omniture

Pameran Utama Bawakan Khazanah Persimpangan Purba AlUla di Arab Saudi Dibuka di Institut du Monde Arabe di Paris

Royal Commission for AlUla for Saudi Arabia
2019-10-08 21:00 125

- AlUla ialah oasis padang pasir yang penting dari segi sejarah di bahagian barat laut Arab Saudi

- AlUla, Wonder of Arabia ialah pameran utama yang pertama membawakan alam semula jadi yang menakjubkan, khazanah arkeologi dan warisan budaya AlUla, membawa pengunjung dalam satu perjalanan merentas masa sepanjang 7,000 tahun

- Suruhanjaya Diraja AlUla mengumumkan Manifesto Kebudayaannya, berikrar untuk membangunkan kembali AlUla menjadi muzium terbuka yang meriah melalui usaha pemuliharaan dan membangunkan destinasi global yang unik demi warisan, alam semula jadi dan seni

PARIS, 8 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Suruhanjaya Diraja untuk AlUla (RCU) Arab Saudi hari ini membuka tirai pameran AlUla, Wonder of Arabia di Institut du monde arabe (IMA) yang berprestij di Paris.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8622251-institut-du-monde-arabe-exhibition-alula/.

 

Pameran ini merupakan satu kolaborasi antarabangsa antara Suruhanjaya Diraja untuk AlUla dan Institut du Monde Arabe, dipimpin oleh Presiden Jack Lang. Ia disokong oleh Agensi Pembangunan AlUla Perancis (AFALULA), yang diterajui oleh Gérard Mestrallet.

Pameran ini diperkenalkan secara rasmi pada hari ini oleh Menteri Kebudayaan Arab Saudi dan Gabenor RCU Yang Amat Mulia Putera Badr bin Mohammed bin Abdullah bin Farhan al Saud, En. Franck Riester, Menteri Kebudayaan Perancis dan En. Jack Lang, Presiden IMA, di hadapan tetamu-tetamu kehormat daripada bidang arkeologi, seni, kebudayaan dan alam semula jadi termasuk arkitek Jean Nouvel dan bekas Ketua Pengarah UNESCO Irina Bokova.

Diilhamkan oleh para peneroka rintis dan pakar-pakar arkeologi yang menjelajah ke AlUla bagi menemui dan menafsirkan tamadun purbanya, kurator pameran tersebut, Doktor Laïla Nehmé dan Abdulrahman Alsuhaibani, telah bekerja keras untuk mempersembahkan AlUla, Wonder of Arabia kepada dunia.

Pameran ini memperkenalkan pengunjung kepada keindahan alam semula jadi yang mengagumkan dan kekayaan warisan budaya AlUla melalui persembahan objek arkeologi yang sukar ditemui, multimedia dan visual yang imersif oleh jurugambar terkenal Yann Arthus-Bertrand.

Bagi menonjolkan kepentingannya sebagai satu destinasi global, pihak Suruhanjaya memanfaatkan acara ini untuk melancarkan Manifesto Kebudayaannya untuk AlUla. Manifesto ini menetapkan hala tuju yang jelas untuk pembangunan jangka panjang wilayah ini, menyatakan komitmen Suruhanjaya ini terhadap pelancongan yang mampan dan bertanggungjawab menerusi apa yang secara berkesannya akan menjadi pengalaman budaya terbuka yang luas, lalu mendayakan perjalanan penemuan yang mengujakan.

Pembangunan budaya yang pelbagai dan benar-benar luas di AlUla akan menerima warisan, alam semula jadi dan mandat yang berani untuk penghasilan seni dan budaya bagi membantu mendorong ekonomi kreatif yang baharu di wilayah ini.

Manifesto ini mengutamakan pemeliharaan wilayah, sejarah dan pembangunan kemahirannya untuk penduduk semasa dan masa depan AlUla – penjaga warisan lampau AlUla dan tumpuan masa depannya sebagai ekonomi dan masyarakat yang dinamik serta destinasi bertaraf dunia.

