omniture

Pentavirate Rancang Sukuk $500 Juta

Pentavirate
2019-09-20 16:27 154

Firma Pelaburan Global Umum Bon Islam ke-6 dalam Sejarah A.S.

SEATTLE, 20 September 2019 /PRNewswire/ -- Pentavirate, sebuah syarikat pelaburan global yang berpangkalan di Seattle, telah melantik firma guaman antarabangsa K&L Gates untuk memberi khidmat nasihat berhubung terbitan Reg S Sukuk berdenominasi dolar A.S. 10 tahun, sebanyak $500 juta, disokong oleh hartanah komersial A.S. Sukuk tersebut hanyalah merupakan terbitan ke-6 dibuat dalam sejarah A.S. Chad Gleason, Pengarah Urusan Pentavirate, mengumumkan urus niaga berkenaan.  

 

 

Penawaran sulung oleh Pentavirate merupakan sebahagian daripada keseluruhan program Wakalah Sukuk berbilang transye $2.5 bilion. Transye pertama akan menyasarkan pemerolehan hartanah komersial dengan hasil tertinggi di Amerika Utara, termasuk simpanan kendiri, aset tempat letak kenderaan dan pusat data.

"Objektif kami adalah untuk menyediakan pelabur-pelabur dalam pasaran akan baru muncul dengan pendedahan kepada aset-aset patuh Syariah dan stabil dalam pasaran-pasaran maju," kata Gleason. "Statistik sukuk menunjukkan bahawa 90% penerbit dan 80% daripada pelabur mereka berada di Timur Tengah dan Asia Tenggara; setakat ini, terdapat kekurangan terbitan dalam pasaran maju yang membolehkan pelabur dengan mandate Syariah untuk mempelbagaikan portfolio mereka ke arah aset-aset pendapatan tetap dalam ekonomi Barat dengan pertumbuhan tinggi. Dalam beberapa kali terbitan ini berlaku, terdapat permintaan yang tinggi, dengan lebihan langganan menjadi suatu kebiasaan."

"Pasukan kami memegang rekod prestasi yang berjaya dalam memperoleh hartanah aliran tunai daripada pengendali-pemilik dan kemudian menaik taraf hartanah tersebut kepada prestasi tahap institusi untuk pelupusan kemudiannya kepada Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) dan pengurus dana," kata Thom Polson, Pengarah Pelaburan Global dan pengamal kewangan Islam yang terkenal. "Transye pertama bagi Wakalah Sukuk baharu kami yang boleh diniagakan akan mempunyai tempoh 10 tahun, suatu saiz penawaran yang dapat disesuaikan mengikut permintaan dan merupakan kupon kadar melebihi pasaran."

Transye pertama dijangka untuk diterbitkan pada akhir tahun 2019. Pemilihan pengatur utama dan jerayawara pelaburan seterusnya dijadualkan bermula pada Oktober ini.

Latar Belakang Pentavirate

Pentavirate ialah port kemasukan tunggal modal global untuk melabur dalam hartanah komersial bergred perusahaan dengan hasil yang tinggi di Amerika Utara. Sebuah syarikat pelaburan yang mengkhusus dalam nasihat pelaburan dan perkhidmatan peringkat rencam kepada pelabur antarabangsa, Pentavirate memberi pulangan terlaras risiko yang melebihi pasaran pintu masuk tradisional dan jenis produk utama, termasuk instrumen pelaburan terkumpul dan pemerolehan aset individu yang memenuhi piawaian tertinggi ketelusan dan standard ESG. Pasukan Pentavirate terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang kewangan Islam, pembrokeran, pengurusan aset, teknologi hartanah dan perkhidmatan hartanah korporat. www.pentavirate.com.     

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/996330/Pentavirate_Logo.jpg   

 

 

Source: Pentavirate
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Real Estate Accounting news, issues Legal Services