omniture

SEBANG Malaysia Menandatangani Perjanjian Tajaan dengan FC Barcelona

Sebang Global Battery
2019-10-11 08:00 366

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- 'Sebang Group' adalah sebuah syarikat Korea yang menghasilkan bateri automobil dan perkilangan,yang mempunyai jenama 'Rocket' sebagai produk utama mereka. Baru-baru ini Sebang menandatangani perjanjian tajaan dengan kelab bola sepak yang paling popular di dunia, FC Barcelona, untuk meningkatkan pengenalan jenama dan jualan di Malaysia.

(Kiri) Toni Claveria, Ketua Ibu Pejabat FC Barcelona Asia Pasifik; (Kanan) Mr. Sang Woong Lee, Pengerusi Sebang Group
(Kiri) Toni Claveria, Ketua Ibu Pejabat FC Barcelona Asia Pasifik; (Kanan) Mr. Sang Woong Lee, Pengerusi Sebang Group

Lee Sang-Woong, pengerusi Sebang Group, Park Chan-Koo, ketua pegawai eksekutif Sebang Global Battery, dan eksekutif-eksekutif FC Barcelona telah menghadiri majlis tandatangan perjanjian tersebut.

Perjanjian penajaan tersebut meliputi tiga negara, termasuk Korea Selatan, Vietnam dan Malaysia. Perjanjian ini akan membolehkan Sebang Malaysia untuk menggunakan aset-aset jenama FC Barcelona, seperti logo-logo dan imej pemain-pemain Barcelona. Malaysia adalah sebuah negara di mana produk-produk bateri Korea sedang berkembang dengan pesat dan permainan bola sepak adalah sangat popular. Oleh itu, penajaan ini dijangka akan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesedaran jenama dan jualan Rocket.

"Kami menubuhkan usaha sama Sebang Malaysia pada tahun 2016 untuk meningkatkan jualan dalam pasaran Asia Tenggara, dan menandatangani perjanjian tajaan dengan FC Barcelona, salah satu kelab sukan yang terbaik di dunia, untuk menjalani aktiviti pemasaran tempatan kami dalam skala yang penuh. Kami akan meningkatkan kesedaran akan produk-produk bateri kami dan jumlah jualan di rantau Asia Tenggara dengan menggabungkan kemashyuran dan keminatan terhadap kelab bola sepak yang terbaik di dunia dengan jenama Rocket", kata Taekjun Chung, pengurus pemasaran Sebang Global Battery.

Selain bateri automotif, Sebang Global Battery juga menjual bateri untuk kereta golf, penjana, unit bekalan kuasa tanpa gangguan dan forklift elektrik. Pembuat bateri ini, yang menduduki tempat pertama di Korea dan kelima di dunia, memasarkan bateri automotif dan perindustrian kepada pengguna Malaysia.

Kilang syarikatnya di Gwangju, Korea Selatan, menawarkan kapasiti pengeluaran terbesar di mana-mana kilang tunggal di dunia, menghasilkan lebih daripada 17 juta unit bateri automotif setiap tahun.

Sebang Global Battery, sebuah syarikat sekutu daripada Sebang Group, telah menduduki tempat pertama dalam pasaran bateri asid-plumbum tempatan di Korea lebih daripada 50 tahun, bermula sejak tahun 1952, dan telah berkembang menjadi salah satu pengeluar bateri yang terkemuka di dunia dengan mengeksport produk-produknya ke lebih daripada 130 negara. Syarikat ini juga telah menetapkan kedudukannya sebagai jenama bateri automobil yang unggul dengan mengekalkan kedudukan tinggi jenamanya selama 11 tahun berturut-turut sejak kajian K-BPI pada tahun 2009.

Stadium rumah FC Barcelona terletak di Camp Nou di Barcelona. FC Barcelona mempunyai sejarah yang merangkumi lebih daripada 100 tahun, dan merupakan sebuah kelab bola sepak yang berprestij di dunia yang dikenali oleh semua peminat bola sepak. FC Barcelona telah memenangi banyak kejohanan sejak penubuhannya pada tahun 1899, termasuk 25 kejohanan Liga Sepanyol, 30 kejohanan Piala Persatuan Bola Sepak dan 5 kejohanan Liga Juara-juara Bola Sepak Eropah (UEFA).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191009/2605278-1?lang=0

Source: Sebang Global Battery
Keywords: Auto Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Semiconductors Sports Transportation Contracts Licensing/marketing agreements