omniture

Betul-betul di atas stesen Shibuya - Mercu tanda 47-tingkat baharu Shibuya Scramble Square Fasa I (Sayap Timur) dibuka hari ini

Shibuya Scramble Square Co., Ltd.
2019-11-02 02:40 543
  • SHIBUYA SKY, tempat pandangan tertinggi di Shibuya, setinggi kira-kira 230 m dari permukaan tanah untuk memberi pemandangan berpanorama 360° yang tidak terhalang bagi mercu tanda paling terkenal di Tokyo.
  • Bangunan ini telahpun menempatkan 213 perniagaan, termasuk 7 pendatang baharu ke Jepun dan 49 pendatang baharu ke Shibuya.
  • SHIBUYA QWS, ruang komuniti perniagaan interaktif yang mana individu-individu daripada pelbagai latar belakang berhimpun dan berkolaborasi untuk menyemai benih baharu nilai masyarakat, turut terletak di dalam kemudahan ini.

TOKYO, 2 November 2019 /PRNewswire/ -- SHIBUYA SCRAMBLE SQUARE Co., Ltd. membuka Shibuya Scramble Square Fasa I (Timur), kompleks serba guna berskala besar dan berukuran setinggi 230 meter, bangunan yang tertinggi di Shibuya dengan 47 tingkat atas permukaan tanah, pada hari Jumaat, 1 November 2019.

Bahagian luar Shibuya Scramble Square Fasa I (Timur)
Bahagian luar Shibuya Scramble Square Fasa I (Timur)

Pada hari pembukaan, ramai pengunjung membuat barisan yang panjang, tidak sabar-sabar menunggu pembukaan kemudahan baharu tersebut.

Upacara memotong riben di tingkat bawah memulakan sambutan berkenaan. Acara pembukaan besar-besaran itu sendiri kemudiannya diikuti dengan ucapan dasar yang disampaikan oleh Kensuke Horiuchi, pengurus besar Jabatan Perdagangan dan Balai Cerap bangunan (kumpulan Jualan II).

Pihak pemaju di sebalik projek ini bukan sahaja berbangga dengan hakikat bahawa bangunan ini dibuka dengan 213 buah kedai dan restoran yang telahpun beroperasi dari hari pertama, termasuk penjual runcit yang membuka kedai buat julung kalinya di Jepun atau di kawasan Shibuya, tetapi juga hakikat bahawa kedai-kedai tersebut sudahpun padat dengan pelanggan yang mencari item dan barangan prajualan yang hanya boleh didapati di Shibuya Scramble Square. SHIBUYA SKY berkeluasan 2,500 meter persegi, salah satu balai cerap atas bumbung yang terbesar di Jepun, serta merta terbukti amat popular dalam kalangan pengunjung yang membeli tiket awal daripada laman sesawang rasmi. Mereka menggemari pemandangan berpanorama dari apa yang kini merupakan tempat pandangan yang tertinggi di Shibuya (kira-kira 230m atas jalan raya) selain ruang dalaman balai cerap, yang direka khas oleh bahagian "Rhizomatiks design" daripada Rhizomatiks, kumpulan pencipta yang bertaraf dunia. SHIBUYA QWS, ruang komuniti perniagaan yang interaktif berdasarkan konsep "persimpangan kemungkinan yang mempersoalkan dunia dari Shibuya", yang mana individu-individu daripada pelbagai latar belakang berhimpun dan berkolaborasi untuk menyemai benih nilai masyarakat baharu, malah membuka pintu kepada mereka yang bukan ahli dan melancarkan OPEN QWS, acara yang bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk memanfaatkan kemudahan ini.

Dek pemerhatian SHIBUYA SKY terletak di tingkat 14, 45, 46 dan atas bumbung, manakala pejabat-pejabat menempati tingkat 17 hingga 45. SHIBUYA QWS, sebuah ruang pertukaran perindustrian, menempati tingkat 15, manakala ruang jualan runcit mencakupi ruang bawah tanah tingkat 2 hingga tingkat 14.

