omniture

Program TOEFL® Lancar Aplikasi Rasmi TOEFL® & Kurangkan Masa Pelaporan Markah kepada Hanya Enam Hari

Educational Testing Service-TOEFL
2019-10-24 23:07 86

Pengambil ujian TOEFL seluruh dunia kini dapat mengakses semua perkara berkaitan TOEFL melalui aplikasi mudah alih baharu

PRINCETON, New Jersey, 24 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Kini tersedia, pelajar-pelajar seluruh dunia boleh memuat turun aplikasi rasmi TOEFL® melalui Apple App Store® atau Google Play™. Aplikasi ini akan menawarkan ciri-ciri serupa kepada akaun dalam talian pelajar-pelajar termasuk:

  • Pendaftaran Ujian — cari "pusat ujian berhampiran saya" dan cari kekosongan tempat dalam tempoh dua bulan
  • Persediaan Ujian — beli panduan komprehensif dan pautan ke bahan latihan percuma, termasuk ujian latihan penuh dan kursus dalam talian Insider's Guide (Panduan Orang Dalam) TOEFL
  • Markah — lihat laporan markah daripada semua pelaksanaan ujian yang sah termasuk markah MyBest™ dan hantar laporan markah tambahan kepada institusi-institusi yang ditetapkan
  • Akomodasi Kurang Upaya — hantarkan permohonan untuk akomodasi keperluan berkaitan ketidakupayaan atau kesihatan dan lihat status permohonan semasa dan terdahulu

"Kami terus mengenal pasti cara-cara bermakna untuk mengubah pengalaman ujian TOEFL kepada pelajar dan institusi," kata Srikant Gopal ETS, Pengarah Eksekutif Program TOEFL. "Aplikasi TOEFL dapat memenuhi keperluan pelajar di tempat mereka berada dengan menyediakan mereka cara yang mudah dan lancar untuk mengakses banyak komponen daripada pengalaman ujian pada peranti mudah alih mereka, bermula daripada pendaftaran kepada persediaan ujian hinggalah penyerahan markah."

Bertepatan dengan aplikasi mudah alih baharu itu, program TOEFL kini akan menyerahkan markah lebih pantas berbanding sebelum ini. Pelajar yang menduduki ujian TOEFL pada atau selepas 26 Oktober akan berupaya untuk melihat markah mereka secara dalam talian kira-kira enam hari selepas tarikh ujian, hampir separuh daripada tempoh menunggu 10 hari sebelum ini. Laporan markah rasmi akan turut dihantar ke institusi-institusi dengan lebih pantas, seawal sembilan hari selepas tarikh ujian.

"Pelaksanaan masa pusing balik markah yang lebih pantas merupakan keutamaan penting buat kami berdasarkan maklum balas yang kami peroleh daripada pelajar dan institusi," tambah Gopal. "Memendekkan tempoh menunggu untuk mengulang semula ujian dan menambah sesi ujian sebelah petang menyediakan pelajar dengan peluang tambahan untuk diuji lebih cepat dan lebih kerap sekiranya mereka memerlukannya. Oleh itu, mewujudkan proses pelaporan markah yang lebih pantas untuk melengkapi pengujian ini adalah munasabah — sesuatu yang bermanfaat kepada kedua-dua pelajar dan institusi."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi rasmi TOEFL dan pelaporan markah yang lebih pantas, selain perubahan pengalaman ujian TOEFL komprehensif yang dilaksanakan tahun ini, sila kunjungi www.ets.org/toefl/better_test_experience. Untuk maklumat umum tentang ujian TOEFL, sila kunjungi www.ets.org/toefl.

Latar Belakang Ujian TOEFL®

Ujian akademik bahasa Inggeris TOEFL diterima oleh lebih 10,000 institusi di lebih 150 negara seluruh dunia dan diterima secara sejagat di destinasi-destinasi popular yang bertutur dalam bahasa Inggeris seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand serta oleh lebih 98 peratus universiti di U.K. termasuk 100 peratus daripada institusi-institusi Russell Group®. Ujian ini lebih diutamakan berbanding ujian-ujian bahasa Inggeris yang lain di Amerika Syarikat dan destinasi-destinasi Eropah utama seperti Perancis dan Jerman. Di Kanada, ujian TOEFL menjadi pilihan pegawai-pegawai kemasukan siswazah. Dengan pemarkahan tumpuan ujian melalui gabungan penilai manusia tanpa nama, ujian TOEFL menawarkan 100 peratus alternatif yang adil dan tidak berat sebelah. Maklumat lanjut berhubung ujian TOEFL termasuk pendaftaran, panduan belajar dan soalan-soalan contoh, disediakan di laman sesawang TOEFL Go Anywhere di www.toeflgoanywhere.org.

Latar Belakang ETS 

Di ETS, kami meningkatkan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk orang ramai di serata dunia dengan menghasilkan penilaian berasaskan penyelidikan yang teliti. ETS menyediakan perkhidmatan buat individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan bagi tujuan pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris serta pendidikan rendah, menengah dan setelah tamat sekolah menengah, dan dengan menjalankan penyelidikan pendidikan, analisis dan juga kajian dasar. Ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan bukan untung pada tahun 1947, ETS membangunkan, melaksanakan dan memberi markah kepada lebih 50 juta ujian setiap tahun — termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC®, ujian GRE® dan penilaian The Praxis Series® — di lebih 180 negara menerusi lebih 9,000 lokasi seluruh dunia. www.ets.org

Source: Educational Testing Service-TOEFL
Related Links:
Keywords: Education Mobile Entertainment Telecommunications New products/services