omniture

Tealium Lancar Tealium® Predict, Teknologi Pembelajaran Mesin Terbina Dalam untuk Platform Data Pelanggan

Tealium
2019-09-19 20:48 73

Teknologi pembelajaran mesin inovatif membolehkan organisasi wujudkan audiens lebih pintar dan ramal tindakan pengguna dengan lebih tepat

SAN DIEGO, 19 September 2019 /PRNewswire/ -- Tealium, peneraju yang dipercayai bagi pengaturan terperinci data pelanggan waktu sebenar, hari ini melancarkan Tealium Predict, teknologi pembelajaran mesin terbina dalam untuk Tealium AudienceStream, Platform Data Pelanggan (CDP) yang utama dalam pasaran. Digandingkan dengan Tealium AudienceStream, Tealium Predict mengaktifkan pandangan pembelajaran mesin yang boleh dipercayai dalam seluruh tindanan teknologi melalui pewujudan audiens yang lebih pintar.

Dengan Tealium Predict, organisasi-organsasi dapat membuat kesimpulan secara automatik tentang apa yang mungkin dilakukan oleh pelanggan pada masa depan dan mereka bentuk program tersuai yang secara langsung dapat memenuhi keperluan mereka. Fungsi-fungsi utama termasuk:

  • Memberi skor pelanggan individu dengan prediktif berpotensi: Model Tealium Predict memberi skor kepada pengunjung dengan kemungkinan untuk kembali atau menyempurnakan sebarang tingkah laku. Organisasi-organisasi kemudiannya dapat memanfaatkan skor ini bagi menghasilkan audiens untuk tindakan proaktif yang selanjutnya, seperti kempen penglibatan semula.
  • Memanfaatkan kecerdasan pembelajaran mesin merentas semua titik sentuh dan teknologi: Organisasi-organisasi boleh mengaktifkan pandangan prediktif dalam mana-mana daripada lebih 1,200 penyepaduan Tealium.
  • Menjimatkan masa pada sebarang projek pembelajaran mesin melibatkan data pengguna: Dengan Tealium AudiencesStream, pengumpulan dan pengaktifan data secara natif disepadukan dengan kecerdasan pembelajaran mesin, banyak mengurangkan cabaran biasa dalam penyediaan dan pengaktifan data dalam inisiatif pembelajaran mesin.

"Organisasi-organisasi meluangkan banyak masa mereka berbalah tentang data dan memikirkan cara untuk mengaturkan dan mengaktifkan pandangan," kata Mike Anderson, Pengasas dan Ketua Pegawai Teknologi Tealium. "Dengan tumpuan berterusan kami terhadap pengaturan terperinci data, kami berada di kedudukan sempurna untuk menawarkan produk pembelajaran mesin yang disepadukan terus kepada penyelesaian CDP kami. Kami dapat memberikan data pembelajaran mesin ke dalam seluruh tindanan teknologi hiliran pelanggan, sama ada mana-mana alatan tindanan tersebut mempunyai keupayaan pembelajaran mesin atau tidak."

Tealium Predict menyokong mana-mana organisasi, tanpa mengira kehebatan pembelajaran mesin. Untuk organisasi-organisasi yang baru mengenali pembelajaran mesin dan ingin mula menggunakannya, Tealium Predict akan membolehkan mereka mencipta model, mengaturkannya dan serta merta mengaktifkan nilainya dalam Tealium AudienceStream tanpa menulis satu baris kod. Untuk organisasi-organisasi dengan projek-projek pembelajaran mesin sedia ada, Tealium Predict membolehkan mereka untuk menyuntik dengan mudah nilai model pembelajaran mesin sedia ada ke dalam tindanan pemasaran dan analitik mereka — mencipta kitaran bermanfaat bagi aliran dan penambahbaikan data.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tealium Predict, kunjungi tealium.com/predict

Latar Belakang Tealium
Tealium merevolusikan perniagaan digital hari ini dengan pendekatan sejagat terhadap pengaturan terperinci data pelanggan - merangkumi web, mudah alih, luar talian dan peranti Internet Pelbagai Benda. Dengan kuasa untuk menyatukan data pelanggan ke dalam satu sumber kebenaran, Tealium menawarkan ekosistem penyepaduan siap guna yang menyokong lebih 1,200 vendor dan teknologi dari pihak pelanggan dan dari pihak pelayan. Hab Data Universal Tealium merangkumi pengurusan tag, hab API, platform data pelanggan dan penyelesaian pengurusan data yang membolehkan organisasi-organisasi untuk memanfaatkan data waktu sebenar demi mencipta pengalaman digital yang lebih beraneka dan lebih diperibadikan dalam setiap pasukan, teknologi dan titik sentuhan pelanggan.

Hubungan Media
Rachel Gulden
Walker Sands 
rachel.gulden@walkersands.com 
312-267-0530

Source: Tealium
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Data Analytics