omniture

Rebag Ubah Industri Jualan Semula Dengan Clair, Indeks Penilaian Mewah Sejagat

Rebag
2019-10-24 22:18 81

Pakar beg tangan mewah lancar alatan revolusioner direka untuk dedahkan nilai jualan semula semasa beg tangan anda serta merta

NEW YORK, 24 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Rebag, destinasi utama untuk membeli dan menjual beg tangan mewah, melancarkan alatan revolusioner yang mendedahkan nilai jualan semula dengan serta merta  bagi sebarang beg yang anda hajati, atau yang sudahpun berada dalam almari anda: kenali Clair by Rebag, Comprehensive Luxury Appraisal Index for Resale (Indeks Penilaian Mewah Komprehensif untuk Jualan Semula).

Pertama seumpamanya dan mengambil masa lima tahun untuk dihasilkan, Clair ialah perisian proprietari yang berkuasa. Ia membolehkan Rebag menghasilkan tawaran yang amat tepat serta merta dan memperkasa pengguna untuk memanfaatkan sepenuhnya setiap pembelian beg tangan mewah. Clair menentukan nilai sebarang beg tangan dalam senarai melibatkan lebih 50 jenama dan 10,000 beg. Ia menawarkan pengguna dengan harga yang tepat dan automatik sepenuhnya yang sanggup dibayar oleh Rebag pada waktu semasa untuk memperoleh item berkenaan.

"Melihatkan semakin ramai pengguna yang menimbang nilai jualan semula pembelian mewah mereka, kami mencipta satu taksonomi yang menyediakan kaedah yang lebih telus untuk pengguna membeli dengan lebih bijak," kata Charles Gorra, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Rebag. "Kami telah menghabiskan masa bertahun-tahun mengumpul data dan menganalisis pasaran beg tangan mewah. Clair merupakan cara kami untuk berkongsi pengetahuan tersebut bersama dunia - dan ini hanyalah satu permulaan."

Dalam sebuah industri yang mana harga diselubungi misteri, Rebag telah mencipta indeks penilaian yang mudah digunakan serta kod sejagat dan gred keadaan untuk berperanan sebagai rujukan harga biasa kepada penjual semula di seluruh dunia. Rangka kerja seluruh industri ini mendedahkan bahagian yang sukar difahami yang kini terdapat dalam pasaran jualan semula beg tangan, membolehkan pengguna untuk membuat keputusan bijak terhadap pembelian mereka, mengetahui nilai pendahuluan pembelian mereka dan melihat beg tangan sebagai kategori pelaburan baharu. Clair dicipta untuk semua, bukan sahaja buat mereka yang membeli dan menjual di Rebag. Alatan ini dapat mengurangkan masa yang diambil untuk biasanya menerima sebutan harga, menyingkirkan konflik dan keraguan yang sering dirasai oleh pengguna apabila melibatkan jualan semula.

Clair by Rebag memungkinkannya untuk menyemak serta merta nilai beg tangan mewah dengan tiga langkah mudah: melalui laman sesawang atau aplikasi Rebag, menavigasi ke portal Clair untuk memilih jenama, model, gaya dan saiz beg tangan, kemudian menceritakan sedikit lagi kepada Clair tentang warna serta keadaan dan ini akan menghasilkan nilai jualan semula beg tangan anda secara serta merta.

Menerima penilaian daripada Clair tidak menyekat pengguna untuk membeli atau menjual melalui Rebag; bahkan, ia membuka lebih banyak kemungkinan. Sebaik sahaja pelanggan telah dapat melihat masa depan beg tangan mereka, mereka boleh memutuskan untuk memegang pelaburan untuk generasi akan datang, menyerahkannya, menjual/bertukar beg tangan melalui Rebag, malah membeli lebih banyak daripadanya - pilihannya tidak berkesudahan.  

Sukar untuk membayangkan apabila tidak lagi menyukai sesuatu, namun hakikatnya, kita semua mempunyai bebanan yang tidak diingini. Ingin mengetahui nilai sebenar beg tangan anda? Tanyalah Clair. Clair by Rebag akan diperkenalkan secara rasmi pada 24 Oktober dan boleh diakses oleh semua pengguna melalui aplikasi mudah alih atau laman sesawang. Untuk maklumat lanjut tentang Clair by Rebag kunjungi rebag.com/clair.

Hubungan Akhbar:
FACTORY PR
rebag@factorypr.com 
212.941.9394

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/678576/Rebag_Logo.jpg

 

Source: Rebag
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Components Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services