omniture

Far East Hospitality Nilai Semula Erti Mewah Dengan Pelancaran The Clan Hotel

Dijadualkan untuk dilancarkan pada suku kedua tahun 2020, hartanah pertama The Clan Hotel di Singapura ialah hotel mewah moden dengan kisah nostalgia untuk diceritakan
Far East Hospitality
2019-10-22 14:47 501

SINGAPURA, 22 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Far East Hospitality, pengendali hotel dan kediaman berservis yang terkemuka di Singapura, hari ini mengadakan sidang akhbar di ITB Asia 2019, yang mana En. Arthur Kiong, Ketua Pegawai Eksekutif, Far East Hospitality, memperkenalkan hotel mewah moden akan datang -- The Clan Hotel Singapore. Jenama terkini yang akan ditambah kepada portfolio Far East Hospitality, The Clan Hotel mengukuhkan visi kumpulan tersebut dengan menilai semula erti kemewahan untuk generasi baharu pengembara.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: 
https://www.prnasia.com/mnr/feh_201910.shtml

Pengembara berusia antara 25 dan 44 tahun membentuk purata 41% ketibaan pengunjung antarabangsa yang dicatatkan sepanjang 6 bulan lalu[1]. Ini merupakan generasi baharu dengan 57%[2] menjadikan penjelajahan dan melihat dunia sebagai keutamaan dalam senarai aspirasi mereka. "Arif dan bijak, mereka sanggup membayar lebih banyak untuk menikmati pengalaman yang unik atau tidak dapat dilupakan. Generasi baharu pengembara ini menakrifkan kemewahan melangkaui pengertian tradisional," kata En. Kiong.

Impresi Artis terhadap The Clan Hotel Singapore
Impresi Artis terhadap The Clan Hotel Singapore

Beliau menambah, "Untuk memenuhi momentum perjalanan didorong pengalaman yang semakin meningkat, kami mencabar diri kami untuk memperkenalkan perspektif baharu terhadap kemewahan dengan The Clan Hotel. Melalui titik sentuh yang dipilih atur dengan teliti, kami ingin menghubungkan lebih ramai pengembara kepada pengalaman unik yang membawakan perkaitan budaya yang lebih mendalam dan rasa tempat yang kuat – berpegang teguh kepada pendekatan bertumpu pelanggan kami daripada hospitaliti diinspirasikan Singapura." (gambar di atas: Impresi artis untuk The Clan Hotel Singapore)

The Clan Hotel Singapore: Hotel mewah moden dengan kisah nostalgia untuk diceritakan

Dijadualkan untuk dibuka pada suku kedua tahun 2020, The Clan Hotel Singapore ialah hartanah pertama dilancarkan di bawah jenama baharu ini.

Pemandangan The Clan Hotel dari Club Street di Blue Hour oleh Jeryl Tan
Pemandangan The Clan Hotel dari Club Street di Blue Hour oleh Jeryl Tan

Sebuah hotel mewah yang moden, The Clan Hotel Singapore mengambil inspirasi daripada zaman lampau dan semangat rintis antara harapan, aspirasi dan setiakawan yang bertapak dan membentuk negara ini. Setiap aspek dalam hotel ini direka dengan sentuhan autentik untuk membangkitkan rasa persaudaraan dan komuniti – yang mana tetamu dilayan sebagai orang dalam dan sebahagian daripada kelab dengan golongan individu yang sealiran. (Gambar di atas:  Pemandangan The Clan Hotel dari Club Street at Blue Hour oleh Jeryl Tan)

Hartanah dengan 324 bilik itu mempunyai inventori yang terdiri daripada empat jenis bilik: Bilik Superior, Bilik Deluxe serta Bilik Premier dan Bilik Grand Premier, yang merupakan sebahagian daripada bilik MASTER Series hotel ini yang menawarkan perkhidmatan yang amat tersuai bagi menginspirasikan semangat kekitaan pada setiap langkah dalam perjalanan pengembaraan tetamu. Ini termasuk perkhidmatan daftar masuk bilik segera di lapangan terbang dengan pemindahan limousin atau penghantaran bagasi, upacara sambutan minum teh yang menghidangkan teh Cina dan snek tradisional serta perkhidmatan turndown dengan teh bunga mekar serta penggelek minyak pati.

