlibat dalam mencipta data atau analisis, mengurus data atau mencipta alatan untuk menafsirkan atau mengendalikan data.

Latar Belakang IHS Markit  (www.ihsmarkit.com)
IHS Markit (NYSE: INFO) ialah peneraju dunia bagi maklumat, analitik dan penyelesaian kritikal untuk industri-industri dan pasaran-pasaran utama yang memacu ekonomi seluruh dunia. Syarikat menyediakan maklumat, analitik dan penyelesaian generasi seterusnya kepada pelanggan dalam bidang perniagaan, kewangan dan kerajaan, meningkatkan kecekapan operasi mereka dan menyediakan pandangan mendalam yang menjurus kepada keputusan yakin yang bermaklumat. IHS Markit mempunyai lebih 50,000 pelanggan perniagaan dan kerajaan termasuk 80 peratus daripada Fortune Global 500 dan institusi-institusi kewangan yang terkemuka di dunia. Beribu pejabat di London, IHS Markit komited terhadap pertumbuhan yang mampan dan menguntungkan.

IHS Markit ialah tanda dagangan berdaftar IHS Markit Ltd. dan/atau rakan sekutunya. Semua nama syarikat dan produk lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing © 2019 IHS Markit Ltd. Hak cipta terpelihara.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/768006/IHS_Markit_Logo.jpg

Source: IHS Markit
Related Stocks:
NYSE:INFO
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Awards Data Analytics