omniture

Laporan Ocean Conservancy Tunjukkan Standard Kandungan Kitar Semula dan Skim Tanggungjawab Pengeluar Dilanjutkan Dapat Rapatkan Jurang Pembiayaan Pengumpulan Plastik

Ocean Conservancy
2019-10-26 00:13 143

"Buku Panduan Dasar Plastik" Baharu Tawarkan Penyelesaian Dasar untuk Biayai Pengumpulan Plastik dan Kurangkan Pencemaran Plastik di Lautan

OSLO, Norway, 26 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Ocean Conservancy, dengan kerjasama Trash Free Seas Alliance®, memperkenalkan "Buku Panduan Dasar Plastik: Strategi-strategi untuk Lautan Tanpa Plastik" ("Plastics Policy Playbook: Strategies for a Plastic-Free Ocean") baharunya pada minggu ini di Persidangan Lautan Kita (Our Ocean Conference) di Oslo, Norway. Berdasarkan kajian data tersedia, bengkel dalam negara dan pemodelan kewangan yang mantap, laporan ini merupakan panduan mendalam untuk beberapa intervensi sektor awam dan sektor swasta yang paling memberi kesan yang disediakan untuk menangani kesengsaraan pencemaran plastik di pelosok dunia yang paling terjejas oleh krisis ini.

"Kami dapat melihat minat yang meningkat daripada pihak kerajaan mahupun pemimpin perniagaan untuk beralih kepada ekonomi pusingan dan menangani pencemaran plastik di lautan; namun demikian, dengan begitu banyak intervensi yang diperlukan – bermula daripada larangan kepada cukai, serta reka bentuk semula produk dan segala-galanya di antaranya – pelaksanaan kekal menjadi suatu cabaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Conservancy Janis Searles Jones. "Menjadi harapan kami agar dokumen ini, yang berakar umbi dalam data dan kajian, akan berperanan sebagai buku panduan dasar untuk bahagian penting dalam penyelesaian sistemik terhadap plastik di lautan."

"Buku Panduan Dasar Plastik" baharu meneruskan kertas putih terdahulu yang diterbitkan oleh Ocean Conservancy mengenai ekonomi pengumpulan sisa plastik. Pada tahun 2015, Ocean Conservancy mengeluarkan "Stemming the Tide," yang meneruskan kajian yang sangat besar pengaruhnya oleh Dr. Jenna Jambeck dan rakan-rakan beliau yang mendapati bahawa 75% plastik di lautan tidak pernah dikutip sebagai sebahagian daripada sistem pengurusan sisa formal dan 60% berasal daripada lima negara tumpuan di Asia iaitu China, Indonesia, Filipina, Thailand dan juga Vietnam. Laporan kedua, "The Next Wave," mendapati bahawa pengumpulan sampah di negara-negara tumpuan ini sebahagian besarnya kekurangan dana dan merupakan aktiviti kos bersih untuk kebanyakan aliran bahan buangan. Pengumpulan sampah bukan sahaja merupakan kunci untuk menghentikan pencemaran plastik dalam tempoh terdekat; ia juga penting untuk membina ekonomi pusingan yang mana bahan-bahan terus dipulihkan dan digunakan semula daripada menjadi bahan buangan.

Laporan ketiga ini menawarkan analisis selanjutnya bagaimana untuk membiayai pengumpulan bahan buangan plastik agar plastik tidak akan berada di lautan. Dapatan-dapatan penting termasuk:

  • Dalam lima negara sasaran, terdapatnya jurang pembiayaan bersih untuk pengumpulan sisa plastik antara US $28 - $40 setiap tan.
  • Bagi mengurangkan jurang pembiayaan dan memastikan agar semua bahan buangan dikutip, tanggungjawab pengeluar yang dilanjutkan (sering dirujuk sebagai EPR), dilaksanakan melalui Yuran Bahan Pempakejan – yang mana pengeluar membayar yuran bergantung kepada jumlah bahan pempakejan yang dibawa ke pasaran atau sasaran kitar semula/pemulihan plastik mereka – dapat menunjukkan potensi tertinggi dalam mengurangkan jurang ini, iaitu sehingga 75%.
  • Peningkatan permintaan terhadap plastik kitar semula melalui standard kandungan dikitar semula berpotensi untuk mengurangkan jurang pembiayaan pengumpulan sedia ada sehingga 34%.
  • Larangan plastik sekali guna yang bermasalah dan tidak diperlukan (khususnya beg barang runcit plastik, penyedut dan pengacau plastik, cawan dan penutup plastik, kutleri plastik, bekas makanan busa, bahan plastik okso-terbiodegradasikan, pempakejan PVC dan mikroplastik utama) boleh meningkatkan pengumpulan dengan mengurangkan pencemaran aliran sisa pasca pengguna.

"Dapatan ini mengukuhkan lagi apa yang telah lama kami syaki, iaitu kita memerlukan suit penyelesaian bagi menangani masalah plastik di lautan dan setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan," kata Chever Voltmer, pengarah inisiatif plastik di Ocean Conservancy. "Berita baiknya ialah – memandangkan kita telah menyaksikan sendiri tatkala menghasilkan laporan ini bersama rakan-rakan kongsi utama daripada Trash Free Seas Alliance –  bahawa kami dapat melihat pihak kerajaan dan sektor swasta bersedia dan sanggup memainkan peranan mereka."

Latar Belakang Ocean Conservancy

Ocean Conservancy bekerjasama dengan anda untuk melindungi lautan daripada cabaran global terbesar pada masa kini. Kita bersama-sama mencipta penyelesaian berasaskan sains demi lautan yang sihat serta hidupan liar dan juga komuniti yang bergantung kepadanya. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.oceanconservancy.org, atau ikuti kami di Facebook, Twitter atau Instagram.

Latar Belakang Trash Free Seas Alliance®

Dilancarkan oleh Ocean Conservancy pada tahun 2012, Trash Free Seas Alliance® menghimpunkan pemimpin-pemimpin pemikiran daripada industri, usaha pemuliharaan dan dunia akademik bagi mewujudkan forum untuk kolaborasi dunia sebenar pragmatik yang memberi tumpuan terhadap pengurangan sampah di lautan yang boleh diukur. Anggota-anggota pakatan komited terhadap penerokaan bersama berhubung strategi-strategi jangka panjang yang meningkatkan kesejahteraan lautan dengan mengurangkan atau menyingkirkan sampah di lautan. Kunjungi laman sesawang Trash Free Seas Alliance® untuk maklumat lanjut.

Source: Ocean Conservancy
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers Conservation/Recycling Environmental Issues Environmental Policy Not for profit Survey, Polls & Research Trade show news