omniture

The Korea Ginseng Association, Perkenal Sejarah dan Nilai Ginseng Korea

The Korea Ginseng Association
2019-09-16 11:00 359

SEOUL, Korea Selatan, 16 September 2019 /PRNewswire/ -- The Korea Ginseng Association memberi dorongan untuk promosi ginseng Korea dengan sejarahnya selama 1,000 tahun. Sebagai sebahagian daripada usaha berkenaan, Persatuan ini memperkenalkan sejarah dan nilai ginseng Korea.

Ginseng Korea
Ginseng Korea

Ginseng dikenali secara meluas sebagai eliksir keabadian yang dicari-cari oleh Qin Shi Huang. Dikatakan bahawa Samsinsan yang dijumpai oleh Seobuk sebenarnya merupakan Jirisan atau Hallasan. Terdapat juga suatu kisah bahawa Seobuk dan pasukan beliau tiba di pesisir Seogwipo Jeongbang Falls dan menemui tumbuhan muda abadi di Hallasan. Berdasarkan kisah ini, Seobok Memorial Hall dibina di Seogwipo. Dalam Journey to the West, salah satu daripada empat novel klasik hebat dalam kesusasteraan Cina, juga menceritakan kisah Sun Wukong yang mengalami masalah lantaran sifat tamak beliau terhadap ginseng, yang digambarkan sebagai eliksir misteri.

Pada abad ke-19 Vietnam, Maharaja Minh Mang sering menikmati minuman sihat tradisional 'Minh Mang Thang' yang diperbuat daripada pelbagai ubat tradisional dan ginseng. Ginseng Korea merupakan bahan yang paling penting.

Ginseng Korea terkenal dalam kalangan dewan diraja dan golongan atasan di Barat. Sejak Louis XIV dari Perancis menerima ginseng sebagai hadiah daripada duta Thai pada tahun 1686, minat warga Perancis dan Inggeris terhadap ginseng meningkat dengan ketara. Golongan atasan Perancis mengiktiraf ginseng sebagai tumbuhan muda abadi dari timur. Ginseng turut dimasukkan sebagai koleksi penting Royal Society, yang ditubuhkan pada tahun 1660. Pada zaman moden, ginseng sekali lagi menjadi tumpuan apabila Pope John Paul II menikmati teh ginseng merah dan Presiden Francois Miteran mengambil Ginseng Korea.

Ginseng ialah tumbuhan yang telah dikaji dengan teliti di seluruh dunia dan banyak kajian menunjukkan bahawa ginseng Korea, khususnya, mengandungi pelbagai bahan seperti saponin (ginsenoside) untuk meningkatkan imuniti, membantu masalah keletihan dan meningkatkan peredaran darah, ingatan, antioksidan / antipenuaan dan kesihatan tulang.

"Di sepanjang zaman dan tempat, ginseng Korea dianggap sebagai penyembuh segala penyakit," kata En. Ban Sangbae, Presiden The Korea Ginseng Association. "Ginseng Korea diiktiraf untuk kualiti cemerlangnya dan kami di The Korea Ginseng Association berusaha untuk menyampaikan sejarah, nilai dan maklumatnya dengan betul."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190903/2567842-1?lang=0

Source: The Korea Ginseng Association
Keywords: Food/Beverages