Antara banyak pengalaman pengunjung baharu yang bakal dibangunkan ialah Black Basalt Museum - yang mengambil inspirasi daripada pembentukan batu gunung berapi AlUla; Wadi AlFann - Lembah Seni - suatu koleksi bercita-cita tinggi bagi tempahan kontemporari dan set arca dalam landskap luar biasa AlUla dan Hegra Museum - meneroka kehidupan dan legasi warga Nabatea yang mewujudkan bandar bahagian selatan yang utama di Kerajaan ini.

Terletak di bahagian barat laut Arab Saudi dan berperanan sebagai persimpangan antara Timur dan Barat, AlUla telah dibina oleh masyarakat berturut-turut dan tamadun selama ribuan tahun. Pameran ini akan membawa pengunjung dalam suatu perjalanan merentas keajaiban alam semula jadi dan bersejarah wilayah ini dengan menyelubungi mereka dengan landskap unik AlUla serta Kerajaan Arab Utara purba iaitu Dadan dan Lihyan, serta bandar Nabatea Hegra, Tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama di Arab Saudi.

Yang Amat Mulia Putera Badr bin Mohammed bin Abdullah bin Farhan al Saud berkata, "Intipati AlUla ialah saling perkaitan antara warisan, seni dan alam semula jadi. Pembukaan pameran ini bersama-sama pelancaran Manifesto Kebudayaan AlUla bertindak sebagai jemputan penting kepada dunia, untuk memelihara warisan global kami, mengimbangi cita-cita dengan tanggungjawab dan membawa lapisan seterusnya kisah kami, untuk dihargai oleh generasi-generasi masa depan."

Gérard Mestrallet, Pengerusi Eksekutif AFALULA, Agensi Pembangunan AlUla Perancis berkata: "Manifesto Kebudayaan ini memberi peluang yang tiada tandingan untuk menulis lembaran baharu dalam sejarah AlUla dan penduduknya, berdasarkan pembangunan budaya yang sensitif dan luar biasa di wilayah unik ini sebagai tempat warisan buat dunia. Perjanjian antara kerajaan yang ditandatangani di Paris pada April 2018 antara Perancis dan Kerajaan Arab Saudi, akan mencerminkan semangat ini dan memastikan AlUla menerima dunia dan dunia mengalu-alukan AlUla pada tahun-tahun mendatang."

Presiden IMA dan bekas Menteri Kebudayaan Perancis Jack Lang menambah: "Pelancaran jemputan bercita-cita tinggi sedemikian di Paris, sebuah bandar seni dan budaya antarabangsa merupakan lambang yang mantap bagi sifat keterbukaan dan kesejagatan. AlUla ialah satu projek sekali dalam satu generasi dan kunci kejayaannya diinspirasikan oleh para peneroka rintis dan pakar-pakar arkeologi yang menjelajah ke AlUla bagi menemui dan menafsirkan tamadun purbanya, kurator pameran ini, Doktor Laïla Nehmé dan Abdulrahman Alsuhaibani, telah bekerja keras untuk mempersembahkan AlUla, Wonder of Arabia kepada dunia.

"Pameran ini memperkenalkan para pengunjung kepada keindahan alam semula jadi yang mengagumkan dan kekayaan warisan budaya AlUla melalui persembahan objek arkeologi yang sukar ditemui, multimedia dan visual yang imersif oleh jurugambar terkenal Yann Arthus-Bertrand yang benar-benar menjadi komitmen kami dan atas sebab inilah IMA amat berbangga untuk menjadi tuan rumah kepada pameran ini."

Video - https://mma.prnewswire.com/media/1007111/Experience_AlUla.mp4
Video - https://mma.prnewswire.com/media/1007113/Above_AlUla.mp4

 

Source: Royal Commission for AlUla for Saudi Arabia
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Education Entertainment Travel New products/services