omniture

Pameran Perdagangan Bunga dan Pokok China-China Tengah ke-19 diadakan di Xuchang, Wilayah Henan, China

19th China-Central China Flowers and Trees Trade Exhibition
2019-09-29 13:22 387

XUCHANG, China, 29 September 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Perdagangan Bunga dan Pokok China-China Tengah kali ke-19 telahpun diadakan di Taman Ekspo Bunga dan Pokok Kebangsaan Yanling di Xuchang, Wilayah Henan, pada sebelah pagi 26 September.

19th China-Central China Flowers and Trees Trade Exhibition
19th China-Central China Flowers and Trees Trade Exhibition

Ekspo tahun ini, yang menonjolkan penggiatan semula alam semula jadi China melalui ekologi yang baik, memberi tumpuan kepada lapan topik utama: upacara perasmian, forum tahap tinggi industri-industri bunga dan perhutanan, pelbagai pameran dan acara pemasaran, persembahan istimewa bunga-bunga dan pokok-pokok yang paling terkenal di dunia, upacara penyampaian anugerah, majlis menandatangani jemputan pelaburan, lawatan ekologi dan budaya Xuchang selain beberapa acara yang dianjurkan oleh penaja korporat, antara lain. Ekspo itu sendiri ditaja oleh Persatuan Bunga China dan dianjurkan oleh Biro Perhutanan Henan, Cawangan Stok Semaian Persatuan Bunga China, Persatuan Bunga Henan dan Kerajaan Bandar Xuchang, dengan Kerajaan Daerah Yanling serta Persatuan Bunga Xuchang sebagai penganjur.

Daerah Yanling, Wilayah Henan, tempat berlangsungnya pameran bunga ini, ialah sebuah kawasan yang unik di China lantaran keadaan persekitaran dan iklim yang menyokong penanaman dan pertumbuhan bunga-bunga yang biasanya berasal sama ada hanya di bahagian utara atau bahagian selatan China. Dengan tradisi botani dan perhutanan bermula sejak zaman Dinasti Tang, bandar ini dikenali di China sebagai "Ibu Kota Bunga" dan menikmati reputasi sebagai tempat di mana pokok plum lilin yang paling enak di dunia ditanam. Pada masa kini, dalam Daerah Yanling, 450 kilometer persegi tanah digunakan sebagai kawasan penanaman untuk lebih 2400 varieti bunga dan pokok.

Sejak 19 tahun lalu, pameran bunga ini telah menggalakkan peningkatan dari segi kualiti dan kecekapan industri-industri bunga dan perhutanan serta mencapai penyepaduan dalam seluruh rantaian pengeluaran, bermula daripada penanaman, penuaian, pemprosesan dan pemasaran kepada penjualan produk-produk. Bagi meningkatkan ekologi kawasan ini melalui botani dan perhutanan yang bertanggungjawab, untuk mendorong pelancongan dan untuk membangunkan industri-industri perkhidmatan yang makmur demi menyokong pelancongan, daerah ini membangunkan sektor-sektor pelancongan dan penjagaan kesihatan secara proaktif, kedua-duanya merupakan industri-industri rendah karbon yang mana kekayaan dan varieti bunga serta pokok dan juga ekologi tempatan memainkan peranan yang penting.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190926/2593135-1?lang=0

Source: 19th China-Central China Flowers and Trees Trade Exhibition
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Trade show news