omniture

Linksys Perkenal Teknologi Mesh WiFi Pengesanan Pergerakan yang Pertama Dipasarkan

Belkin International
2019-10-09 00:44 91

Bahagian Rumah Terhubung Perkenalkan Linksys Aware, Langganan Perisian Pertama Seumpamanya yang Diasaskan pada Salasilah Inovasi Rumah Pintar

LOS ANGELES, 9 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Linksys, bahagian rumah terhubung dalam entiti Belkin International dan Foxconn Interconnect Technology (FIT) yang baru bergabung, hari ini mengumumkan Linksys Aware, iaitu perkhidmatan langganan yang pertama seumpamanya dalam Aplikasi WiFi Pintar Linksys di Apple App Store dan Google Play yang mengesan pergerakan dalam persekitaran Mesh WiFi.

Alami Siaran Akhbar Berbilang Saluran interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8441051-linksys-aware-motion-sensing-mesh-wifi/

Pada mulanya boleh didapati pada semua penghala Linksys Velop Tri-Band AC2200 (satu pek, dua pek, tiga pek) Linksys Aware menggunakan rangkaian Intelligent MeshTM WiFi Velop yang sedia ada untuk mengesan pergerakan tanpa menggunakan kamera atau perkakas tambahan, memastikan privasi dan keselesaan di seluruh kediaman, yang menjadikan rumah pintar semakin pintar.

"Pengesanan pergerakan dalam Mesh WiFi mempunyai potensi yang menakjubkan untuk mengubah cara orang awam mengukuhkan keupayaan penghala mereka," kata Matthew Keasler, Pengurus Produk Linksys Aware. "Penghala tidak lagi sekadar menjadi peranti yang mendayakan akses Internet di rumah, tetapi ia akan menjadi peranti penting yang memacu rumah pintar. Oleh sebab Linksys ialah produk seumpamanya yang pertama dipasarkan, kami menjangka kami akan memainkan peranan besar dalam revolusi tersebut."

Linksys Aware mengesan aktiviti melalui isyarat WiFi dan menghantar "amaran gerakan" kepada pengguna melalui Aplikasi Linksys apabila aktiviti berlaku. Pengguna boleh menghidupkan, mematikan atau menidurkan "amaran gerakan," mengawal kekerapan pemberitahuan dari tapak tapak tangan mereka, dan juga menyesuaikan tahap sensitiviti gerakan di rumah bagi memastikan perlindungan lapisan tambahan serta mengelakkan amaran palsu.

Perisian ini juga mengesan pergerakan di seluruh rumah yang boleh membantu penjagaan warga tua di dalam rumah, di samping memberikan ketenangan minda yang baik kepada pengguna. Linksys Aware memberikan data sejarah sehingga 60 hari dan boleh dilihat setiap jam, setiap hari dan setiap minggu untuk maklumat yang boleh diambil tindakan.

Linksys Aware menyertai Linksys Shield dalam portfolio perisian langganan syarikat yang tersedia untuk pengguna Velop Tri-Band. Linksys Shield membuat kemunculan kali pertama awal tahun ini yang membolehkan ibu bapa menyekat kandungan yang tidak diingini dan memberikan lapisan perlindungan digital tambahan untuk peranti terhubung mereka dan anak-anak mereka.

Setelah dipasang pada Velop Tri-Band, Linksys Aware akan dilaksanakan dengan pendekatan secara berperingkat pada penghala Linksys Mesh WiFi lain yang boleh digunakan, semuanya yang menjadikan pengalaman Mesh WiFi di rumah lebih fleksibel dan boleh diskalakan.

IMEJ RESOLUSI TINGGI

https://tinyurl.com/y2mokt6u

KETERSEDIAAN

Pengguna Velop Tri-Band di kebanyakan negara di seluruh dunia; boleh didapati hari ini melalui perisian tegar dan kemas kini aplikasi di Apple App Store dan Google Play.

PENENTUAN HARGA

Linksys Aware adalah percuma untuk 90 hari pertama. Selepas 90 hari pertama, kos langganan ialah $2.99 setiap bulan atau $24.99 untuk satu tahun. Ia boleh didapati hari ini melalui perisian tegar dan kemas kini aplikasi.

Latar Belakang Belkin International
Pada 2018, Foxconn Interconnect Technology (FIT) bergabung dengan Belkin International (Belkin®, Linksys®, Wemo®, Phyn®) untuk mewujudkan pemimpin elektronik pengguna global. Pada masa kini, kumpulan ini memainkan peranan utama untuk menghubungkan orang ramai dengan teknologi di rumah, di tempat kerja dan semasa sibuk dalam pasaran aksesori ("Connected Things" – jenama Belkin) dan rumah pintar ("Connected Home" – Jenama Linksys, Wemo dan Phyn).

© 2019 Belkin International, Inc. dan/atau ahli sekutunya. Hak cipta terpelihara.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/804342/FIT_Belkin_Family_Logo.jpg

Source: Belkin International
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Computer Accessories Telecommunications Broadcast feed announcements New products/services