omniture

Xinhua Silk Road: Zoomlion China siapkan kren menara memugak 120 tan daripada barisan pengeluaran

Xinhua Silk Road Information Service
2019-10-24 08:58 570

BEIJING, 24 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Zoomlion, pengeluar kren menara yang terkemuka di China, menyaksikan kren menara memugak 120 tannya disiapkan di barisan pengeluaran di Changde, Wilayah Hunan di bahagian tengah China baru-baru ini.

Syarikat ini berkata bahawa produk baharu, kren menara memugak LH3350-120, menandakan kemunculan kren menara memugak mendaki dalaman dengan salah satu berat pengangkat yang terbesar di seluruh dunia dan dijangka untuk memecahkan monopoli jenama-jenama asing dalam bidang ini.

Kren menara memugak LH3350-120 sedang diuji oleh pasukan R&D Zoomlion
Kren menara memugak LH3350-120 sedang diuji oleh pasukan R&D Zoomlion

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kren menara memugak mendaki dalaman amat besar mendapat permintaan yang tinggi seiring dengan kemunculan semakin banyak bangunan pencakar langit lantaran ketinggian pengangkat yang tinggi, keupayaan mengelakkan halangan yang mantap dan penggunaan tenaga elektrik yang terhad.

Walau bagaimanapun, berat pengangkat bagi kren menara memugak mendaki dalaman umumnya seberat 110 tan di dunia manakala permintaan untuk mengangkat blok-blok seni bina 120 tan, 150 tan dan 200 tan semakin meningkat hari demi hari.

Bagi memenuhi permintaan pasaran, Zoomlion membangunkan kren menara memugak LH3350-120 dengan reka bentuk ladung imbang yang inovatif dan cara menyambung bahagian tiang, yang mudah dipasang dan dipisahkan serta mudah untuk diangkut.

Setakat ini, syarikat ini telah memohon 10 paten ciptaan untuk set keseluruhan teknologi penting yang berkaitan dengan produk ini.

Di China, Zoomlion memberi tumpuan pada reka bentuk dan pembuatan kren menara dan menguasai bahagian pasaran yang terbesar selama bertahun-tahun. Syarikat ini sebahagian besarnya mengukuhkan daya saing teknologinya melalui pemerolehan rakan-rakan asingnya seperti JOST, Raxtar dan Wilbert.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308899.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191022/2618153-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Construction/Building Machinery Mining/Metals New products/services