omniture

Patrick Imbardelli Dipilih untuk Lembaga Pengarah YPO

Next Story Group
2019-10-18 05:50 264

SINGAPURA, 18 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Patrick Imbardelli, Pengerusi Lembaga syarikat hospitaliti antarabangsa Next Story Group, telah dipilih ke dalam Lembaga Pengarah YPO dari tahun 2019 hingga 2022. Beliau turut berperanan sebagai Kursi Jawatankuasa Acara Utama YPO dan ahli Jawatankuasa Pampasan Sumber Manusia.

"Saya berbesar hati kerana diberi peluang untuk menawarkan perkhidmatan kepada YPO sebagai ahli Lembaga. YOP menyediakan pengalaman, pertumbuhan dan pembangunan transformatif kepada ahli-ahlinya yang akhirnya memberi kesan kepada komuniti mereka dan saya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang menjadikan ini sebagai misinya dan berada di kedudukan untuk membantu menguatkan kesan globalnya," kata Patrick, yang menyertai lembaga pengarah yang pelbagai termasuk pemimpin perniagaan dan usahawan dari serata dunia.

Elizabeth Zucker, Pengerusi YPO 2019-2020, berkata, "Saya teruja kerana berpeluang untuk bekerjasama erat bersama Patrick sebagai ahli lembaga pengarah YPO kami. Pengalaman perniagaan dan YPO beliau benar-benar akan memberi impak kepada kerja-kerja yang kami lakukan untuk 28,000 ahli YPO."

Patrick menyertai YPO sebagai ahli pada tahun 2003. YPO mempunyai lebih 460 cawangan di lebih 130 negara untuk ketua eksekutif berhubung, belajar dan berkembang. Seramai 28,000 ahlinya memanfaatkan pengetahuan, pengaruh dan kepercayaan pemimpin-pemimpin yang paling berpengaruh dan inovatif di dunia untuk memberi inspirasi kepada kesan perniagaan, peribadi, keluarga dan masyarakat mereka.

Sejak tahun 2006, Patrick telah menyandang beberapa jawatan kepimpinan YPO termasuk Kursi Cawangan Singapura, ahli Lembaga Serantau Asia Tenggara dan ahli Lembaga Serantau Australia dan New Zealand. Patrick turut mempengerusikan beberapa acara global YPO dan berkhidmat dalam Jawatankuasa Penyeliaan Persidangan Kepimpinan Global. Menerusi peranan beliau sebagai Kursi Jawatankuasa Acara Utama, beliau turut mengawasi YPO EDGE 2020, yang akan menghimpunkan 2,500 Ketua Pegawai Eksekutif dan pemimpin perniagaan dari seluruh dunia di San Diego, California, AS sempena persidangan sidang kemuncak kepimpinan pemikiran tahunan – perhimpunan Ketua Pegawai Eksekutif yang terbesar di dunia.

Patrick mempunyai pengalaman hospitaliti selama lebih 30 tahun. Beliau turut berkhidmat sebagai Pengarah bukan eksekutif dan Penasihat Next Story Group sejak tiga tahun lalu. Pada Jun 2019, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Next Story Group. Dahulunya Patrick merupakan Ketua Eksekutif Asia Pasifik InterContinental Hotels Group dan Ketua Eksekutif serta Ahli Lembaga Pan Pacific Hotels Group. Beliau juga merupakan Pengarah IDEM Hospitality dan The Goodnight Co., dan dahulunya merupakan Pengarah dan Ahli Lembaga Penasihat Symmons Industries di Boston.

Latar Belakang Next Story Group

Next Story Group mencipta dan mengubah ruang untuk berhubung dan menginspirasikan hubungan yang bermakna. Ia menawarkan portfolio berbeza jenama-jenama hospitaliti dan gaya hidup yang tersendiri dan menggamit perhatian yang menarik minat pelabur, pemilik hartanah dan pengguna. Kumpulan ini kini memiliki, mengurus, memfrancaiskan hotel dan pusat peranginan, membawa jenama-jenama termasuk Next, Sage dan LinQ. Ia turut mengurus lima hartanah Kafnu yang menawarkan ruang yang direka dengan baik untuk ahli-ahlinya tinggal, bekerja dan berhubung dengan usahawan serta pemimpin perniagaan. Ibu pejabatnya terletak di Singapura dengan pejabat-pejabat serantau berada di Sydney dan Bengaluru. Untuk maklumat lanjut: www.nextstory.com

Latar Belakang YPO

YPO ialah komuniti kepimpinan global ketua-ketua eksekutif yang dipacu oleh kepercayaan kami bahawa dunia memerlukan pemimpin yang lebih baik. Kami menjadi semakin kuat sebagai individu dan pemimpin melalui pembelajaran rakan sebaya, pengalaman yang mengubah kehidupan dan hubungan yang penting. Kami memberi inspirasi dan mencabar satu sama lain berdasarkan perkongsian terbuka dan kepercayaan dalam kalangan komuniti yang pelbagai. Dengan YPO di belakang kami, kami bersedia dan disokong secara unik untuk memberi kesan bermakna terhadap kehidupan, perniagaan dan dunia.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190214/2375429-1LOGO-a?lang=0

Source: Next Story Group
Keywords: Banking/Financial Service Hotels and Resorts Travel Personnel announcements