omniture

YuppTV Ganding Bahu Dengan BSNL untuk Perkongsian Perkhidmatan 'Triple Play'

YuppTV
2019-10-23 11:54 165

Kerjasama ini akan tingkatkan perkhidmatan teknologi video dan jalur lebar untuk mudah alih dan talian tetap

NEW DELHI, 23 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Peneraju global bagi kandungan OTT Asia Selatan, YuppTV telah mengumumkan perkongsiannya dengan penyedia perkhidmatan komunikasi tertua India, BSNL. Peneraju dua kategori itu telah memeterai perkongsian 'triple play' untuk perkhidmatan teknologi video dan jalur lebar untuk mudah alih dan talian tetap.

YuppTV join forces with BSNL for a triple-play service partnership
YuppTV join forces with BSNL for a triple-play service partnership

Sebagai penyedia jalur lebar yang terbesar di negara tersebut, rangkaian gentian oleh BSNL telah meliputi segenap sudut dalam negara dan menikmati pangkalan mudah alih yang sama kuat. Ia berpotensi untuk menyediakan perkhidmatan 'triple play' ke sebarang pelosok dalam negara, termasuk daerah yang paling terpencil di India.

Selain itu, YuppTV ialah kuasa yang diambil kira dalam perkhidmatan video dan teknologi, sebagai perintis dalam segmen OTT, YuppTV berbangga dengan lebih 10 tahun kepakaran yang gilang gemilang dalam menstrim kandungan Langsung dan VOD kepada pelbagai audiens di seluruh dunia menerusi ciri-ciri inovatifnya. YuppTV menawarkan pustaka kandungan yang luas dan eksklusif dengan saluran TV Langsung dan program catch-up, filem serta rancangan asal yang eksklusif.

BSNL dianggap antara satu-satunya penyedia perkhidmatan yang melakukan usaha tertumpu dan mengambil inisiatif yang dirancang bagi merapatkan jurang digital luar bandar-bandar dalam sektor ICT. Dengan jangkauan pan-India yang tiada tandingan daripada BSNL, khususnya dalam pasaran tahap 2 & 3 serta selanjutnya dan dengan rekod pencapaian terbukti YuppTV untuk teknologi yang unggul dan boleh diskala berserta pustaka kandungan yang luas dan juga eksklusif, kedua-dua jenama akan bersama-sama mencipta proposisi nilai yang menjadi contoh kepada India.

Mengulas tentang kerjasama ini, En. Uday Reddy, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif YuppTV, berkata, "Kami berasa gembira dapat berganding bahu dengan peneraju industri seperti BSNL. Susulan daripada kerjasama tersebut, kami berpeluang untuk memanfaatkan rangkaian luas yang diusahakan oleh BSNL dan membawakan produk dan ciri teknologi yang unggul kepada kumpulan pengguna yang semakin berkembang. Di YuppTV, kami bertekad untuk mendemokrasikan akses kepada penyelesaian hiburan yang canggih melalui teknologi yang ringkas namun berkesan dan inovatif. Kami mengharapkan kerjasama jangka panjang dan respons yang afirmatif daripada kumpulan pengguna luas BSNL."

Turut bersetuju dengan pemikiran yang sama, Shri Pravin Kumar Purwar, Ketua Pengarah Urusan BSNL, menambah, "Sebagai pelopor dalam segmen OTT selama 10 tahun, YuppTV pantas berkembang dengan perubahan masa, memanfaatkan teknologi disruptif untuk menyediakan produk dan perkhidmatan hiburan digital dan video yang unggul seperti penstriman Langsung atau TV 'catch-up' mahupun Rancangan Asal eksklusif. Kami gembira untuk bekerjasama dengan YuppTV bagi menyediakan proposisi nilai yang mengagumkan kepada pengguna di India."

Pengarah CFA daripada Lembaga BSNL, Sh. Vivek Banzal memaklumkan bahawa pemasangan teknikal telahpun diuji dengan jayanya bagi menyediakan perkhidmatan 'triple play' yang lancar melalui sambungan gentian tunggal (Bharat Fiber) kepada pelanggannya.

Kerjasama ini juga bersedia untuk membantu BSNL meningkatkan portfolio tawaran perkhidmatan dan kekal kompetitif dalam pasaran yang pantas berkembang dan sengit. YuppTV bukan sahaja akan menghimpunkan perkhidmatannya untuk pelanggan jalur lebar dan mudah alih BSNL, tetapi akan turut membantu jenama ini menawarkan perkhidmatan jalur lebar ke kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan, dengan menyediakan infrastruktur langkah akhir.

Hubungan Media:
Manjusha K
manjusha@yupptv.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/839837/YuppTV_Logo.jpg  

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1014379/BSNL_Logo.jpg  

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1014380/Yupp_TV_BSNL.jpg

 

 

 

 

Source: YuppTV
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Contracts New products/services