Tukang Gunting Tepi Jalan Telok Ayer Bertentangan dengan The Clan Hotel Singapore oleh Aik Beng Chia
Tukang Gunting Tepi Jalan Telok Ayer Bertentangan dengan The Clan Hotel Singapore oleh Aik Beng Chia

Hotel ini terletak di persimpangan antara budaya dan perdagangan, dan hanya beberapa minit dari bangunan komersial di Raffles Place, Collyer Quay dan One Fullerton; jalan raya warisan di sekitar Far East Square, Telok Ayer Street, Amoy Street, Club Street, Ann Siang Hill, Lau Pa Sat dan Chinatown; selain pemandangan Singapura yang unik di Marina Bay dan Gardens by the Bay. (Gambar di atas:  Streetside Barber di Telok Ayer Bertentangan The Clan Hotel Singapore oleh AikBeng Chia)

The Clan Keeper Collective

Terus mengukuhkan kedudukannya sebagai saluran antara tetamu dan komuniti di kawasan sekitarnya En. Kiong turut memperkenalkan pada hari ini - The Clan Keeper Collective, jaringan penjaga dan pencipta budaya, tradisi dan kraf di Singapura.

Impresi Artis terhadap Ruang Istirehat The Clan Hotel Singapore
Impresi Artis terhadap Ruang Istirehat The Clan Hotel Singapore

Untuk menyerlahkan pengalaman tempatan terbaik untuk tetamunya, The Clan Hotel Singapore akan berkolaborasi dengan artis-artis ini bagi mencipta titik sentuh autentik yang menonjolkan hospitaliti yang diilhamkan oleh Singapura. Ini termasuk pengalaman menjamu selera dalam bilik tersuai, lawatan presint diperibadikan, berjalan sambil bergambar dan jelajah makanan, selain perkhidmatan menggilap kasut. Kolaborasi ini dijangka akan diperkenalkan sepanjang tahun hadapan. (Gambar di atas: Impresi artis untuk ruang istirahat The Clan Hotel Singapore)

Untuk maklumat lanjut tentang The Clan Hotel Singapore, sila kunjungi www.theclanhotel.com.sg@TheClanHotel di Instagram dan The Clan Hotel di Facebook.

Anda boleh memuat turun bahan akhbar selanjutnya termasuk lembaran fakta hotel dan impresi artis di: http://po.st/FEHTheClanHotel

Latar Belakang Far East Hospitality

Far East Hospitality Holdings Pte Ltd (Far East Hospitality) ialah pemilik dan pengendali hospitaliti bertaraf antarabangsa dengan portfolio yang pelbagai menerusi 9 jenama hotel, kediaman berservis dan hotel pangsapuri yang unik dan pelengkap, termasuk Oasia, Quincy, Rendezvous, Village, Far East Collection, Adina Hotels, Vibe Hotels, Travelodge Hotels dan TFE Hotels Collection.

Far East Hospitality memiliki lebih 10 aset hospitaliti dan mengendalikan gabungan portfolio melibatkan lebih 15,500 bilik di bawah pengurusannya merentas lebih 95 hotel dan kediaman berservis di tujuh negara iaitu Australia, Denmark, Jerman, Hungary, Malaysia, New Zealand dan Singapura, serta lebih banyak dalam rancangan pembangunannya.

Far East Hospitality ialah usaha sama 70-30 yang terbentuk pada tahun 2013 antara Far East Orchard Limited (syarikat senaraian di bawah Far East Organization) dan The Straits Trading Company Limited. Dalam tahun yang sama, Far East Hospitality, melalui subsidiari milik penuhnya Far East Hospitality Investments (Australia) Pte Ltd, menyelesaikan usaha sama 50-50 dengan Toga Group Australia bagi membentuk Toga Far East Hotels (TFE Hotels).

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.StayFarEast.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Dawn Teo 
Red Havas
 
dawn.teo@havas.com 
M +65-9623-0369

Nicole Tan 
Red Havas
 
nicole.tan@havas.com 
M +65-9615-0920

Ernawati Setijo 
Far East Hospitality Management
 
ernawati@fareast.com.sg 
D +65-6830-6652 
M +65-9681-1169

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191016/2612720-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191016/2612720-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191016/2612720-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191016/2612720-1-d?lang=0

Source: Far East Hospitality
Keywords: Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion New products/services