omniture

Tablet Huion Pertama dalam Siri Inspiroy Dial, Q620M Diperkenal di Pameran Elektronik Hong Kong

Shenzhen Huion Animation Technology
2019-10-14 09:28 495

HONG KONG, 14 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Huion Animation Technology mengambil bahagian dalam Pameran Elektronik Hong Kong 2019 untuk mempamerkan peranti input grafik terkininya. Tablet Huion pertama daripada siri Inspiroy Dial, berserta pemenang bagi Taiwan Golden Pin Design Award 2019, Q620M turut tersedia di pameran tersebut untuk membolehkan pengguna mendapat pengalaman langsung.

Inspiroy Dial Q620M
Inspiroy Dial Q620M

Inspiroy Dial Q620M yang mempunyai pengawal dail akan membawakan pengalaman yang kreatif kepada pengguna. Pengawal dail menawarkan jalan pintas untuk memudahkan aliran kerja dan meningkatkan produktiviti dalam kerja harian. Artis dapat menggunakan pengawal dail untuk melaraskan berus, menyesuaikan kanvas, memilih warna dan membatalkan setiap garisan yang tidak memuaskan hati mereka dalam perisian melukis yang biasa digunakan. Semasa berada di pejabat, pengguna boleh menatal artikel serta mengezum masuk/keluar dengan bebas semasa melayari laman sesawang. Bagi editor video, mereka juga boleh menggunakan pengawal dail sebagai alatan video untuk menjeda atau menggerakkan video. Putarkan dan terokai kemungkinan yang tidak terbatas. Pengawal dail akan menakrifkan semula cara kita mencipta.

Selain daripada pengawal dail, terdapat banyak fungsi lain yang akan memenuhi jangkaan pengguna. Kadar laporan 266PPS memastikan pengalaman melukis yang lancar tanpa sebarang bebatan atau garisan putus-putus, dan tanpa mengira betapa pantas pengguna melukis, pergerakan pen dapat dikawal serta merta. Sebanyak 8,192 tahap kepekaan tekanan membolehkan setiap input garisan dilukiskan dengan lebih semula jadi memandangkan lebar garisan berbeza-beza apabila tekanan yang dikenakan kepada permukaan tablet berubah. Tambahan pula, gabungan antara sambungan tanpa wayar dan hayat bateri selama 20 jam bukan sahaja akan membebaskan pengguna daripada gulungan kabel, tetapi juga dapat memberi kemudahan yang lebih baik kepada mereka untuk mengabadikan inspirasi. Tidak seperti produk-produk digital lain yang mengingatkan pengguna tentang cas kuasa hanya apabila peranti tersebut hampir kehabisan bateri, cahaya pada kekunci tekan dicipta untuk menunjukkan penggunaan kuasa pada waktu sebenar, yang akan membolehkan pengguna cukup bersedia untuk melukis di luar tanpa bimbang tentang kehabisan bateri.

Inspiroy Dial Q620M
Inspiroy Dial Q620M

Sebagai pembekal profesional bagi peranti input grafik, Huion komited untuk menawarkan produk-produk yang lebih baik kepada pekerja-pekerja kreatif di seluruh dunia. Untuk butiran lanjut, sila kunjungi www.huion.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191011/2607482-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191011/2607482-1-b?lang=0

Source: Shenzhen Huion Animation Technology
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services Trade show news