omniture

IPC dan Red Box Meterai Perkongsian Strategik Tawar Penyelesaian Rakaman Suara Patuh Peraturan kepada Peserta Pasaran Kewangan Manfaatkan Platform Unigy IPC

Red Box; IPC
2019-11-05 11:43 141

LONDON dan NEW YORK, 5 November 2019 /PRNewswire/ -- IPC, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian komunikasi dan perangkaian yang selamat dan mematuhi peraturan untuk komuniti pasaran kewangan, bekerjasama dengan Red Box, pakar rakaman suara khusus yang terkemuka untuk terus menawarkan perkhidmatan menurut keperluan pasaran kewangan global berkisarkan rakaman dan pematuhan suara yang terjamin.

Tatkala organisasi-organisasi perkhidmatan kewangan berusaha untuk membezakan organisasi-organisasi mereka dalam pasaran yang kompetitif, terdapatnya peningkatan permintaan terhadap akses yang selamat dan kedaulatan ke atas set data audio yang berkualiti tinggi untuk mendorong platform AI yang mematuhi peraturan dan membawakan pandangan bernilai yang akan memacu hasil seperti pengalaman pelanggan yang dipertingkat, pengurusan risiko yang proaktif serta pengesanan dan pengawasan penipuan secara automatik.

"Memanfaatkan sepenuhnya hubungan baharu ini, IPC dan Red Box menerima pendekatan ekosistem terbuka bagi memastikan pelanggan kami boleh mendapat manfaat sepenuhnya daripada akses selamat kepada set data yang amat bernilai dan strategik," kata Ketua Pegawai Operasi IPC David Brown.

"Pendekatan Red Box disokong oleh falsafah terbuka kami dan kami berasa gembira untuk menjalin perkongsian strategik dengan IPC sebagai peneraju dalam perkhidmatan kewangan dan bidang pematuhan," ulas Richard Stevenson, Ketua Pegawai Eksekutif Red Box. "Organisasi-organisasi kami mempunyai hubungan yang telah lama terjalin, menerusi penyepaduan platform Unigy yang diumumkan oleh Red Box pada tahun lalu dan kami teruja untuk berganding bahu dengan IPC bagi memastikan pelanggan disediakan dengan set data suara tersedia-AI daripada seluruh organisasi mereka untuk mendorong analisis selepas panggilan dan waktu sebenar dalam aplikasi pilihan mereka, bagi memberikan pandangan yang boleh diambil tindakan."

Latar Belakang Red Box

Red Box ialah pakar suara khusus yang terkemuka, memperkasa organisasi-organisasi untuk merakam, menyimpan dan merungkai nilai suara seluruh perusahaan. Dengan platform yang paling terbuka dan terhubung, kami merakam dan mentranskripsikan komunikasi suara daripada lebih 55 sistem (legasi dan baharu), merentas perusahaan global dan PKS. Pelanggan kami mengekalkan kedaulatan data yang lengkap dan kami menghubungkan mereka kepada ekosistem rakan kongsi yang paling luas bagi memaksimumkan nilai data suara yang dirakam.

Bekerjasama dengan saluran penjual semula global kami, kami dipercayai oleh organisasi-organisasi terkemuka daripada sektor kewangan, pusat perhubungan, kerajaan dan keselamatan awam (termasuk enam bank terkemuka dunia, 85% daripada broker antara penjual global, 1,700 pusat panggilan dan lebih 70% pasukan polis UK) dan kami merakam serta menyimpan jutaan panggilan setiap hari untuk lebih 3,000 pelanggan di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut lawati www.redboxvoice.com

Latar Belakang IPC

IPC ialah peneraju teknologi dan perkhidmatan yang memperkasa pasaran kewangan global.  Kami membantu pelanggan meramal perubahan dan menyelesaikan masalah, menetapkan standard dengan kepakaran industri, perkhidmatan luar biasa dan teknologi komprehensif.    Dengan pemikiran bertumpu pelanggan, IPC menyatukan salah satu ekosistem kewangan global yang terbesar dan paling pelbagai mencakupi semua kelas aset dan peserta pasaran. Sebagai pendorong ekosistem ini, IPC memperkasa komuniti untuk berinteraksi, berurus niaga dan bertindak balas kepada perubahan serta cabaran pasaran dan kami berkolaborasi dengan pelanggan kami untuk memastikan mereka terjamin, produktif, mematuhi peraturan dan terhubung. Ketahui lebih lanjut di ipc.com.

Kenyataan-kenyataan tertentu yang terkandung dalam siaran akhbar ini mungkin merupakan kenyataan pandang ke hadapan.  Kenyataan-kenyataan ini mungkin dikenal pasti dengan penggunaan terminologi pandang ke hadapan seperti "menjangkakan", "percaya", "terus", "dapat, "menganggarkan", "mengharapkan", "berhasrat", "boleh", "mungkin", "merancang", "berpotensi", "meramalkan", "harus" atau "akan" atau terminologi yang serupa.  Mana-mana kenyataan pandang ke hadapan adalah berdasarkan jangkaan, andaian, anggaran dan unjuran semasa. Kenyataan-kenyataan pandang ke hadapan berkenaan melibatkan risiko dan ketidaktentuan yang diketahui dan tidak diketahui, kebanyakannya di luar kawalan kami. Keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara berbanding mana-mana keputusan masa depan yang dinyatakan atau dibayangkan oleh kenyataan-kenyataan pandang ke hadapan ini.

Hubungi:
Nadine Edmondson
Red Box
+44(0)1159-377 100
nedmondson@redboxvoice.com

 

Source: Red Box; IPC
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Joint ventures New products/services