omniture

Penyeberangan Lautan Atlantik Berautonomi Tanpa Pemandu Pertama, dari Timur ke Barat, Disempurnakan oleh Saildrone, Inc.

Saildrone, Inc.
2019-10-25 19:04 139

NEWPORT, Rhode Island, 25 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Kenderaan permukaan tanpa pemandu (USV) tujuh meter (23-kaki) panjang yang dikenali sebagai SD 1021 telah menjadi kenderaan berautonomi pertama yang menyempurnakan penyeberangan Lautan Atlantik timur-ke-barat. SD 1021 meninggalkan Lymington, UK, pada 15 Ogos 2019, untuk belayar menuju laluan terus menyeberangi Atlantik Utara, menyempurnakan penyeberangan pada 22 Oktober 2019 di Newport, Rhode Island. Penyeberangan 3402-batu nautika (6301.59-kilometer) itu mengambil masa selama 68 hari.

Saildrone SD1021 leaving the UK at the start of the first unmanned autonomous East to West Atlantic crossing
Saildrone SD1021 leaving the UK at the start of the first unmanned autonomous East to West Atlantic crossing

SD 1021 asalnya memulakan pengembaraan Atlantiknya dari Newport pada Januari 2019, menerusi misi sains untuk mengukur haba dan karbon di Gulf Stream. Berhenti di Bermuda bagi tujuan penyelenggaraan, SD 1021 kemudian meneruskan pelayaran, mengikuti Arus Teluk ke Eropah, mendarat di Solent di pantai selatan England. Selepas perjalanan balik ke Newport, SD 1021 bukan sahaja memegang rekod bagi penyeberangan Atlantik tanpa pemandu yang terpantas, tetapi juga ia merupakan satu-satunya teknologi permukaan tanpa pemandu yang menyempurnakan penyeberangan di kedua-dua hala.

"Ketahanan, keandalan dan keupayaan pengukuran saintifik pada platform Saildrone terus meningkat kekuatannya secara beransur-ansur," kata Richard Jenkins, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Saildrone. "Semasa tahun 2019, saildrone kami telah belayar mengelilingi Antartika, menghabiskan masa selama 700 hari di Artik bagi mengambil sampel sanding ais undur, menyempurnakan kajian pertama kami di Laut Utara dan kini menyeberangi Atlantik Utara yang bercuaca buruk di kedua-dua arah. Kini, tidak ada bahagian lautan nyahbeku yang tidak dapat kami ukur."

LATAR BELAKANG SAILDRONE

Saildrone, Inc. ialah penyedia data oseanografi dan atmosfera beresolusi tinggi, dikumpul oleh 100 kumpulan kenderaan permukaan berautonomi tanpa pemandu yang kukuh, dikenali sebagai 'saildrone'. Dikuasakan oleh angin dan solar, dengan jejak karbon sifar, USV Saildrone dilengkapi dengan suit sensor gred-sains untuk mengumpul data yang digunakan untuk penyelidikan lautan dan ramalan cuara. Saildrone boleh berada di lautan sehingga 12 bulan, menghantar data pada waktu sebenar melalui satelit.

Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini dan misi Saildrone yang lain, sila kunjungi:

https://www.saildrone.com/news/first-autonomous-vehicle-atlantic-crossing-east-west

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1016011/Saildrone_SD1021.jpg 

 

 

Source: Saildrone, Inc.
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Maritime/Shipbuilding Transportation