omniture

"PEMBERITAHUAN MEDIA: Kumpulan Ladang Belanda Bukan Ahli 'Unification Church'"

Family Federation for World Peace and Unification
2019-10-21 16:05 100

NEW YORK, 21 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Family Federation for World Peace and Unification (FFWPU), kebiasaannya dirujuk sebagai 'the Unification Church', sangat terganggu apa bila mendengar berita sebuah keluarga ditahan dalam keadaan yang tidak berperikemanusiaan di sebuah rumah ladang di Belanda. Walaupun kami dapat mengesahkan bahawa salah seorang mangsa, En. Gerrit Jan van Dorsten ialah ahli pergerakan kami dalam tempoh yang singkat pada pertengahan era 1980-an, beliau juga diketahui mengalami masalah kesihatan mental dan meninggalkan pertubuhan kami pada tahun 1987.  Adik beliau yang telah terpisah En Derk van Dorsten, ahli lama Unification Church berkata, "Saya tidak mendengar khabar berita abang saya sejak tahun 1984."  Tambahan pula, kami tidak dapat mengesahkan sebarang rekod En Josef Brunner, penawan yang dituduh, mempunyai sebarang perkaitan dalam apa jua bentuk dengan Unification Church.

Family Federation mengungguli tiga ideal: keluarga, keamanan, dan kesatuan. Kami bersyukur 6 mangsa dalam tragedy ini kini di bawah jagaan pihak berkuasa tempatan dan berdoa semoga mereka dalam pulih daripada pengalaman ini dengan bantuan masa dan profesional.

Family Fed USA
Nancy Jubb
212-997-0057
press@familyfed.org

Irving Street Rep
Ron Lucas
973-643-6262
rlucas@irvingstreetrep.com

 

Source: Family Federation for World Peace and Unification
Related Links:
Keywords: Religion Public Interest