Sebagai salah satu kemudahan pemerhatian atas bumbung yang terbesar di Jepun, dek pemerhatian SHIBUYA SKY mencakupi tiga pengalaman: SKY GATE, ruang dengan ketinggian dari tingkat 14 hingga tingkat 45, SKY STAGE, kawasan balai cerap di atas bumbung dan SKY GALLERY, laluan pemerhatian tertutup di tingkat 46. Setiap ruang mempunyai peranan berbeza, bersama-sama mewujudkan pengalaman yang berterusan buat pengunjung, dari pintu masuk ke pintu keluar. Ruang pemerhatian atas bumbung terkenal dengan reka bentuk seni binanya dan juga barisan aktiviti yang memberi peluang kepada pengunjung untuk mengasyikkan diri mereka dalam pemandangan berpanorama 360° bandar ini, termasuk mercu tanda yang terkenal seperti Gunung Fuji dan Tokyo Skytree®. Dek pemerhatian tertutup di tingkat 14, 45 dan 46 merupakan kemudahan semua-keadaan yang membolehkan tetamu menikmati apa yang dapat ditawarkan oleh Shibuya.

Ruang pejabat berkeluasan 73,000 meter persegi merupakan ciri utama bangunan baharu ini, kesemuanya tersedia untuk pajakan, dengan setiap tingkat berpurata 2,900m2, salah satu yang terbesar di kawasan Shibuya. Lokasi bangunan ini betul-betul terletak di atas stesen Shibuya yang menjadikan akses amat mudah kepada pembeli-belah, pelancong mahupun pengulang alik harian pejabat.

Ruang interaksi perniagaan SHIBUYA QWS, sebuah kemudahan untuk mencipta bersama masa depan dengan menghimpunkan individu-individu daripada pelbagai latar belakang untuk melahirkan idea dan projek baharu melibatkan nilai masyarakat, disediakan kepada mana-mana kumpulan yang berpangkalan di Shibuya, tanpa mengira umur ahli atau sebab yang telah menghimpunkan mereka bersama-sama. Berdasarkan konsep komunal yang dinamakan sebagai Scramble Society oleh pengendali bangunan, SHIBUYA QWS mempercepatkan aktiviti-aktiviti penciptaan nilai yang ditujukan ke arah masa depan dengan memanfaatkan sinergi yang umumnya wujud antara kumpulan dan ahli daripada pelbagai profesion, tanpa mengira betapa berbezanya kumpulan atau profesion yang mungkin kelihatan pada pandangan pertama.

Segmen jualan runcit bangunan ini mungkin terlalu awal untuk dikenali sebagai "pusat membeli belah paling mengikut trend di dunia" dan merupakan pusat kepada 213 buah kedai dan restoran termasuk 7 pendatang baharu ke Jepun dan 49 pendatang baharu ke Shibuya. Dengan jenama-jenama mewah yang menetapkan trend nilai-nilai moden dan kedai-kedai pilihan yang membawa suasana fesyen jalanan Shibuya, bangunan tersebut, dalam segenap aspek, merupakan manifestasi kepada "trend dan musim". Tingkat restoran dijangka akan serta merta menjadi hab untuk gaya dan trend gastronomi terkini dari serata dunia. Penggemar makanan yang mencari pengalaman makanan yang terkini akan berkumpul di tingkat restoran ini yang akan menjadi pengasas bagi aspirasi dan ideal, serta suatu sumber bagi nilai baharu, cara baharu dan gaya baharu untuk menikmati makanan akan timbul.

Sebagai SQUARE baharu yang menghadap Shibuya Scramble Junction, persimpangan masyhur di Jepun yang dikenali di seluruh dunia, bangunan ini beraspirasi untuk menjadi pentas di tengah-tengah Shibuya yang mana pergerakan dan budaya baharu akan tercipta.

URL: https://www.shibuya-scramble-square.com 

Pemandangan dari SHIBUYA SKY
Pemandangan dari SHIBUYA SKY

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191030/2625185-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191030/2625185-1-b?lang=0

 

Source: Shibuya Scramble Square Co., Ltd.
Keywords: Construction/Building Real Estate Retail Travel New products/services