omniture

She Loves Tech, Pertandingan Startup Terbesar di Dunia Untuk Golongan Wanita dan Teknologi, dengan Kumpulan Dana yang Berjumlah Lebih Daripada USD100 juta Untuk Tahun Kelima

She Loves Tech
2019-09-19 17:10 450

BEIJING, 19 September 2019 /PRNewswire/ --  She Loves Tech telah berjaya menkonklusikan pertandingan startup perikat antarabangsa untuk tahun yang kelima setelah beberapa pusingan peringkat kebangsaan diadakan di lebih daripada 20 lokasi antarabangsa pada tahun 2019.  

She Loves Tech mengemukakan tirai Persidangan Global 2019 dengan mengumumkan pengumpulan dana yang melebihi USD100 juta oleh finalis startup dalam tempoh lima tahun. Pengasas She Loves Tech, Virginia Tan, Rhea See dan Leanne Robers menyatakan bahawa: "Misi kami adalah untuk menarik para usahawan wanita yang hebat dan startup yang terbaik dalam She-Economy. Dengan memberikan pendedahan di peringkat global, kami berharap untuk memberi sumbangan and bimbingan yang diperlukan oleh golongan ini untuk mara ke peringkat yang seterusnya. Dana pembiayaan yang telah diperolehi setakat ini merupakan hasil kejayaan misi ini."

She Loves Tech 2019
She Loves Tech 2019

Pemenang-pemenang dari setiap pusingan peringkat kebangsaan menerima perjalanan (dibiayai sepenuhnya) ke Beijing dan peluang penyertaan Bootcamp Ekslusif selama seminggu  yang dianjurkan khasnya untuk menyediakan para finalis untuk menyempurnakan pembentangan perniagaan masing-masing di hadapan para pelabur antarabangsa dan para eksekutif teknologi pada peringkat akhir. Pasukan pemenang juga akan menerima hadiah wang tunai sebanyak USD15,000 daripada Teja Ventures, rakan usahasama rasmi She Loves Tech dan VC lensa gender yang pertama di Asia. 15 pasukan finalis juga berpeluang untuk memenangi pelaburan daripada pelbagai dana, termasuk ADB Ventures, rakan kongsi impak rasmi She Loves Tech.

Makmal Phantasma Jerman, sebuah platform yang membantu sistem pacuan sendiri meramalkan dan memahami tingkah laku manusia menggunakan rangsangan maya, telah muncul sebagai pemenang pertandingan She Loves Tech 2019. Maria Meier, Timbalan pengasas dan Ketua Pegawai Teknologi Phantasma Labs bernyatakan bahawa: " Berada dalam golongan ini yang diliputi oleh pelbagai usahawan wanita yang menginspirasikan, saya berasa banyak bermotivasi dan memperolehi kepercayaan yang amat tegang untuk potensi dalam tech industri, terutamanya dalam industri kami yang memerlukan lebih banyak kepercayaan dan positivi. Kami ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada She Loves Tech untuk menyediakan platform ini supaya pertemuan diantara semua pengasas yang cemerlang dengan pelabur-pelabur dan mentor-mentor terkenal di China dilansung dengan sempurna. Canairy dari Amerika Syarikat dan CyCa Onsolutions dari India telah memenangi tempat kedua and ketiga masing-masing.

Dengan tema "Tech for Good"(Teknologi untuk Kebaikan), Persidangan She Loves Tech juga telah mengetengahkan para usahawan dan pelabur terkemuka sebagai penceramah, diantaranya termasuk Cindy Mi, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif VIPKID, salah satu syarikat teknologi pendidikan terkemuka di dunia, Bin Li, Pengasas NIO, sebuah syarikat unikorn kereta elektrik, Natalie Wang, Pengasas Glamor APP, Shirley Wu, Naib Presiden Kanan Dell Technologies, Nicole Chen, Pengarah Urusan Refinitiv China, Ilaria Chan, Penasihat Kumpulan untuk Pelaburan Impak Sosial GRAB, Daniel Hersson, Ketua Pelaburan ADB Ventures, James Chou, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft for Startups Greater China, Jepun & Korea, dan Jaff Shen, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Leping Foundation.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190917/2583192-1?lang=0

Source: She Loves Tech
Keywords: Banking/Financial Service