omniture

Platform fesyen global, SSENSE lancar aplikasi mudah alih direka untuk tawar pengalaman beli belah hiper peribadi

SSENSE
2019-10-25 00:45 116

Tersedia di seluruh dunia, aplikasi SSENSE membolehkan pengguna meneroka secara intuitif lebih 40,000 gaya dan 500 pereka. 

MONTREAL, 25 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- SSENSE dengan sukacitanya mengumumkan ketibaan aplikasi mudah alih pertamanya, yang kini tersedia di seluruh dunia untuk peranti iOS. Aplikasi SSENSE dibina oleh pasukan SSENSE sebagai pengalaman membeli belah mudah alih yang dipertingkat untuk meneroka secara intuitif lebih 40,000 item dan 500 jenama untuk lelaki dan wanita. Aplikasi SSENSE dilancarkan ciri-ciri yang baru diperkenalkan yang menyediakan pengalaman membeli belah yang hiper peribadi, termasuk cadangan diperibadikan, penapis carian intuitif dan katalog isihan yang dipertingkat. Aplikasi ini sedia untuk dimuat turun melalui Apple App store dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jepun dan bahasa Mandarin.

Logo: SSENSE
Logo: SSENSE

TEKNOLOGI CANGGIH
Aplikasi SSENSE dicipta sepenuhnya oleh pasukan dalamannya melibatkan pakar-pakar teknikal dan reka bentuk. Menggunakan algoritma proprietari dan tingkah laku pelayaran di laman sesawangnya ssense.com, aplikasi mudah alih SSENSE menjadikan aktiviti membeli belah lebih mudah dengan cadangan hiper peribadi, katalog produk yang tidak terbatas dan pilihan penapis yang intuitif. Setiap model cadangan dan algoritma dibina oleh pasukan sains data, kejuruteraan dan produk dalaman SSENSE. Ciri tatal yang berterusan ialah alatan khusus-mudah alih yang membolehkan penemuan produk selanjutnya. Ciri ini dibangunkan daripada pandangan dipacu data berdasarkan frekuensi tinggi yang mana pengguna terhubung dengan widget "What Others Have Viewed" di ssense.com.

REKA BENTUK INTUITIF
SSENSE membangunkan aplikasi ini dengan menyampaikan terus kepada pelanggannya, menganalisis secara mendalam terhadap ciri-ciri yang benar-benar diingini oleh mereka dan membangunkan lelaran berdasarkan maklum balas pelanggan, kumpulan tumpuan dan pengujian. Dengan hampir 80% daripada audiensnya berumur antara 18 hingga 34 tahun, aplikasi SSENSE peka terhadap leretan, ketikan dan jepitan yang secara semula jadi telahpun menjadi biasa untuk pengguna ini. Identiti visual yang diselaraskan bertujuan untuk menyingkirkan sebarang halangan untuk penemuan pelanggan dan menggalakkan penerokaan. Tatal yang berterusan pada halaman capaian produk dan halaman deskripsi produk yang dipertingkat—yang mana 70% daripada halaman tersebut dikhususkan kepada imej—telah direka untuk pengguna bagi menavigasi dengan mudah antara gaya yang serupa untuk menerokai lebih lagi. Reka bentuk dipertingkat dengan mudah alih mewujudkan persekitaran optimum untuk membeli belah daripada katalog yang ekstensif dengan lebih 40,000 produk daripada pereka-pereka mewah serta bebas seperti Gucci, Prada, 1017 ALYX 9SM dan Kwaidan Editions.

BELI BELAH DIPERIBADIKAN
Halaman utama aplikasi SSENSE disesuaikan mengikut pengguna, menawarkan cadangan produk hiper peribadi berdasarkan pilihan keutamaan pengguna dan maklumat membeli belah terdahulu. Cadangan yang disesuaikan mengikut pengguna akan bertambah baik apabila aplikasi tersebut semakin kerap digunakan. Pilihan penapisan dipertingkat membolehkan pengguna untuk membeli belah dengan lebih peribadi mengikut saiz, pereka dan kategori.

Bermula hari ini, SSENSE turut melancarkan yang pertama daripada siri 4-bahagian melalui SSENSE TECH, yang ditulis oleh pakar-pakar teknikal di SSENSE. Artikel-artikel akan diterbitkan secara mingguan dan akan berkongsi analisis mendalam tentang strategi produk, pembangunan perisian, UI/UX dan sistem susun atur koleksi.

Latar Belakang SSENSE
SSENSE ialah platform yang berpangkalan di Montreal dengan capaian global. Ditubuhkan pada tahun 2003, SSENSE bergerak untuk menjadi perintis bagi jualan runcit berhaluan menerusi campuran label-label mewah, pakaian kasual dan avant-garde. Hampir 80% daripada audiensnya berumur antara 18 hingga 34 tahun. Kini menawarkan perkhidmatan untuk 150 negara, menjana purata paparan halaman sebanyak 76 juta sebulan dan mencapai pertumbuhan tahunan digit berganda yang tinggi sejak penubuhannya, bidang tumpuannya berkembang melangkaui entiti e-dagang biasa tatkala ia meneroka hubungan antara kandungan, perdagangan dan budaya. Lebih daripada sekadar penjual runcit, SSENSE menjadi protagonis budaya yang tersendiri. Untuk maklumat lanjut kunjungi ssense.com.

SSENSE Mobile app homepage
SSENSE Mobile app homepage

 

SSENSE Mobile app product page
SSENSE Mobile app product page

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1015387/SSENSE_Global_fashion_platform__SSENSE__launches_a_mobile_app_de.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1015388/SSENSE_Global_fashion_platform__SSENSE__launches_a_mobile_app_de.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1015389/SSENSE_Global_fashion_platform__SSENSE__launches_a_mobile_app_de.jpg

Untuk maklumat lanjut: press@ssense.com

Source: SSENSE
Keywords: Computer/Electronics Retail Social Media New products/services